apa yang gua buat di sini sebenarnya adalah bercakap dengan diri sendiri.ini adalah suara di dalam diri gua,bicara di antara gua dan diri gua,yang dizahirkan ke dalam bentuk perkataan dan tulisan.sesungguhnya gua tak peduli tentang dunia,tentang mereka,tentang sesiapa dan gua tak menulis untuk menepati kehendak atau jangkaan atau apa-apa dan ini adalah kebenaran.hanya kebenaran.
sesungguhnya tidak ada undang-undang bila kita berbicara dengan diri sendiri.tidak ada peraturan tentang apa yang bermain di dalam hati.apa yang logik?apa yang patut?apa yang tepat?hati hanya hati.tak ada penapis.benci atau suka,mahu atau cuak,minat atau menyampah,tak ada kewajaran.ia tidak mengira tentang munasabah.apa yang tak ada cacat-cela dan kurangnya,kalau hati tak suka,masih saja tak suka.penapis itu hanya akan ada bila segala rasa disampaikan ke akal,untuk menimbang-tara dan menyunting apa yang harus dan tak harus diperkatakan kepada orang luar.kita semua ada penapis itu.penapis yang menyekat kita daripada berkata apa yang paling jujur sejujur-jujurnya.dan itu tak salah.hanya orang gila sebenar-benar gila yang tak akan berpura-pura walau sekali dalam kehidupan mereka.kita,sebagai bukan orang gila di dalam erti kata berakal siuman,tak terlepas daripada perlu berpura-pura di dalam keadaan yang memerlukan kita untuk berpura-pura,tak lari daripada perlu untuk tidak sepenuhnya jujur sewaktu kejujuran sepenuhnya akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.ia apa yang dinamakan 'membawa diri dan menjaga hati',kerana kita hidup bermasyarakat dan kita turut perlu menjaga perasaan orang lain,bukan hanya perasaan sendiri semata-mata.
penapis itu,banyak gua gunakan di dalam kehidupan seharian.sebenarnya,bukan menapis apa yang harus diperkata,tapi lebih kepada menapis semua sehingga hampir tak ada apa-apa yang diperkata.gua hanya menyamarkan diri menjadi sewarna dengan sekeliling malah lebih senang kalau gua sekadar sewarna dengan dinding dan hilang bersama latar-belakang,supaya gua tidak kelihatan,tidak disedari dan tidak dipeduli.gua di sini,dan gua di luar,mungkin tidak selari,langsung,dan sememangnya langsung tak selari kalau dibuat perbandingan.gua bukan menjadi orang lain,tak.yang menterjemah dan membuat andaian tentang siapa dan bagaimana gua,adalah masyarakat yang melihat,bukan diri gua.diam gua,bukan malu.sopan gua,bukan baik.ayu gua,bukan lembut.ringkas saja sebenarnya.apa perlu untuk gua membuka dan mendedahkan diri gua pada orang yang bukan siapa-siapa yang pastinya bukanlah orang yang gua selesa.biar saja mereka mengandaikan apa yang mahu mereka andaikan kerana sejujurnya,memenatkan dan bodoh untuk menjelaskan diri sendiri kepada orang lain.menjelaskan perbuatan,masih boleh diterima,tapi mahu menjelaskan jiwa,personaliti,mentaliti,naluri dan segala,huh.sebenarnya kerja sia-sia saja.
di dalam ini,gua rasa bebas.bukan bebas dengan maksud boleh baling batu sembunyi tangan tapi bebas boleh mendedahkan wajah sebenar tanpa sekatan yang buat gua anggap bahawa kehidupan di dalam ini adalah kehidupan yang sebenar dan kehidupan di luar hanyalah kehidupan 'keperluan'.apa yang orang lain fikir,terserahlah.gua tak hairan.bukan pertama kali apa yang gua fikir bercanggah dengan apa yang orang lain fikir.keperluan orang lain,hanyalah kehendak bagi gua.kehendak orang lain adalah keperluan gua.orang lain suka melihat rasa setelah ia ditapis.gua suka melihat rasa sebelum ia sampai ke penapis.dan bla bla bla bla..
pendek kata..ini adalah bahan mentah.intipati asli dari dalam sebelum ia diproses menjadi sesuatu yang lebih 'enak'.hanya raw.rakaman terawal yang datang terus dalam keadaan asas sebelum ia dirakam semula di dalam studio.sesuatu yang bukan terbaik,tersedap,memenuhi selera pasaran,menepati kehendak dan halwa telinga umum.
cuma,asli.

8 ulasan:
ya, cuma asli.
heh.
senyum dan kenyit mata.
comel ya, untuk berkenyit-kenyit?
heh.
tak comel ke,dear?
comel lah.
tahu.
hehe.
;p
hehe.
kan?
Catat Ulasan