pc rosak..dah dua minggu lebih jadi manusia biasa tanpa teknologi kat rumah..pinjam guna pc adik gua jap..line betul2 clear baru berani bukak blog..haih..apapun,life ketika ni agak hampeh..dalam masa beberapa hari lagi yie akan melangsungkan majlis perkahwinan..semua orang satu demi satu bergerak ke depan meninggalkan masa silam,mengejar masa depan yang mana di dalamnya tak ada gua..semua orang dah pergi,dah move on.yang tinggal cuma gua,masih kabur,tak tahu ke mana haluan.apa nak cakap erk?gua selalu jadi cinta pertama,cinta yang luar biasa,cinta yang diimpi,tapi gua takkan jadi cinta yang dibuat isteri.mesti akan ada perempuan seterusnya.seseorang yang muncul walaupun kisah percintaannya tak 'segah' kisah percintaan bersama gua,tapi semuanya lebih bersifat nyata dan kekal..hakikatnya sangat jarang manusia yang berkesudahan akan bersama dengan 'kekasih fantasi' mereka.when it's too good to be true,selalunya memang it's too good to be true..selalunya dalam hidup ni mesti ada suatu pengalaman yang cukup indah dan menarik yang takkan mungkin kita lupa tapi ia dicipta hanya sebagai memori..dan gua,adalah 'memori' tu..samaada membahagiakan,atau menyakitkan,atau apa-apa je lah,gua cuma memori.nothing more,nothing less.gua adalah hantu.orang akan anggap gua tak real walaupun gua real.
whatever it is..gua tak nak bazirkan emosi gua bersedih untuk manusia yang tak perlukan gua..gua ingat ayat dalam sitkom everybody loves raymond.."They need you, until they don't need you anymore"..heh,sangat-sangat relevan.gua masih ingat waktu ketika mereka perlukan gua.segala pujuk-rayu,airmata,kata-kata pujian dan segala-gala..gua rasa macam mak burung.hanya diperlukan waktu masih lemah,masih tak mampu berdikari..bila dah boleh terbang,siapalah gua ni?tapi gua tak mahu duduk layan perasaan berasa kesian pada diri sendiri.ikhlas cakap,kadang-kadang gua ada jugak rasa menyampah bila dengar orang yang pernah separuh nyawa merayu pada gua sekarang dah tunjuk lagak selamba membuktikan betapa mereka dah tak perlukan gua,dah tak mahukan gua.siap dengan baiknya mahu doakan gua bertemu lelaki lain,seolah-olah gua begitu prihatin dan baik,mahu tengok gua bahagia.tapi gua bukan semulia tu.gua tak terharu langsung dengan keprihatinan mereka.tak payah.ya,gua dah faham lu tak nak gua lagi.tak payah nak menunjuk-nunjuk betapa lu dah tak nak gua lu dah tak kisah langsung,tak cemburu langsung tengok gua dengan lelaki lain.gua rasa menyampah la.cuba kalau gua yang move on dulu,yang nak kahwin dulu sebelum mereka boleh hidup tanpa gua..
ok..gua tak nak sesakkan jiwa gua dengan rasa sedih,atau marah..i'm doing my best.dah cukup la kalau gua bersahaja tak ambik kisah..takkan sampai gua kena berlagak ceria buat sporting nak tunjuk betapa gua ni cool dan matang boleh terima tengok seseorang yang pernah hadir dalam hidup gua nak nikah dengan orang lain.tak kuasa langsung gua.i dont give a damn.tak ada masa nak tunjuk cool,tunjuk baik.gua tak perlu nak tersengih-sengih berlakon gembira bila gua tak gembira.malah,sejujurnya,gua tak rasa apa-apa.dalam hati gua,gua cuma rasa segala-galanya dah berakhir,dan cuma itu.yang lain-lain dah tak bawa makna apa.gua hanya pandang sarang yang kosong,dan gua sedar ianya dah kosong.gua terima hakikat sepertimana hakikat.
sebenarnya minda gua tak ada la rumit sangat pun.it is what it is.langit adalah langit.laut adalah laut.objektif.tak lebih,tak kurang.pertalian gua dengan seseorang ialah bila hati kami terikat.tak kisah la terikat dengan cinta,sayang,atau apa saja.emosi hanya datang apabila ada ikatan.kalau ikatan tu dah tak wujud,maka sebab untuk memiliki emosi juga dah tak wujud.memang semudah itu.ia sama macam gua terima bumi ni bulat.
dah..malas nak bebel panjang lagi.masa akan terus berjalan.bukannya dunia ni akan berhenti pun.manusia datang.manusia pergi..gua tak tahu apa akan jadi selepas ni tapi yang penting,gua ok..bak kata amy search,gua orait..

3 ulasan:
manusia akan dpt apa yang mereka dapat, bukan ape yang mereka mahu.
cheer up!
selagi Allah belum cabut nyawa, hidup harus diteruskan walau manis atau pahit
hari tu gua try masuk, tak dapat...
*org kata sabar itu senjata mukmin, gua pun try sabar la ni, yg sangkut kejap, padan muka gua...
Catat Ulasan