//sekadar menyiarkan entri-entri yang terperap dan jadi pekasam di dalam folder draft.
beberapa minggu yang lepas,gua hanya bercakap pasal satu topik,over and over again seolah-olah gua tak boleh berhenti bercakap pasalnya.sekarang,seboleh-bolehnya gua sudah tak mahu bercakap tentang itu lagi,langsung.bukan tawar hati,bukan hilang minat,bukan putus harapan tapi,entah.gua cuma tak nak bercakap pasal itu.dalam sms kawan gua tanya,dah putus harapan ke.gua reply gua makan kek pisang,dah nak habis dah satu bungkus dok lahap dari semalam.gua malas,malas untuk even cakap gua malas nak bercakap pasal itu.
beberapa minggu yang lepas,gua hanya bercakap pasal satu topik,over and over again seolah-olah gua tak boleh berhenti bercakap pasalnya.sekarang,seboleh-bolehnya gua sudah tak mahu bercakap tentang itu lagi,langsung.bukan tawar hati,bukan hilang minat,bukan putus harapan tapi,entah.gua cuma tak nak bercakap pasal itu.dalam sms kawan gua tanya,dah putus harapan ke.gua reply gua makan kek pisang,dah nak habis dah satu bungkus dok lahap dari semalam.gua malas,malas untuk even cakap gua malas nak bercakap pasal itu.
selain itu,ada beberapa perkara lagi yang gua rasa macam malas nak fikir.gua cemburu bila salah-seorang kenalan kerja berhenti untuk sambung belajar ke peringkat master.jujur cakap,gua tak peduli pasal ilmu dan pendidikan.yang gua peduli cuma pencapaian gua dalam hidup.bukan untuk bangsa dan negara,atau apa-apa lah,tapi untuk diri gua sendiri.untuk ego.gua ada ego yang besar yang perlu dipuaskan.gua tak puas untuk setakat ini saja.gua mahu lebih.gua perlu lebih.mungkin gua rasa ini saja bidang yang gua boleh berjaya,jadi gua mahu capai apa yang gua rasa gua layak capai.
nak cakap apa yang dah jadi segala sejarah salah-silah,gua malas.gua dah taip kemudian gua padam.gua pernah belajar kat 1 universiti dan 2 kolej swasta.silap gua dan silap keadaan,semua faktor mempengaruhi buat gua gagal.yang mula-mula,silapnya setting otak gua tak betul.gua cuma mahu lari dan letak expectation yang terlalu besar yang berkesudahan buat gua makin parah.jiwa kacau,otak senget.gua gagal kawal keadaan dan kemudian semua kucar-kacir,gua terlingkup.tapi bukan setakat itu sebenarnya.banyak yang jadi.gua rasa kalau sampai buat mak gua menangis-nangis kecewa dan malu,itu memang melampau.gua tak bersalah.gua macam separuh mati nak lari dari semua tu tapi mulut orang sedap-sedap tabur cerita tak betul pasal gua pada mak gua.apa yang gua nak cakap ya?kalau lu seorang anak yang bertungkus-lumus sedaya-upaya mahu bersihkan imej lu di depan ibu sendiri berharap supaya dia tak akan malu lagi ada anak yang menyusahkan macam lu,lu akan faham macam mana perasaan gua bila orang lain dengan senang-senang fitnah gua depan mak gua.rosak habis semuanya.balik-balik macam tu.sakit,beb.untuk tengok ibu sendiri menangis-nangis dengan keburukan kita seolah-olah kita ni teruk gila,tak berguna dan tak boleh diharap.mungkin itu yang gua struggle.cuba untuk jadi baik dan tak mengecewakan tapi macam nak mati gua cuba pun,masih gagal.
gua tahu lepas bertahun-tahun pun,mak gua masih kecewa.tahu sama tahu tapi buat tak tahu.gua tak sengaja.gua tak pandai mengadu ceritakan masalah.gua rasa waktu terburuk dalam hidup gua ialah ketika umur gua melangkah masuk 18 hingga 19 tahun.2000-2001.waktu kemuncak kepada segala masalah dalaman dan emosi.kenapa,gua tak tahu.gua memang selalu tertekan daripada kecik.faktor latar-belakang.benda yang banyak kali gua sebut,lain orang lain upbringing.gua bukan dalam ketegori manusia yang ceria dan bahagia dan fakta itu dah cukup.perubahan dan pembaharuan yang sepatutnya boleh bawa kesan positif hanya jadi negatif bila otak gua yang kacau tak dapat nak adapt dengan semua tu.apa yang gua terkejut,sebaliknya gua jadi rindu pada kehidupan biasa gua tapi gua pun tak tahu kehidupan gua yang biasa itu yang macam mana.gua rasa benci berada di kampus jadi gua selalu balik.tapi bila gua balik pun,gua tak gembira.gua jadi lost,jadi bengong.kadang-kadang gua berjalan tak ada tujuan,gua pergi duduk kat pantai sorang-sorang sebab gua tak tahu kat mana sepatutnya gua pergi.gua sepatutnya dah boleh sakit mental,tapi entah macam mana gua masih waras.
