Ahad, Januari 24, 2010

Percayalah, saya ikhlas! (aww, ikhlasnya saya)

gua rasa macam ramai gila pembaca blog(baca:masyarakat) yang berpura-pura dan kuat mengampu.benda yang terang-terang nampak tak menarik tapi puji-puji cakap menarik.gua jadi naik hairan.biar betul?buta ke apa?bukan gua suruh kutuk,tapi tak perlulah sampai menipu.serius,gua memang tak faham langsung konsep 'menipu demi memggembirakan seseorang'.macammana seseorang boleh nak gembira kalau mereka sebenarnya ditipu?langsung tak faham.mungkin sebab gua lebih percaya kepada konsep 'berkata benar walaupun pahit' dan gua tahu gua memang cenderung untuk menyinggung perasaan orang lain tapi gua rasa gua tak kejam kot,cuma mungkin terlalu jujur.gua bercakap benda seperti yang sebenar tapi benda yang sebenar itu yang selalunya orang tak boleh terima,kan?


every now and then,gua sedar gua lukakan hati orang-orang dalam hidup gua dengan apa yang gua cakap.gua cuma rasa tak munasabah untuk puji sesuatu yang tak layak dipuji.in fact,gua tak rasa gua memuji pun bila gua cakap sesuatu yang positif terhadap apa-apa.ia cuma ayat penyata untuk menggambarkan sifat sesuatu.macam,'perempuan tu cantik' adalah merujuk kepada perempuan yang cantik.gua bukan memuji dia cantik,gua hanya beritahu dia cantik sebab dia memang cantik.nothing more,nothing less.gua tak anggap ada apa-apa yang peribadi tentang itu.sama macam bila gua cakap,'perempuan tu tak cantik'.sungguh,tak ada apa-apa yang kompleks dan misteri pun dengan ayat yang gua ucap.


walaupun gua mengaku kadang-kadang gua memeningkan orang lain,tapi kebanyakan masanya gua cukup mudah untuk difahami sebab tak payah risau,gua sendiri yang akan buat orang lain jadi faham.kalau gua suka,gua cakap gua suka.kalau gua tak suka,gua cakap gua tak suka.macam tu boleh jimat masa dan tenaga masing-masing daripada sibuk nak main teka-teki.gua akan pastikan orang lain tahu pendirian gua dalam sesuatu perkara terutamanya lelaki sebab jujur cakaplah,kalau nak tunggu lelaki faham sendiri,tak melampau gua kata masa tu mungkin kucing pun dah tumbuk tanduk.bagi gua,gua cuma fikir kenapa nak rumitkan hidup dibelit tanda-tanya berpanjangan kalau dengan  berterus-terang boleh bagi kita jawapan segera?once and for all.lebih mudah bagi gua.terus dan terang,bukan bengkok atau samar-samar.


jadi,seikhlasnya gua tak nampak kat mana perlu untuk menyatakan ayat yang tak menyatakan apa yang nyata.kenapa nak puji bila ketara nampak kelemahan?kenapa kena cakap 'wow sedapnya suara' kepada katak atau 'awak tak bersalah' kepada orang yang baru selesai merompak?sangat hipokrit.kalau memang berniat nak menyindir,itu cerita lain tapi benar-benar memuji seolah-olah  gila ikhlas,telus,bersih,cekap,amanah,mesra,cepat,betul..gua memang kagum.wow,sungguh  ikhlas,telus,bersih,cekap,amanah,mesra,cepat dan betulnya dia,macam kerajaan malaysia' dan ini dengan ikhlas adalah ayat sindiran.


entahlah.mungkin sebab kita dididik untuk bercakap tentang perkara yang baik-baik saja,kot?dah terbiasa untuk ucap sesuatu yang sedap didengar walaupun terhadap orang yang kita rasa sangat hampeh.maksud gua,ucap kat depan lah kemudian baru bercakap yang buruk-buruk kat belakang sebab kan tak baik cakap benda buruk pada seseorang?what so called sebagai 'bercakap baik' ini buat manusia lebih suka tak sentuh kesalahan yang nampak terang-benderang sambil mengalihkan  perhatian kepada benda sampingan yang tak penting pun untuk jadi perhatian.contoh ayat:-ali sedang mabuk sambil memakai baju warna hijau.contoh tindak balas:-cantiknya baju ali warna hijau.somehow,itu adalah respon yang betul secara politiknya.respon yang paling memenuhi kriteria 'bercakap baik' dan juga yang paling menepati konsep menghormati hak asasi manusia(walaupun diam-diam sebenarnya rasa menyampah sendiri dalam hati).memang kelakar..betul-betul tipikal masyarakat hari ini.fakta tentang betapa tipikal itu  berbeza mengikut peredaran zaman.by the way,sekarang zaman apa ya?hmm....


