gua alami sepuluh emosi yang berbeza-beza dalam setiap tak sampai sepuluh minit.tak pelik pun.gua memang macam ni sejak dulu dan dulu itu merujuk kepada zaman kanak-kanak.perasaan kosong,perasaan hambar,dan emosi yang tak menentu dah wujud dalam diri gua sebelum gua sempat ingat.apa yang gua rasa,gua hari ni lebih baik sikit daripada gua dulu.walaupun perasaan melankolia tu kadang-kadang (selalu) menyeksakan,tapi ada sesuatu yang menyenangkan di dalamnya.dan gua rasa,dulu gua lebih mesra dengan perasaan melankolia berbanding hari ini.mungkin faktor masa,usia,buat gua dah tak larat nak layan semua tu.atau mungkin faktor situasi,keadaan,membuatkan tindak balas yang berlaku berbeza daripada dulu.
satu perkara yang gua belajar daripada kehidupan,besarnya makna yang terletak pada 'ada' dan 'tiada'.soal pilihan.bukan baik atau buruk,tapi kesempatan untuk merubah sesuatu.nak kemudi hidup tak mudah.dilema.samaada memiliki sesuatu yang menyakitkan atau sakit bila tak memiliki..mana yang lebih pahit?gua lalui kedua-dua situasi dan gua rasa gua lebih rela memiliki sesuatu yang menyakitkan daripada sakit bila tak memiliki.bezanya sangat besar.kerana 'kemudian' itu menjanjikan segala kemungkinan dan hilangnya 'kemudian' membunuh kemungkinan segala-galanya.bagi gua,ia seperti perbezaan di antara berkeadaan bebas dengan terikat kaki dan tangan.hakikatnya,apa yang menyakitkan kita ketika ini boleh menjadi apa yang paling kita hargai kemudian.apa saja selagi kemudian itu masih memihak pada kita.
perkara yang sangat pedih pada gua,bila berada dalam keadaan yang tak berdaya.seolah-olah mahu meraung,menjerit,menggelupur,tapi,tak mampu ubah apa-apa.kedudukan bila segala usaha sudah sampai ke penghabisannya dan takdir menjadi hakim yang mutlak.kedudukan bila sedahsyat mana pun kita berharap,tak ada apa-apa yang boleh kita buat.kedudukan yang meletakkan kita dalam keadaan sangat terdesak bergelut dengan keinginan sendiri.kemelut bila realiti tak selari dengan apa yang kita bayangkan.bila kenyataan berpaling tadah daripada harapan.bila dalam minda terasa seolah-olah semuanya salah dan perlu diperbetulkan tapi apa yang terasa salah itu sebenarnya kebenaran.ada sebahagian daripada otak yang memberontak menyangkal kenyataan menunggu terjaga untuk segala-galanya menjadi hanya mimpi.tapi sampai berapa tahun mimpi boleh berterusan?tahun demi tahun masih belum terjaga,tak mungkin hanya sedang bermimpi.
apa yang gua sedar,perasaan itu takkan mati.bersenjatakan senjata yang paling hebat pernah tercipta di atas muka bumi ini pun masih tak mampu membunuhnya.macam ditelan pasir jerlus.kalau dilawan,tetap tenggelam dan kalau dibiar,masih akan tenggelam....yang akhirnya buat gua merajuk sendiri....sebab gua tahu gua akan terus tenggelam dan tenggelam sampai akhirnya gua hilang,tertimbus.rajuk yang hanya gua saja mengerti.
macam biasa,tiba-tiba rasa malas nak tulis lagi.sekian.