bila gua cakap gua tak mahu sesuatu yang bukan milik gua,gua maksudkan gua tak mahu sesuatu yang tak dicipta untuk gua.kata lain,gua tak sudi untuk terima harapan palsu dan bergembira dengan keindahan yang tak berpijak di bumi nyata.gua tak kisah berjuang untuk dapat apa yang gua mahu tapi gua tak rela menipu diri sendiri dan hidup macam melukut di tepi gantang.idam sepenuh nyawa pun,gua tak sudi menerima penghinaan sebegitu.bila gua beri yang terbaik,gua tuntut yang terbaik sebagai balasan.i deserve what i deserve.tak ada kompromi.sebab itu lagi sekali gua cakap,gua tak mahu sesuatu yang bukan milik gua.
kalau pungguk rindukan bulan,gua lebih rela menjadi bulan.maka gua pilih untuk mempertahankan prinsip.katakan jiwa gua hancur,gua masih boleh hidup sebagai manusia yang ada pendirian tapi kalau gua jadi macam peminta sedekah,serahkan nasib gua untuk ditentukan orang lain dan sanggup rendahkan taraf sekadar menerima buta-buta apa saja yang orang berikan seolah-olah hamba abdi yang tak ada keupayaan,sungguh,kalau boleh tersenyum pun berpaut pada harapan yang sekelumit,apa maknanya?
perempuan oh perempuan..jangan jadikan diri lu lebih lemah dari kudrat lu yang sebenar.berselindung di sebalik ayat 'wanita yang lemah' untuk jadi pengecut dan lari daripada tanggungjawab mengemudi nasib sendiri.diri gua,hidup gua,masa depan gua.gua pilih untuk tentukan takdir gua sendiri.walaupun gua tahu segala-galanya datang dari Dia,tapi paling tidak,gua tak rela jadi lemah untuk hidup sekadar berserah pada nasib.i will fight.selagi hayat dikandung badan.selagi ada kudrat iradat,gua akan jadi orangnya yang akan menentukan kehidupan gua sendiri.gua hanya mahu apa yang selayaknya gua dapat.jadi,back off!kalau lu tak dapat bagi apa yang selayaknya gua dapat,pergi saja jauh-jauh dan pupus dari hidup gua.jangan datang selagi lu tak ada keberanian untuk berjuang memberi apa yang sepatutnya gua terima.itu saja.sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan