Khamis, Januari 28, 2010

Mari Ketawa (Kalau Lu Ada Sense Humor Yang Sama Jenis Dengan Gua)

gua dibesarkan dengan mentaliti apa yang dibuat di dalam tv dan wayang tu adalah 'wayang' jadi bila orang sebenar berkelakuan macam orang dalam tv dengan sendirinya benda tu jadi kelakar.macam adegan pegang kepala kerut-kerut kening bila sakit kepala atau lap-lap peluh dengan hujung lengan baju lepas penat buat sesuatu kerja.aksi-aksi standard yang selalu menjadi bahan lawak untuk gua dan manusia-manusia bengong dalam hidup gua.bila sakit kepala buat muka serius pegang kepala kerut kening lepas tu dialog paling best,"aduh,sakit kepalaku!" kemudian yang tengok akan balas dengan "oh, kenapa ni?awak tak apa-apa ke?" dengan muka bimbang poyo datang nak papah.lol.lawak poyo.lepas tu antara yang paling klasik ialah buat jari tunjuk-tunjuk bila jalan-jalan sambil mulut kumat-kamit tak ada suara.kalau jalan-jalan jari mesti kena tunjuk-tunjuk,barulah jalan-jalan namanya.hahaha..lepas tu kalau beriya sangat buat apa-apa keluar dialog macam ni,"belajar belajar juga tapi kesihatan mestilah dijaga." belajar boleh diganti dengan kata kerja lain yang bersesuaian ikut situasi.memang fleksibel.lepas tu dalam banyak-banyak paling best time layan gerak khas.hahahahaha.....kalau adegan-adegan yang biasa tu boleh buat gua rasa kelakar habis,bayangkanlah betapa gua terhibur dengan segala adegan dalam cerita gerak khas."hmm,betul tu tuan,kebanyakan remaja hari ni tidak sedar kepentingan mematuhi undang-undang.mereka-mereka ini tidak memikirkan akibat gejala buruk yang boleh merosakkan masyarakat dan bla bla bla"hahaha..pastikan sambil bercakap tu sambil berjalan.terbaik!kesian yusof haslam tak diberi penghargaan yang sewajarnya.gua rasa dia hebat.bukan senang tu nak buat cerita kelakar macam gerak khas.kalau dicalonkan untuk anugerah sitkom terbaik,gua undi cerita dia menang.hahahaha..


Tiada ulasan: