i have to say,perkara yang paling gua minat dalam dunia ni adalah diri gua sendiri dan apa yang bagi gua berkaitan dengan diri gua.perkara-perkara yang selain itu,sangat jarang gua ambil peduli.jadi,gua tak baca surat khabar,tak tonton berita dan tak baca berita di internet.seperti yang gua cakap,gua takkan ambil-tahu,selama ianya tak membawa kepentingan untuk gua.mungkin bunyi macam individualistik tapi itu adalah diri gua.perkara yang paling menarik pada gua,adalah diri gua sendiri.as for that,i can go on and on and on,talking about myself.tengok saja blog ni,ada lebih daripada seribu entri yang ratanya berjela-jela berkisar tentang diri gua.in fact,gua bukan cuma ada satu,tapi enam blog.entah sampai berapa banyak tempat yang gua perlu hanya untuk bercakap pasal diri sendiri.
benda ni,sebenarnya,gua rasa semua orang pun kebanyakannya adalah individualistik.kita lebih peduli tentang perkara yang berkepentingan untuk kita.kita semua selfish.bukan ke bila kita berbuat baik pun,itu juga untuk memuaskan diri sendiri?ia akan selalu berbalik kepada diri sendiri.apa yang kita sayang,apa yang kita jaga,apa yang kita korban,sebenarnya adalah untuk diri kita.cuma,kita suka berbasa-basi,mementingkan diri sendiri secara 'tersirat'.kita dah dididik untuk berkata apa yang kedengaran lebih patut,bukan apa yang sejujur-jujurnya.ketika apa yang paling kita fikirkan adalah kebaikan diri sendiri,kita berkias seolah-olah sedang memikirkan kebaikan orang lain."awak tak mengantuk ke?kesian,esok nak kerja"<-ini sebenarnya bermaksud "gua mengantuk ni lu tak reti-reti ke nak tidur".kita tak suka nampak teruk,jadi kita cuba menunjukkan imej yang baik walaupun ketika melakukan sesuatu yang boleh menyinggung orang lain kerana yang penting ialah bercakap baik-baik,benda yang baik-baik.
jadi,macam gua cakap tadi.gua biasanya hanya berminat pada diri sendiri dan apa yang gua rasa berkait dengan diri gua.sebab itu gua sukakan orang yang berpewatakan terus-terang,outspoken,bersahaja,sebab gua nampak diri gua dalam mereka.seriously.cut the crap la.bla bla bla bla bla bla it's me not you bla bla bla bla.have some guts to speak the truth.tak payah berbasa-basi berkias-kias berbelit-belit.jadi sebenarnya,kalau lu jumpa orang yang kejam macam gua yang tak kisah nak sakitkan hati orang lain secara terang-terangan dan sanggup mengaku dirinya individualistik,trust me,you're lucky.
ok.dah malas nak taip lagi.sekian.
3 ulasan:
kalau kau memang seperti yang dinyatakan di atas, kau orang kedua yang aku jumpa macam ni.
benda yang gua rasa paling menarik kat dunia blog ni ialah kita saling menulis satu sama lain.we write each other.
aku setuju itu. sebab kita perhatikan dari luar tingkap, dan menjenguk ke dalam laman nya. dengan sekadar memahami.
Catat Ulasan