otak gua ni pada kebiasaannya cuma ibarat kain putih.bersih dan kosong.bersih bukan dalam konteks 'suci' tapi lebih kepada neutral.neutral dalam erti kata gua tak ada apa-apa pandangan dan perasaan peribadi terhadap apa-apa selama ia tak berkait dengan gua secara peribadi.gua tak tahu macam mana tapi memang gua tak fikir apa-apa dan tak rasa apa-apa.kebanyakan perkara sekadar berlegar di luar dan tak sampai hingga ke hati gua.jadi gua memang sangat-sangat jarang nak berprejudis,buruk sangka berfikir bukan-bukan tentang peribadi orang malah nak bersangka baik pun tidak.neutral saja.tak ada apa-apa.bagi gua tak penting apa yang manusia pamerkan pada luaran untuk tontonan orang lain sebab pokok-pangkalnya mereka lebih tahu apa yang ada dalam diri mereka.samaada mereka berlakon,menipu,atau jujur sejujur-jujurnya,bukan gua yang harus tentukan tapi mereka sendiri.terpulang.jadi sebab itu,gua tak ada apa-apa dan biasa-biasa saja.kalau orang pilih untuk tak jujur,siapa yang boleh halang mereka?pusing-tolak,sudahnya semua terletak atas bahu masing-masing.
bagi gua,semua orang bertanggungjawab atas gerak-geri dan pilihan masing-masing.berani buat,berani tanggung.tapi macam gua cakap,gua tak ada apa-apa pandangan dan rasa yang peribadi terhadap apa-apa yang tak peribadi pada gua.cuma,gua ni selalu bercakap apa yang sebenar-benarnya ada dalam fikiran gua dan selalunya orang beranggapan gua bercakap secara peribadi dan emosi padahal gua sikitpun tak ada rasa dengan apa yang gua cakap.orang selalunya cenderung untuk fikir gua 'judgemental' tapi hakikatnya gua tak menghakimi apa-apa pun dan gua juga tak cuba nak memberi penjelasan untuk diri sendiri.kebiasaannya kenapa manusia tersinggung dan melatah bila orang mengata?sebab apa yang orang kata itu benar.sendiri makan cili maka sendiri yang akan rasa pedas.kadang-kadang sekadar menyebut fakta yang biasa-biasa pun boleh diambil secara emosi dan kemudian terasa seperti orang menghakimi.katakan gua komen pasal pakaian,maknanya pasal pakaianlah.tak ada kaitan pun dengan yang lain-lain.i don't care and i don't give a damn samaada orang yang pakaiannya diselar itu seorang yang beriman dan kuat beribadat atau apa.seikhlasnya,peduli apa gua?gua cakap apa yang gua nak cakap,kerana gua nak cakap.semuanya hanya perkataan.habis diucap,habis di situ.tak ada sebarang perasaan pun yang melekat di hati gua terhadap lu secara peribadinya.gua bercakap pasal pakaian dan hanya pakaian,tak bersangkut-paut dengan hati budi jiwa sanubari keimanan segala.
macam gua cakap,semua orang bertanggungjawab atas gerak-geri dan pilihan masing-masing.apa yang kita buat kalau menimbulkan rasa meluat pada orang lain sampai orang lain bertindak menyelar perbuatan kita,kenapa kita nak melatah dan emosi?malah cuba nak menyorok di belakang ayat 'don't judge a book by its cover'.kita cenderung menidakkan kelemahan sendiri dengan menyalahkan orang yang menghakimi diri kita.wayang semuanya.cuba fikir balik,kenapa orang boleh ada tanggapan tertentu terhadap kita.macam orang lain tak ada kerja tak bersebab saja suka-suka nak pandang buruk pada kita.sudahlah.sampai bila nak menyalahkan orang yang mempunyai tanggapan buruk terhadap kita kalau kita sendiri pun terus-terusan menunjukkan gambaran yang buruk kepada orang.come on,get real beb.dunia ni tak ada masa nak datang berkenalan dengan setiap manusia atas muka bumi ni untuk selam hati budi dan kaji intipati peribadi sebelum menilai dan meletakkan pendapat.suka tak suka kita memang dinilai terlebih-dahulu melalui pandangan mata.kita ni,penampilan kita,pertuturan kita,cara pembawaan diri kita adalah mesej kepada mereka yang memandang.semua pun dah dewasa,berakal,matang,jadi sendiri mahu ingatlah.
apa yang kita buat,kita harus berani nak tanggung.kita dewasa,boleh berfikir.kalau tak nak orang mengata,jangan buat apa yang akan diperkatakan orang.semua rengekan rintihan malang latah tak puas hati bila dikutuk dan diselar sebenarnya langsung tak relevan.kenapa nak kecoh sangat orang nak pandang serong ke pandang lurus pandang zig-zag ke nak mengutuk atau apa?bila kita tak kisah untuk buat sesuatu,kenapa nak kisah dengan penilaian orang?kenapa nak fikir bila orang tak suka sesuatu tentang kita dan mereka luahkan secara terbuka bermakna mereka perasan bagus dan anggap diri mereka sempurna.mentaliti yang bila diri kita diselar bermakna orang yang menyelar mengganggap diri mereka lebih mulia atau lebih 'islam' daripada kita,sebenarnya,apa benda tu?merepek dan merapu serta kebudak-budakan.kalau nak cakap fikiran sempit,bagi gua inilah yang menunjukkan fikiran tu sempit.kalau orang kutuk,cuba nilai dulu diri sendiri kenapa orang nak kutuk.katakan kalau kutukan tu tak berasas pun,kenapa pula nak marah-marah.bila dah dewasa,sepatutnya boleh tahu setiap gerak-geri kita ada risiko,boleh jadi baik boleh jadi buruk.jadi,terima sajalah kalau orang ada pandangan walaupun bukan positif.kenapa nak jadi kebudak-budakan nak merengek menuduh betapa tak adilnya dunia ni menghakimi diri kita bla bla bla. dan bla bla bla.masing-masing sepatutnya boleh berfikir secara logik.kalau berpakaian seksi,terdedah sana terdedah sini,takkan nak harap masyarakat anggap sebagai ustazah?sendiri agaklah.
sebenarnya benda ni senang saja.kita tak perlu nak buat diri kita supaya suka pada orang dan tak perlu nak buat orang supaya suka pada diri kita.jadi saja diri sendiri,jujur.kalau orang suka diri kita,orang akan suka dan sebaliknya.so what kalau orang nak menilai pun?dunia ni memang kejam lah.lu orang umur berapa tak tahu?dua tahun,tiga tahun?kelakar pun ada sebenarnya.isu kutuk-mengutuk,kafir-mengkafir.look,it's simple.kalau tak nak orang cakap kafir,tak payahlah buat perangai macam orang kafir.ini orang cakap tahu nak melatah nak marah tapi sendiri perangai macam celaka mengalahkan orang yang bukan muslim tak nak sedar lepas tu nak marah bila orang mengata.lawak tahu,lawak.lagipun,ingat orang yang sopan-santun,ayu,comel,sempurna sifat tak pernah kena kecam dan kena maki ke?macam gua kata,dunia ni memang kejam pun.tak kira siapa-siapa bila-bila masa boleh jadi mangsa keadaan.
kalau baca tulisan gua ni,bunyi macam emosi tak?heh.normal lah kalau orang rasa berbaur emosi.rata-rata memang anggap macam tu.tapi bagi gua,tak ada apa-apa pun.sambil taip sambil makan maggie,sambil dengar lagu.santai saja.biasanya,bila kita emosi kita akan nampak seolah-olah orang lain emosi sedangkan kita sendiri yang terperangkap dalam andaian sendiri.tak ada siapa boleh merendahkan diri kita melainkan kalau kita sendiri yang membenarkan.jadi,kenal diri sendiri dan rilek sudah.macam biasa,akhirnya semua masuk ke lubang kubur jugak dan nanti akan berdepan dengan hakim paling saksama dan mutlak.sendiri mahu ingat.
dah.malas dah nak taip.gua nak tidur.

4 ulasan:
tak emosi.
om nom nom.
keh3.
hakim maksum.
macam comel je bunyi om nom nom tu.
om nom nom tu bunyi makan. keh3.
tu la bunyi makan yang paling comel pernah gua dengar.
Catat Ulasan