Ahad, November 28, 2010

The Essence Of Me

malam ni malam yang ketiga berturut-turut gua hanya ulang dengar lagu nobody's home-avril lavigne.hati gua sayu,sedih.gua jadi teringat balik kehidupan yang lampau..bukan gua pernah lupapun,tapi gua jadi ingat balik betul-betul dengan sepenuh perasaan.segala kegembiraan yang pernah ada,segala kesakitan yang pernah gua rasa..seolah-olah gua ulang lalui balik semuanya lagi sekali dan gua rasa macam gua dah jadi diri gua masa gua umur belasan tahun balik.tempoh dalam hidup gua yang gua rasa paling hidup..semua tu bernyawa balik..hati gua jadi basah,emosi mengalir..

gua ingat jiwa gua,gua ingat perasaan gua..gua ingat bila gua sayang,bila gua rindu,bila gua bahagia,bila gua sedih..segala-gala yang gua rasa dengan sebenar-benar rasa..gua nampak wajah dia  sewaktu yang pertama kali gua jatuh hati..gua ingat rasa resah gua sewaktu  yang pertama kali gua kenal tentang risau..gua alami balik seperti kali pertama untuk segala-gala yang pertama dalam hidup gua..waktu yang paling indah,waktu yang paling bermakna,waktu yang paling berharga..rasa macam tak percaya yang bila gua bertemu balik jiwa sebenar gua ialah bila gua bertemu balik perasaan sebenar gua terhadap dia..bukan melalui kegembiraan,keceriaan,tapi melalui rasa sayu dan terharu yang gua serap daripada dia..saat tu bila gua sedar perasaan gua bukan sekadar keterujaan budak-budak tapi lebih mendalam daripada tu dan yang buat gua sedar bukan rasa gembira,tapi sedih..itu saat bila pertama kali gua menangis untuk dia malah untuk sesiapa pun..he's lonely..he's sad..bila gua dapat rasa kesedihan dia dan bila gua pandang dia dengan pandangan yang paling naif dan bersih,itulah perasaan gua yang paling luhur dan benar..itulah diri gua..gua adalah diri gua yang paling benar bila gua sayang dia dengan perasaan sayang gua yang sebenar.

jadi,bila gua rasa macam gua hilang jiwa gua dan gua tak dapat cari perasaan gua sendiri selama ni,itu sebenarnya kerana gua cuba bunuh bahagian dalam diri gua yang paling asli.bahagian dalam diri gua yang cintakan dia dengan setulus-tulus rasa..bila gua matikan bahagian itu,itulah saat gua bukan lagi diri gua yang sejati..the truth is,bukan kehilangan dia yang paling meninggalkan kesan pada gua tapi kehilangan rasa yang gua ada terhadap dia.kerana gua sedar gua tak boleh hapuskan rasa tu jadi gua kuburkan ia dalam-dalam bersama jiwa gua dan semuanya hilang dalam diri gua bersama hilangnya diri gua sendiri..kalau tak,how would i survive?untuk hidup tanpa merasa kesakitan yang sebenar hanyalah dengan mematikan hati..dan gua jadi kosong,jadi numb..

sebenarnya gua letih,gua penat.ada masanya gua rasa macam nak putus asa.gua fikir sendiri,apa lagi yang harus gua buat untuk dapat bersama dia.it's not like how it's supposed to be.dugaan paling hebat datang,kemudian kekuatan cinta berjaya mengatasi segalanya dan setelah dugaan dah diatasi,come the part macam dalam cerita,the happy ending.tapi bukan itu yang berlaku.part happy ending tu tak sampai-sampai.dah anti klimaks malah anti klimaks tu pun dah anti klimaks..balik-balik gua terhumban dalam keadaan kabur dan tergantung macam ni jugak,macam those nightmares yang kita ingat kita dah bangun tapi rupa-rupanya masih lagi bermimpi.dalam mimpi kita mimpi kita mimpi kita mimpi kita mimpi kita mimpi........................................

gua lemas..macam mana nak buat benda tu berakhir?kalau gua dan dia tak boleh hidup tanpa satu sama lain,kami sepatutnya hidup bersama.tapi kenapa payah sangat?saat gua rasa gua semakin pulih dan berjaya dapatkan jiwa sebenar gua,dia pulak menghilang.jadi kenapa gua masih nak duduk lagi dalam perhubungan yang macam ni?

i just hope he's fine..please somehow let me know....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

love is like a fairy tale. we are hoping the happy ending awaits behind the obstacles, yet we are hopeless ourselves, being raped by the situation.

broken_nigina berkata...

dah berapa kali obstacles ntah.lari berhalangan pun rasa tak banyak halangan macam ni.lol.

deaf-angel berkata...

gi ah calling calling... ni hao ma? dah makan belum? then from there can make a decision.

Nasib baik ko bukan menteri, abis negara tak gerak... haha

broken_nigina berkata...

en.deaf sayang,tak ada timbul langsung pun masalah tak boleh buat keputusan.