Rabu, Mac 16, 2011

Bantuan Kecemasan

hari ni,gua macam tak berapa ada perasaan.rasa hati kaku,kosong,secara tiba-tiba saja.waktu awal-awal masa semua orang teruja dapat surat bonus,gua sendiri turut teruja.tapi biasalah,kontrol macho.mana boleh gua nampak ceria tersengih-sengih kegembiraan.jadi gua rilek,selamba.mungkin ekoran memaksa me'nyelamba'kan emosi  buat gua terus terbawa-bawa rasa selamba tanpa emosi.sebenarnya gua suka,bonus yang gua dapat bukan setakat menepati apa yang gua harapkan,malah melebihi.gua setakat berharap paling-paling dapat bonus dua bulan gaji pun tak apalah.tapi gua dapat lebih dari tu.gua dapat lima bulan.jadi membenarkan kata-kata orang,kalau nak dapat bonus banyak,kerjalah dengan bank.tapi dah tentu,tak sebanyak hasil yang boleh dikorek kalau menjadi kerajaan atau paling tidak kroni-kroni mereka.

haih..gua menulis dalam keadaan paksa.memaksa diri sendiri untuk menulis.rasa pelik.sunguh-sungguh.peliklah.kenapa gua rasa hambar dan tawar je?sedangkan gua patutnya teruja.dulu masa awal-awal semua orang dapat bonus,gua tak dapat,pasal gua hanya pekerja kontrak,bukan tetap.tahun seterusnya,semua orang dapat bonus,gua tak dapat,pasal gua masih under probation,belum dapat confirmation.akhirnya,akhirnya..semua orang dapat bonus,gua pun dapat bonus jugak.jadi gua patut berada dalam keadaan teruja.i should.i have to.tapi,gua tak rasa apa-apapun.

goncang-goncangkan badan.jangan,jangan!don't go there.banyak-banyak keadaan,tertekan,sedih,sayu,marah,terluka dan apa-apa saja kemelut melibatkan emosi,gua paling benci berada dalam keadaan 'tak ada rasa'.bertukar menjadi robot.hanya mendatar,kosong,bosan.ini kesan buruk daripada tabiat suka menahan emosi.emosi jadi terbantut.jadi hilang.kemudian mula terkebil-kebil,tercari-cari,mana pergi perasaan gua.rasa macam ada,tapi tak tahu kat mana.intai-intai dalam hati.isk..menyorok di mana?

kadang-kadang macam susah juga jadi spesis manusia yang cepat beku ni.pantang dibiar sekejap,mulalah membeku.haih..keterujaan.gua perlukan keterujaan!itu yang akan buat jiwa hangat berterusan.terujakan gua.terus-terusan buat gua teruja.buat gua suka,buat gua hairan,buat gua meneka,buat gua seronok,buat gua leka,buat gua hanyut,buat gua sepanjang masa rasa ada sesuatu yang perlu gua kejar dan tunggu,supaya perhatian gua terkunci,supaya setiap hari terasa seperti hari yang pertama.

haih..

dah lama tak tengok tv kat sini.dan gua salahkan si nijab 8 malaysia dan rasmoh munsar yang mencekik darah.gila weh cukai servis sampai 6 peratus.hello beb,interest bank pun tak tinggi macam tu.makin melampau-lampau.itu,ini,segala mak nenek pun nak dikenakan cukai.dah macam dalam buku-buku cerita zaman purba,'pemimpin mengenakan cukai yang tinggi'.serius bengong.kalau ikut kan ke KERAjaan yang 'mendahulukan rakyat' ni,oksigen pun kalau boleh nak suruh rakyat bayar.bulan-bulan keluar bil,ok bulan ni lu sedut oksigen banyak ni,jumlah bayarannya banyak ni.bodoh!lepas tu budak-budak yang bermentaliti 'ah,politik itu kotor' hidup berkhayal tak nak ambil-campur konon-kononnya tak nak terjebak dalam permainan kuasa pemimpin-pemimpin yang korup.seriously,how old are you?dua tahun,tiga tahun?hello dear,satu-satunya tempat  yang betul-betul tak kotor hari ni adalah rahim mak lu.dengan mentaliti naif macam tu,lebih baik lu masuk balik duduk je dalam rahim mak lu.ya,memang gua marah.pasal orang-orang yang bajet bagus tak nak ambil-campur hal-hal politik nilah yang buat rakyat lain tanggung bahana.gaji ciput tak naik-naik,cukai pulak makin berlambak,harga minyak naik,harga barang naik,segala-galanya naik,lepas tu sedap-sedap 'rakyat digalakkan berjimat'.bapak lu.dia sedap-sedap duduk dalam mahligai duduk gilap kepala makin hari makin berkilat,lepas tu macam bagus je suruh kita yang sengkek melarat ni berjimat-cermat.elaun menteri-menteri dalam KERAjaan tak boleh dikurangkan,takut nanti tak semangat menteri nak buat kerja,tapi elaun rakyat dipotong tak apa.rakyat kena jimat,tahu?after all,rakyat cuma rakyat.nak mewah?jadi menterilah.

dan bla bla bla bla..dah dah.makin dilayan karang,ada pulak yang terasa macam nak makan orang malam ni.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua suka baca part ni. keh keh keh.

broken_nigina berkata...

part mana tu,my dear lucifer?

gadis berkata...

we are in the same place.

gaji kita pergi balik kt diorang juga.

benci lah!

broken_nigina berkata...

penat-penat kita kerja,sedap-sedap jer diorang sedut balik.kan?heh.katakan tidak kepada nijab.