dalam kehidupan sekarang ni,gua rasa gua berada di tahap 'kebal'.meaning to said,gua berada di kedudukan di mana gua mampu menangani hampir apa saja permasalahan yang timbul.semuanya rasa mudah.mungkin kerana perkara-perkara yang pernah menjadi sesuatu yang amat menakutkan untuk berlaku dah pun berlaku.kegagalan,kepincangan,kehilangan,kematian.gua rasa diri gua bertuah.apa yang tak membunuh kita membuat kita jadi lebih kuat.tapi sebenarnya,bukan soal kuat atau lemah pun.cuma kesedaran.melihat hidup sebagaimana kehidupan itu sendiri.bila kita berhenti menjadi kanak-kanak yang meraung kerana tak dapat gula-gula beranggapan orang akan peduli dengan raungan kita,segala-galanya akan jadi jelas dan mudah.faktanya ringkas saja.tak ada siapapun yang hairan kita nak meraung memekik.jam takkan berhenti bergerak,masa takkan membeku,hujanpun takkan berhenti,dan orang lain masih akan menjalani rutin harian macam biasa.jadi,kenapa perlu kecoh?
mudah saja percaturannya.hidup ni kesudahannya mati.tak kira kaya-raya ke peminta sedekah ke,hebat ke hina ke,semuanya tetap akan masuk ke lubang kubur juga.jadi kenapa perlu risau.it's already fixed.matematiknya cukup terus.takdir kehidupan adalah perkara yang di luar bidang kuasa kita.untuk itu tak perlu bimbang sebab memang kita tak mampu pun untuk mengawalnya.what is there to be afraid of?"kun fayakun".kalau kita sedar kita bukan sesiapa berbanding dengan takdir..bukan kita perlu meneruskan hidup,memang hidup tetap akan berterusan dengan sendirinya.berduka-lara meratapi nasib ataupun marah dan memberontak,tak lemah pun,cuma naif.innocent.comel.macam bayi yang merengek-rengek kelaparan kerana tak dapat susu.hidup ni,dan kesakitan yang tersedia di dalamnya.hmm..bila saja kita tahu apa itu kesakitan yang sebenar,kita akan berhenti dari merintih-rintih.sakit itu hanyalah rasa,yang letaknya di dalam,sangat dalam,hanya antara kita dan jiwa kita,dan ianya bukan lagi sesuatu yang mempunyai jisim dan fizikal.kesakitan hanyalah unsur dalaman yang dialami secara ghaib,di dalam diri sendiri.
dan bumi tetap terus berputar..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan