Jumaat, Januari 01, 2010

Kurang Siuman

gua cuba berlagak seolah-olah gua tak alami sebarang kesan tapi hakikatnya hanya gua yang tahu apa sebenar berlaku pada hati gua.kalau ia luka,maka ia adalah luka yang berdarah tanpa henti.tak pernah kering walau sesaat,tak pernah menjadi parut.gua tak boleh katakan luka lama berdarah kembali kerana ia tak pernah berhenti berdarah.kalau boleh dilihat,ia membuak-buak,setiap detik dan setiap masa.satu-satunya yang buat ia nampak tenang adalah kemampuan gua untuk tak mengendahkannya.tapi gua juga manusia,ada waktu,gua kalah.

ini bukan masa untuk gua layan perasaan.tapi,macam migraine,tak pilih waktu untuk menyerang.gua rasa sakit,sakit yang teramat-amat sangat.sakit yang buat gua tertanya-tanya kenapa gua masih mampu hidup.sesungguh-sungguhnya,ini bukan kecewa,bukan natijah pengkhianatan..ini adalah sesuatu yang terlalu dalam,yang melebihi segala perasaan itu.

erk...tiba-tiba gua dah tak rasa apa.kosong.perasaan gua dah hilang.gua dah tak rasa apa-apa lagi.ok..masa untuk bersiap pergi kerja..heh..gua memang gila.patut la gua masih mampu hidup.



Tiada ulasan: