Rabu, Februari 24, 2010

Kalau Lu Rasa Dah Pandai, Sila Lebih Pandai Lagi

sini tempat paling aman untuk gua bebelkan apa yang ada dalam kepala gua.bila gua sibuk dengan benda lain tak di depan pc menaip dalam blog ni gua banyak benda yang mahu dilepas tapi bila gua lapang duduk di depan pc menaip dalam blog ni gua dah tak rasa ada benda yang mahu dilepas.soalnya,kalau gua tak buat apa yang gua mahu buat ketika gua mahu buat,gua tak mahu buat lagi bila gua dah tak mahu.tak payah pun.kita mahu apa yang kita mahu bila kita mahu,bukan bila kita tak mahu.tak perlu kebijaksanaan luar biasa pun untuk faham itu.

tentang kehidupan.gua hari ni,atau gua sepuluh tahun lepas,sama saja.haih..banyak-banyak benda yang boleh dipalsukan,gua tak nampak macammana manusia boleh palsukan kemahuan.gua tak pandai untuk senyum bila gua tak rasa nak senyum.gua tak pandai  nak menangis bila gua tak rasa nak menangis.atau apa-apa saja.gua tak ada kemahiran untuk buat-buat rasa apa yang gua tak rasa.bila gua tak rasa apa-apa,gua cuma tak rasa apa-apa.tak semestinya gua gembira,atau gua sedih.gua hanya rasa kosong.rasa kosong bukan perasaan yang kosong,tapi kosong perasaan.keadaan bila gua tak merasa apa-apa,tak fikir apa-apa.biasa.hanya biasa saja.

gua rasa gua seorang yang ceria.gua rasa gua seorang yang gila-gila.gua rasa gua seorang yang gila.hanya kerana mereka tak nampak itu,bukan bermakna gua bukan macam tu.mungkin bermakna mereka cuma tak kenal diri gua untuk nampak.gua rasa tak ada faedah untuk memberatkan kepala dengan masalah.bukan kerana gua positif,tapi kerana gua tak nampak sebarang perbezaan antara menjadi positif dan negatif.gua rasa sesuatu itu adalah seperti seadanya.ia tak berkaitan dengan apa yang kita fikir dan kita percaya.katakan gua fikir gua boleh terbang dengan mengepak-ngepak tangan gua dan gua percaya dengan sepenuh hati yang gua mampu,tak,gua masih tak mampu terbang.siapa yang bodoh anggap bila dikatakan kita apa yang kita fikir bermaksud kita akan menjadi seperti apa yang kita tanam dalam fikiran kita?kalau macam tu takkan ada seorang pun manusia dalam dunia ni yang akan ada sebarang kelemahan.soalnya,apa pun yang kita fikir takkan merubah hakikat.tak nampak ke?jadi buat apa buang masa mahu memikirkan benda yang hampeh kalau lebih seronok memikirkan benda yang seronok?lu meraung,menggelupur,berguling-guling atas lantai sampai putus nyawa,malam takkan datang ke?matahari takkan terbit ke?lebih baik makan aiskrim dan tengok tv sambil malam datang,matahari terbit.kita adalah apa yang kita fikir,sebab kita tak boleh nak ubah apa-apa dengan berfikir tapi kalau kita pandai nak berfikir,makan aiskrim dan tengok tv adalah lebih baik dan berfaedah daripada meraung,menggelupur,berguling-guling atas lantai sampai putus nyawa.

 apa yang gua bebel tak ada kena mengena langsung dengan apa yang tengah bermain dalam kepala gua.tak apa..gua pun bukan nak sambung menaip lagi.dah malas.ok.dah.

ok,gua tambah sikit.hidup ini adalah soal menjadi kreatif.kegelapan boleh menjadi ruang suci sepi bila jiwa bersatu dengan hati tanpa ada silau cahaya yang mampu mencuri pejam dari lena mata..

be creative.  

Tiada ulasan: