kadang-kadang gua rasa macam hidup ni mempersendakan gua.satu hari gua terlalu bahagia dan satu hari kemudiannya terlalu sengsara.seolah-olah mainan semata-mata.gua hampir terasa ada seseorang yang menonton perjalanan hidup gua sambil ketawa mengekek-ngekek melihat gua begitu mudah diperdaya.
tapi keadaan berubah.tempoh gua berada dalam keadaan amat miserable semakin singkat berbanding sebelumnya.tuhan bagi gua kesakitan tapi tuhan juga bagi gua kelebihan mudah tahan sakit.2 hari yang lepas gua tak boleh bernafas tanpa rasa macam nak mati tapi hari ni gua dah ok.bukannya kesakitan tu pergi ke mana-mana cuma gua dah boleh tahan dan telan dan sebenarnya gua penat.gua penat dilambung-lambung dengan harapan palsu kemudian kecewa dan kecewa dan kecewa lagi.apalah salah gua ni?haih..sudahlah..malas nak fikir malas nak tahu malas nak faham.rasa macam nak merajuk dengan hidup,dengan segala-galanya.heh.dah.
//tengok entri kat bawah yang bertarikh 18 ogos,serius buat gua rasa lagi lawak.
1 ulasan:
sdg merasakan benda yg sama. *sigh*
Catat Ulasan