gua tak cuba nak buktikan apa-apa.gua tak cuba nak pegang prinsip nak berdegil tunjuk pendirian.ini adalah gua,jujur sejujur-jujurnya diri gua.gua tak pernah paksa dan tak pernah reka.gua tak pernah nak menunjuk-nunjuk pada orang nak orang tengok hebatnya perasaan gua.gua cuma rasa apa yang gua rasa dengan seikhlas-ikhlasnya dari dalam jiwa tanpa dibuat-buat dan ini adalah apa yang gua rasa.perlu ke madah pujangga pengumuman kata-kata kalau sepanjang 27 tahun yang hampir melangkah ke 28 tahun kehidupan gua hanya cintakan seorang manusia tanpa mampu ditukar-ganti?apa lagi yang perlu dicakap?
gua tak rasa gua mintak banyak dari kehidupan ni malah banyak yang gua hilang dan gua relakan.gua berhenti menangis,berhenti menyalahkan,berhenti bermimpi dan redha dengan takdir.apa nak cakap?ada orang bertuah dilahirkan dengan kehidupan yang ceria dan mudah dan ada orang yang tak dapat semua tu.dah nasib,gua antara manusia yang hidup terpaksa bertempur bergelut.gua tak suka orang banding-bandingkan sebab dugaan hidup lu sama ke dengan dugaan hidup gua?lu kat mana masa umur lu 7,8 tahun?mungkin mencabar berebut gula-gula dengan kawan-kawan tapi gua tengah menangis peluk tubuh sendiri sedih ditinggalkan.gua usap kepala sendiri pujuk diri sendiri.gua tahan,gua simpan,gua pendam sampai tahap gua mampu untuk buat-buat macam tak rasa apa bila gua sedang sakit.kalau tak gua tak jadi macam ni.manusia tak jadi kuat dan keras secara silap mata.ditampar,disepak,diherdik sampai boleh terkencing dalam seluar dan dipaksa diam jangan menangis dalam keadaan tersedu-sedan.apa yang adil tentang itu?atau tentang diterajang bertubi-tubi sampai rebah tergolek atas lantai?tapi gua kuat.dari kecik lagi gua dah belajar jadi kuat.gua tak menangis.paling tidak,bukan depan orang lain.
dari awal,gua tahu hidup gua terikat pada takdir.somehow,gua dapat rasa gua dah ditakdirkan untuk selalu sakit.gua boleh dapat apa yang gua nak,yang bukan apa gua perlu.ia dah takdir.bila gua perlu seseorang,tersurat waktu itu tak ada sesiapa yang mampu berada di sisi gua.jadi apa pilihan yang gua ada?dari azali,gua perlu mengerti,perlu rela,perlu memahami.sebab gua kuat maka gua yang akan selalu dipilih untuk tanggung sakit.sebab tak apa,gua pasti boleh hadapi.tak apa,gua mesti boleh faham.gua dah biasa berdikari,dah biasa ditinggalkan,dah biasa hadapi apa-apa seorang.maka ia jadi kelebihan.kelebihan untuk selalu dikorbankan.tuhan takkan turunkan ujian yang tak mampu dipikul hambaNya.dan itu anugerah bila gua punya daya tahan yang macam tak pernah habis.gua mampu jadi positif dalam keadaan yang paling negatif yang orang lain dah angkat bendera putih awal-awal.bukan gua mintak,tapi itu gua.the thing is,semua pun bukan gua pilih sendiri.dunia ni ada cara untuk pilih kita.'intan terpilih'.konon la.
tapi gua tak mahu pasrah.gua cuba lawan.perjuangan gua adalah untuk merubah takdir yang seolah-olah dapat gua baca dari awal.gua cuma mahu bahagia.gua tak suka bermimpi.tapi kalau mengharapkan sesuatu sangat-sangat sepenuh jiwa-raga sampai menangis-nangis adalah satu bentuk impian,maka gua ada impian.walaupun gua sedar gua bukannya baik sangat tapi gua ikhlas.ini perasaan yang datang dari sedalam-dalam hati.gua bukan pemuja cinta,bukan pujangga,tapi gua ada cinta yang tak ada sebarang keistimewaan selain daripada tulus.gua tak ada apa-apa yang lebih dari ketulusan tu.tulus yang buat hati gua teguh tak berubah.tulus yang buat perasaan gua tak pernah padam.tulus yang buat naluri gua tak pernah jemu walaupun masa berlalu dan berlalu.gua tak pernah tahu dan ambil tahu samaada cinta gua suci ke mulia ke hebat atau apa.gua tak pernah peduli.gua hanya tahu rasa apa yang gua rasa dan gua rasa dengan seikhlas-ikhlasnya.gua tak buat apa-apa pun.perasaan tu lahir dan kekal sendiri tanpa gua sedar masa yang berlalu.bukan gua rancang.bukan gua sengaja.sedar tak sedar macam tu je,dah 15 tahun.macam yang dia cakap,dia tak sedar dah lama bersama gua,rasa macam baru sekejap.
gua dah malas nak tulis.rasa lemah.kalau mudah sangat berubah hati tu satu masalah tapi terlalu payah nak berubah hati pun satu masalah jugak.entah la.gua tak ada ayat bunga-bunga berlapik berkias.nak mintak dengan ringkas dan jujur je.boleh tak bagi gua bahagia?boleh tak bagi peluang untuk gua pulak yang miliki kali ni?gua cuma mahu apa yang gua patut dapat.gua dah tak berdaya dah tak terkata apa lagi dah ni.cuma nak mintak kali ni tolonglah sebelahi gua.bagi can untuk gua pulak miliki apa yang gua dok harap-harapkan dok doa selama ni.tolonglah.gua nak bahagia.tolonglah.tolonglah nasib,berpihaklah pada gua sekali ini.tolonglah................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
........
2 ulasan:
gua doakan gina dan juga gua bahagia...ameen....
terima kasih.amin..
Catat Ulasan