Rabu, Julai 28, 2010

Cita-Cita

cita-cita gua hari ni ialah untuk tidur awal.kalau boleh gua nak tidur pukul 10.kalau boleh pukul 10 tu gua dah nak berada di alam lena.gua nak rehat.gua nak rehatkan badan gua cukup-cukup pada waktu yang terbaik.tidur awal dan bangun awal dengan penuh selesa.tapi gua tak terkejut kalau cita-cita gua tak tercapai.selalunya bila makin hampir dengan waktu yang menjadi sasaran gua,waktu tu jugak tiba-tiba gua rasa makin banyak benda nak dibuat.pokok-pangkalnya,'terbabas' itu adalah perkara yang sangat biasa.tapi gua nekad.memang gua kena tidur awal.sebabnya gua perlu pulihkan tenaga gua.gua tak nak jatuh sakit.gua cuba lawan selesema dan rasa tak sedap badan yang ada.harapnya dengan berehat cukup-cukup,gua dapat kembalikan tenaga yang hilang untuk jadi cergas dan cerdas seperti biasa.

hari ni kat pejabat,ada pengumuman tentang salah-seorang pekerja di tingkat yang sama dengan gua positif h1n1.berita gempar,gua rasa.tapi gua pelik bila tengok rata-rata pekerja selamba macam tak hairan.minah yang duduk dekat dengan staf yang ada h1n1 tu siap boleh buat lawak lagi dengan gua cakap gua tak boleh tinggalkan meja dia selagi tak dapat virus h1n1 yang ada kat situ.gua pun tak tahulah kot ceruk mana dia orang rasa kelakar pasal h1n1 ni.bukan benda yang patut dibuat bahan ketawa bila ia melibatkan nyawa.people can die in fact memang dah banyak kematian direkodkan kes h1n1.how can they joke about it?

staf yang positif h1n1 tu katanya dah banyak hari mc sebab demam tak kebah-kebah dan sebelum dirujuk ke hospital untuk ujian h1n1 dia ada datang bekerja macam biasa.dalam kata lain,dia dah bawa virus tu masuk ke dalam pejabat,ke dalam bangunan  yang meletakkan semua orang berisiko untuk dijangkiti dan  itu bukan benda yang kelakar.tapi gua pun hairan kenapa tak ada arahan untuk kuarantin bila dah ada orang yang positif h1n1 dalam bangunan.tadi setakat ada orang datang sanitize bangunan cuci kuman je.ke sebab baru seorang yang kena jadi tak perlu kecoh?kata lain,kena tunggu ramai-ramai kena dan virus dah merebak baru perlu ambil langkah untuk kuarantin.entah lah.harap-harapnya semuanya baik-baik.nauzubillah minta dijauhkan.

nak dijadikan cerita gua start semalam selesema,gatal-gatal tekak,tak larat.tapi seikhlasnya,gua tak bimbang sangat diri gua.gua cuma bimbangkan anak-anak buah gua.i love them so freaking much untuk membahayakan mereka.sebab tu gua tak nak apa-apa jadi pada gua yang boleh meletakkan dia orang dalam risiko.kalau apa-apa jadi kat gua,tapi benda tu tak berisiko pada dia orang,gua tak kisah sangat.i just dont wanna get sick for their sake.macam yang selalu gua cakap,gua sayang budak-budak tu macam anak sendiri.walaupun bukan gua yang kandungkan,yang lahirkan,tapi gua sayang sebanyak mana seorang ibu mampu sayangkan anak.i cant let anything bad happen to them.jadi gua tak nak sakit.

dah.malas dah nak tulis lagi.sekian.

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

fren

slamat menyambut bulan ramadhan

take care.

eddie dewanaga berkata...

selamat berpuasa my dear Gina...