oh ya,zaman indie!zaman bila arus bukan perdana menguasai arus perdana..lol..gua ketawa sebab gua rasa kelakar bila fikir kalau arus bukan perdana  menguasai arus perdana bermakna arus bukan perdana adalah arus perdana hari ni.gua pun tak tahu macammana gua boleh nampak aspek lucu dalam hampir setiap benda tapi memang luculah.manusia dengan permainan minda dan psikologi mereka.hari ni indie adalah in,jadi esok-lusa mungkin artis spisis misha omar pulak yang akan bergerak secara bebas di luar arus bukan perdana yang perdana yang juga membuatkan arus bukan perdana dah jadi arus perdana.lepas tu lama-lama,mereka pulak yang akan dikenali sebagai artis indie di dalam arus bukan perdana dan disebabkan kita masyarakat baik dalam konteks hari ini iaitu suka membela golongan yang terpinggir,kita akan bagi liputan meluas  kepada mereka sampai akhirnya mereka pula yang menguasai semula arus perdana.masa tu AJL akan dipenuhi artis-artis solo spisis misha omar yang indie dan kemudian mereka akan jadi artis arus perdana balik sampai ulang semula cerita mula-mula tadi dan it goes on and on and on..


trend beb,trend.zaman sekarang bukan soal prinsip tapi apa yang in atau tak in.hanya fesyen.macam pakai tudung.kita harus menjadi lebih selektif dalam pemakaiannya mengikut pada kesesuaian situasi.dalam suasana formal macam pergi kelas atau pejabat,lebih sesuai kalau bertudung tapi untuk keluar secara santai samaada bersendiri atau bersama kawan-kawan,tak perlulah terlalu serius dengan bertudung.tak sesuwayy..tapi lebih afdhal kalau digabungkan kedua-duanya.menutup aurat dan dalam masa yang sama masih mengekalkan imej moden dan santai jadi kita pakai tudung dan dalam masa yang sama pakai baju singkat sendat dengan skinny jeans yang seskinny-skinnynya.elemen penting ialah mesti nampak seluar dalam dan sedikit alur punggung bila duduk.ya adik-adik,ingat tau.aurat tu rambut,bukan alur punggung.


lol.kalau gua sambung lagi nanti makin manis pulak bahasa gua.'adegan panas tu hanyalah lakonan untuk menghidupkan jalan cerita.niat saya sebenarnya nak berdakwah supaya masyarakat insaf akan realiti kehidupan anak muda zaman sekarang'.lol.'saya makan megi waktu siang di bulan puasa bersama kawan-kawan yang tak puasa hanyalah untuk mendekati mereka.niat saya sebenarnya nak berdakwah supaya mereka insaf akan dosa meninggalkan puasa dengan cara sama-sama tak puasa sebab ya lah kan,itu kan cuma lakonan sedangkan pada hakikatnya dalam hati saya puasa'.


dah,cukup.tak boleh lebih-lebih takut nanti ada manusia yang menghormati hak asasi orang lain iklankan entri gua kat blog mereka pulak.ni pun macam dah terlebih.maklumlah,it's funny and cool to joke around,ketawakan orang yang bercakap pasal hukum sampai mat belia(yang sangat mahu nampak tak belia)ikut sama ketawa mengekek-ngekek tapi kalau melawak ketawakan orang yang selamba badak langgar hukum kemudian ceritakan pada semua orang macam tak ada apa yang salah,itu tak boleh,radikal dan bersifat ekstrimis,jumud,tak diplomatik lagi menyinggung sensitiviti dan isk,pendek kata,taliban.. 


apa pun,untuk gua,mungkin betul gua juga perlukan penapis untuk tapis sikit benda yang gua cakap.agak-agak.walaupun gua percaya 'honesty is always the best policy' tapi kesederhanaan adalah tunjang yang memastikan segala-galanya seimbang dan harmoni dalam kehidupan.well,gua tak pernah cakap gua sempurna..gua cuma bebel apa yang gua rasa gua nak bebel dan itu saja.tak lebih tak kurang,mana yang terlebih dan mana yang terkurang,gua petik balik ayat 'gua tak pernah cakap gua sempurna'..


Tiada ulasan: