Sabtu, Januari 15, 2011

Tidur? Menangis? Realiti? letaklah sendiri tajuk yang sesuai

kenapa mesti gua bangun jugak dari tidur?gua masih nak tidur.gua rasa malas nak bangun tidur hari ni.kalau boleh gua nak tidur sampai hari isnin terus.urghh.tapi gua dah cuba sedaya-upaya untuk tidur selama yang boleh dan nampaknya mungkin gua cuma mampu tidur setakat ini.damn damn damn.kalaulah gua boleh kawal sendiri.boleh tidur bila-bila masa gua nak tidur dan boleh bangun bila-bila masa gua nak bangun.malangnya yang selalu berlaku ialah gua tak boleh nak tidur bila gua mahu tidur dan gua akan bangun bila gua tak mahu bangun.

gua nak buat apa ya sekarang?kalau saja gua boleh tidur sampai hari isnin,gua tak perlu nak fikir apa-apa.hanya bangun dan pergi kerja,kemudian balik dan malamnya tidur balik untuk bangun pergi kerja balik.macam zaman sekolah sekali lagi.gua ada sebab,ada tujuan,ada sesuatu untuk dibuat dan ada arah.sesuatu yang buat gua rasa hidup masih berjalan.sesuatu yang memudahkan gua untuk menghabiskan masa tanpa perlu berfikir banyak.escapism kalau boleh disebut.lari dari perlu memikirkan,dari perlu mentafsir,dari perlu memahami.

gua penat sebenarnya.sebab tu gua nak tidur selama yang boleh dan gua cuba sedaya-upaya mengelak daripada letak 'selama-lamanya' di belakang perkataan tidur tu.kalau boleh check in di hospital,i would love to.so that gua boleh berbaring,berehat dan hanya tidur saja tanpa diganggu sesiapa.gua tak mahu bercakap,tak mahu melihat,tak mahu bergerak.tak mahu mendengar,malah gua tak mahu sesiapa pun bercakap dengan gua,lihat gua,bergerak dekat gua,dengar apa-apa tentang gua.i just want to lie down and do nothing.gua penat,gua bosan,gua jemu.gua jemu tahu tak?i'm sick and i'm sick of everything.gua cuma nak berhenti berfikir tentang apa-apa.tentang apa-apapun.

segala-gala yang terpaksa gua faham walaupun ia menyakitkan gua.segala-gala yang terpaksa gua terima walaupun ia menjejaskan gua.segala-gala yang berlaku yang memberi kesan terus ke atas diri gua tapi malangnya ia tak ada kena-mengena dengan gua dan ia bukan tentang gua.hakikat sebenarnya.hidup ini cuma ulangan benda yang sama.it's the same thing over and over again.pergilah mana pun,duduklah kat mana pun,buatlah apa pun.hatta dari sudut psikologi,walaupun gua tak pernah belajar psikologi,manusia rata-ratanya menderita kerana pengulangan sesuatu,bukan kerana apa yang berlaku.kita seringkali diingatkan kepada sejarah,kepada pengalaman lalu.apa yang berlaku sekarang,hanyalah masa silam yang berulang.that's why it hurts.yang menyakitkan itu bukan kerana sesuatu berlaku hari ini,tapi kerana kita kembali diingatkan tentang peristiwa lama yang pernah berlaku.we all have our personal issue.what we hate the most,what hurt us the most..macam yang selalu disebut,the first cut is always the deepest.kadang-kadang kita akan dibayangi kesakitan itu.setiapkali kita terluka lagi,sebenarnya yang cedera adalah luka lama.bila kita rasa 'balik-balik benda yang sama',kat situlah letak sakitnya.apa yang berlaku di masa lepas adalah isu peribadi kita yang sebenar-benarnya.

lu percaya ke manusia boleh betul-betul sembuh?kalau mereka betul-betul boleh sembuh,sepenuh-penuhnya,mungkin mereka tak terluka sepenuh-penuhnya.gua rasa manusia takkan boleh sembuh sepenuhnya kalau mereka betul-betul pernah luka teruk.bukan gua sengaja nak jadi negatif,cuma gua bersikap real.tak kira betapa kita dah berjaya meneruskan hidup,menutup kisah lama,belajar daripada pengalaman dan jadi lebih matang,tak banyak pun sikit sekali-sekala kita masih akan ingat sejarah pahit dan ingat betapa sakitnya melalui semua tu.bukan kerana dendam,benci,atau kerana kita tak move on,tapi kerana kita manusia.kita boleh memaafkan,tapi untuk lupa adalah sesuatu yang mustahil,melainkan kita hilang ingatan.kalau ia benar-benar pernah melukakan kita dengan mendalam,ia akan kekal.bukan macam dalam cerita orang putih,lepas selesaikan 'unfinished business' dan leraikan segala yang membelenggu maka tamatlah segala kesakitan dan kita pun hidup happily ever after.bagi gua itu semua sampah.katakan gua faham kenapa seseorang bertindak sepertimana yang telah berlaku dan gua boleh maafkan perbuatan dia,tapi kalau gua terluka gua masih juga terluka.ia hanya membebaskan gua dari kemarahan dan benci,bukannya kesedihan.

ia sama saja sebenarnya.tak kisah apa alasan dan sebab-musabab.polis yang tembak mati budak belasan tahun tu,bagilah apa alasan sekalipun untuk memunasabahkan tindakan sendiri tapi kesannya tetap tak berubah.lu tetap dah bunuh orang yang tak bersalah dan budak tu tetap dah mati.in fact,lagi sakit sebenarnya bila kita rasa terluka tapi kita tak boleh marah dan salahkan sesiapa.kita cintakan seseorang bagai nak mati tapi orang tu tak cintakan kita balik,kita tak boleh salahkan dia.jadi kita hanya rasa sakit gila babi macam tu saja tanpa ada sesiapa yang bersalah.atau pemandu diserang sakit jantung dan telah melanggar orang yang kita sayang sampai menyebabkan kematian.segala kesedihan dan kesakitan yang memenuhi dada tapi tak ada saluran untuk dilepaskan.ia bertakung,terapung,dan hanya kekal kat situ semata-mata.kalau dalam cerita,terutamanya cerita orang putih,lepas kita bercakap dan berdamai melepaskan rasa tak puas hati atau apa-apa yang bersarang dalam jiwa,maka tamatlah belenggu dan sembuhlah luka yang lama terpendam.realitinya,semudah itukah?lepas kita luahkan semua,adakah kita akan betul-betul lega dan sembuh dan takkan rasa sakit lagi?

gua selalu mimpi menangis sepuas-puasnya lepaskan habis segala beban perasaan tanpa ditahan-tahan..mungkin jauh dalam hati itulah yang gua nak buat sekian lama tapi gua hanya mampu lepaskan dalam mimpi.

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

Aku suka tido, kalo aku kurang tido, aku perasan aku very bloated and obvious giler fat. kalo aku cukup tido, aku perasan, errr tak nampak gemok sangat haha

broken_nigina berkata...

huhu..