kalau gua terus paksa diri pun hanya akan memburukkan keadaan.silap gua sebab gua tak bersedia.gua terburu-buru nak sangat lari dari kekacauan hidup jadi gua redah tempat baru tanpa ada sebarang persiapan.semuanya menyimpang dari apa yang gua jangka.tekanan bukan berada di persekitaran tapi dalam diri gua jadi tak ada beza ke mana gua pergi sebab gua bawa semua tu bersama gua.gua jadi lebih tak terurus.tak ada makna nak cakap pasal fokus,pasal kesungguhan pada gua dalam keadaan macam tu.buat gua rasa nak ketawa.gua nak hidup pun rasa malas,hari-hari ingat nak mati lagi nak cerita pasal fokus kepada study.lawak antarabangsa.ia macam menjual berus gigi kepada orang yang kesakitan putus kaki tangan lepas kemalangan.macam dia nak peduli.
keburukan gua ni,gua tak pandai nak lari.dah macam tu tapi masih nak teruskan.gua cuba nak betulkan keadaan tapi dah terlambat.gua rasa pensyarah tu gedik,tak bagi gua nak tanda kehadiran.apa yang patut gua buat?berlagak macam student perempuan yang mesra alam pujuk,minta dengan baik manja-manja?lagi satu keburukan gua jugak,tak sabar.gua tak kuasa nak layan jadi sedang dia membebel-bebel,gua blah bodoh meninggalkan dia bercakap sengsorang.gua tak sangka itu boleh jadi kontroversi.kadang-kadang gua fikir gua macam ning baizura,macam yasmin ahmad,mudah mengundang kontroversi.gua sendiri pun pelik.gua rasa gua tak peduli hal orang tapi orang suka peduli hal gua.gua pakai serba hitam orang sensasikan.gua diam suka duduk sorang-sorang pun dipandang pelik.semua diumpat digosip dijadikan cerita mustika.macam gua ni ahli sihir apa.sampai ke tulisan tangan gua pun dikatakan macam titisan darah.gila.apa masalah diorang dengan gua pun gua tak tahu.satu hari gua kunci locker bila nak balik sebab sebelumnya ada makhluk tangan panjang dah songlap kaset gua tapi nak dijadikan cerita waktu tu jugak ada budak kehilangan duit maka gua la yang dipilih sebagai suspek utama.memang gila bodoh tak masuk akal.belum lagi bab perli sound-sound menyindir.cuma gua ni agak lurus,tak fikir apa-apa jadi tak perasan pun orang sindir gua.pokok-pangkalnya,semua tu lagi menambahkan kebencian gua.
kalau gua tak ditendang,mungkin gua masih paksa diri duduk kat situ.gua gagal dalam exam pun tak logik sebenarnya.gua bukan tak pandai melukis,tapi gua dapat 'f' untuk semua subjek studio dan dalam semua 'f' tu,terselit satu 'a' untuk subjek english yang mana pensyarahnya tak bermasalah dengan gua.orang kalau dah menyampah memang nak buang keluar,kan?gua digagalkan kaw-kaw.sepatutnya gua buat rayuan.malah dah bincang dan ada appoinment untuk tukar balik markah yang sebenar,cerita yang orang-orang tak tahu dan ketawakan gua kerana ditendang.tapi akhirnya gua pilih untuk tak teruskan.gua tahu gua teruk tapi tak seteruk macam yang difitnah.kesian mak gua menangis-nangis bila orang burukkan anak dia.gua ingat sampai mati.gua cakap pada koordinator yang menceritakan benda tak betul tu,siapa yang pandai-pandai buat cerita fitnah gua kena tanggung dosa fitnah tu sampai bila-bila.gua dikatakan ada masalah attitude,perangai buruk sampai ke tahap selalu berkepit diangkut jantan ke sana ke mari,ulang-alik bawak balik rumah sewa dan konon-konon orang pejabat jadi saksi gua selalu naik pick up dengan lelaki yang disebut tu.kalau cerita macam tu disampaikan dari mulut lelaki kepada seorang ibu,ibu mana yang tak malu,tak rasa terhina.gua bukan main lagi cuba nak jernihkan hubungan dengan mak gua tapi sudahnya..haih..tak apa..orang nak naya gua.
sayang memang sayang.gua selalu fikir senilukis dan senireka tu bidang yang tepat untuk gua.tapi apa nak buat.setahun setengah terbuang dari hidup gua.tipu sangat kalau gua tak terkesan.kat luar gua buat selamba,rilek,tapi kat dalam yang crumble habis,orang tak nampak.gua bertuah gua ada dia waktu tu.satu-satunya tempat yang mampu gua dedahkan kelemahan gua.sampai hari ni pun,tak ada orang lain yang gua boleh let go habis..dan bla bla bla bla..malas dah nak tulis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan