Isnin, Disember 21, 2009

Masa Yang Tak Pernah Sampai

rasa macam dah banyak hari,mungkin dah lebih seminggu.gua masih tak rasa nak bercakap.gua ignore sms-sms kawan gua.dan gua juga dah padam beberapa nombor daripada telefon gua.sejujurnya gua tak tahu kenapa tapi banyak benda yang gua buat dalam hidup ni tanpa gua tahu kenapa.hidup yang terhad,kadang-kadang kita bertindak spontan tanpa berfikir.entah la.rasanya kita tak punya cukup waktu untuk fikirkan segala-galanya.

gua sedar gua memang tak ramai kawan dalam dunia ni.piawaian yang gua letakkan dalam menilai seseorang sebagai kawan adalah sangat ketat.jujur sejujur-jujurnya,kalau gua kahwin,gua sakit,atau gua mati,gua tak tahu siapa yang akan datang berkunjung untuk tengok.kalau gua susah,gua tak tahu pada siapa yang boleh gua minta tolong.sangat terhad.tapi gua terbiasa.sebab gua tahu gua tak boleh bergantung kepada sesiapa,jadi gua latih diri untuk berdikari.gua cuba lakukan segala-galanya sendiri tanpa harapkan bantuan orang lain.pun gua sedar,manusia memerlukan orang lain dalam hidup.tak sekali-kali gua nafi.kita perlukan kehadiran orang lain.kita perlukan bantuan dari orang lain.tak semuanya mampu kita buat dan kita tanggung sendiri.gua sedar.

gua letak kawan itu tinggi tarafnya.sedaya-upaya gua mahu jaga hubungan baik.gua benci kehilangan.gua benci ditinggal atau meninggalkan.tapi,kadang-kadang,gua tak diberi banyak pilihan.gua mahu hidup dengan mudah.bukan mudah dalam ertikata tak ada cabaran,tak ada dugaan,tapi mudah tanpa beban sentimen.gua mahu jadi orang yang bebas.bebas tanpa dibelenggu oleh apa-apa.yang gua minta bukan payah.hitam atau putih,bukan kelabu.pilih satu dan tetap pada yang satu.hubungan samaada kawan,teman atau kekasih,paksinya harus pada realiti.memang betul ada hubungan yang terjalin melalui jiwa,bukan lagi zahir tapi untuk sampai ke tahap itu,apa yang kukuh di dalam tetap perlu dipupuk dari luar.mengenali seseorang tak cukup dengan hanya mengenal luahan jiwa dan hati mereka.kita perlu tahu sikap mereka,perwatakan mereka,kebaikan mereka,keburukan mereka.yang luar dan yang dalam.air muka yang macam ni apa maknanya.senyuman yang macam tu apa maknanya.kita perlu lihat semua tu.perlu rasa dan perlu alami.melangkau maya,melangkau imaginasi,melangkau fantasi.ia perlu nyata.ia perlu benar sebenar-benarnya.tanpa semua tu,macam mana kita boleh cakap kita kenal seseorang?kalau memadai sekadar kenal jiwa tanpa zahir,manusia takkan dicipta bersama jasad.

apa yang gua mahu adalah kedua-duanya.keseimbangan.gua mahu dikenali zahir dan batin.gua harap mereka faham.gua penat.gua letih.tak boleh ke jangan berada di antara wujud dan tak wujud?jadi saja wujud,atau tak wujud.ruang atau masa atau apa,itu semua gua tak kisah.kita semua ada dunia dan kehidupan masing-masing.gua tak pernah bercadang untuk menceroboh itu.tapi gua jadi bosan.gua jadi bosan dengan sesuatu yang gua tak tahu ada atau tak ada.gua letih melayan apa yang sekejap timbul sekejap tenggelam.gua tahu tentang hubungan yang tak lagi datang secara fizikal tapi tahap itu terlalu jauh.untuk hadir dan kemudian ada kedudukan kekal bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam masa sehari dua.sedangkan yang gua kenal rapat bertahun-tahun boleh gua buang dari kehidupan gua,inikan yang baru wujud.gua bukan penunggu,bukan hotel,bukan perhentian bas untuk duduk diam bagi sesiapa nak datang nak pergi sesuka hati.pilih.nak duduk terus atau nak pergi terus.kalau tak boleh duduk terus,then,pergi terus saja.tak payah belit-belit rumitkan keadaan.

gua tak nafi gua memang bukan manusia yang paling penyabar dalam dunia ni.gua tak boleh duduk senang-lenang berdiam tunggu saja hujan turun dari langit.gua pembuat keputusan.dah ada dalam darah gua,bertindak itu cara gua.kalau mereka tak dapat buat keputusan,biar gua saja yang putuskan.lagi sekali,gua tak marah,gua tak benci.gua hanya memudahkan cerita.untuk gua dan untuk mereka.gua masih dalam misi memburu kebebasan.bebas dalam ertikata yang sebenar.gua mahu mulakan tahun 2010 dengan jiwa dan minda yang lapang.gua mahu berpindah.walaupun tak semudah itu,tapi gua akan cuba sedaya-upaya.i'm sick of all these.cerita yang tak berkesudahan.sentimen jiwa,sentimen rasa.segala muatan tambahan yang memberatkan langkah gua selama ni.gua mahu akhiri semua tu.hidup atau mati,gua mahu ia berakhir.kalau gua perlu kelar dan sembelih roh gua untuk itu pun,gua rela.gua mahu berjalan dengan kaki yang berpijak pada bumi.gua mahu genggam apa yang mampu gua genggam.bukan udara kosong,bukan khayalan,bukan mimpi.

gua menuntut keadilan untuk diri gua sendiri.rasanya terlalu lama gua menjadi fantasi,menjadi sesuatu yang tak mampu dan tak patut dimiliki.sampai bila?berulang-ulang berterusan diri gua dinafi .sampai satu tahap,gua tertanya-tanya,tak layak ke diri gua untuk diakui?mungkin tanpa sedar gua sendiri yang meletakkan diri gua di kedudukan yang tak seharusnya dimiliki.tapi,entah la.gua bercakap bercampur-aduk tentang soal segala-galanya.ada masa gua mahu dilihat lemah,tapi itu sangat sukar kerana gua tak mahu nampak lemah.apa yang manusia mahu dan apa yang manusia enggan.kerana kita terdiri dari akal dan hati,akan selalu terjadi apa yang kita mahu itu juga adalah apa yang kita tak mahu.

gua bercakap tentang sesuatu tapi susah untuk gua hanya bercakap tentang sesuatu.menulis ini rasanya macam mengembara.dari satu titik ke satu titik yang mendantangkan pandangan lebih luas.tapi,akar-umbinya,gua mahu simpan sesuatu yang seharusnya disimpan dan buang sesuatu yang seharusnya dibuang.memang tak mudah untuk kita sendiri tentukan yang mana adalah yang mana.jadi gua memilih berlandaskan batas kemampuan gua untuk menilai.kalau gua buang apa yang sebenarnya akan gua perlukan di hari muka,maka salah itu atas bahu gua dan gua sedia memikulnya.gua percaya,berani buat maka berani tanggung.gua ni apa?sekejap mahu peduli,sekejap tidak.gua tak mahu berterusan macam tu.walaupun gua mampu untuk memahami,tapi gua pilih untuk tidak memahami.sekali gua kenal,gua kenal selama-lamanya.tapi,mereka kenal ke gua?mungkin melangkau semua tu,yang sial,kadang-kadang kerana kita kenal dan faham antara satu sama lain adalah penyebab kita menyakiti sesama sendiri.apa yang tersembunyi di sebalik kata-kata pedas,di sebalik tingkah-laku yang menyakitkan,jauh dalam hati masing-masing tahu sama-sama tak maksudkan semuanya.

sedih sebenarnya.sedih bukan dalam ertikata luka,kecewa,tapi hanya sedih.kehidupan buat kita terpaksa melepaskan apa yang bermakna pada hati dan lebih sedih bila kita tak sempat untuk merasa kehilangan walaupun kita tahu kita hilang sesuatu yang cukup berharga.hidup terus berjalan,tak pernah terhenti.bila gua sekali-sekali berhenti dalam arus hidup yang sibuk dan melihat apa yang hilang dihakis waktu,gua rasa sayang.tapi,gua juga tak ada pilihan.bila perlu lepas,maka perlulah dilepaskan.

haih..hakikatnya,perasaan tak pernah berubah.yang berubah cuma keinginan.bila gua penat untuk melayan perasaan,gua tarik nafas dalam-dalam dan abaikan saja apa yang bermain dalam hati.perlahan-lahan apa yang bergolak bertukar jadi beku.sebabnya mudah.samaada gua menjerit dan meraung memekak kesakitan atau duduk diam,gua masih akan sakit.lebih baik gua diam saja.diam sampai gua boleh melihat darah melimpah tanpa sebarang reaksi.gua tak ada pilihan sebenarnya.kalau gua tak mampu lindungi hati gua daripada hancur,setidak-tidaknya gua lindungi diri gua dari melayan rasa sakit.gua bukan budak-budak ada banyak masa nak layan semua perasaan tu.gua sibuk.gua ada komitmen lain,ada tanggungjawab jadi gua harus mendahulukan apa yang utama.masalah diri gua bukan keutamaan.

mungkin cara gua salah,tapi,ada cara lain lagi ke?gua bukan hebat,penuh dengan pengalaman,tapi di tahap di mana gua berada hari ini,kesakitan itu bukan lagi apa-apa.gua tak mampu lagi untuk sakit lama-lama,walau separah mana pun sakitnya.sebenarnya gua mahu jadi orang yang boleh menzahirkan rasa luka,mampu termenung,bersedih,tapi tak tahu kenapa gua tak mampu jadi macam tu.macam mana gua nak dilihat lemah kalau gua tak benarkan orang lihat kelemahan gua?lagi sekali,gua dah terbiasa jadi macam ni.

lagi satu,gua faham bila orang cakap manusia memerlukan kehadiran manusia lain.tapi yang buat gua jadi cuak,sebab hakikatnya,kita perlu memilih untuk perlukan seseorang bila mereka lapang sebab kalau mereka tak lapang,hatta kita tengah dalam proses nak bunuh diri pun mereka tak boleh nak bantu.then what?sedangkan emosi manusia tak melihat jam dan jadual.gua patut minta maaf kalau gua tertekan waktu orang lain sibuk.silap gua tak tanya dulu sebelum emosi terganggu.bukan salah mereka.salah gua sendiri.dan sebenar-benarnya,kalau sekadar nak bercakap seorang diri tanpa ada sesiapa mampu untuk layan,bukan ke lebih baik kalau gua tak payah bercakap langsung?ini bukan merajuk,bukan tunjuk perasaan memberontak macam budak-budak.ini cuma rasa kesedaran.gua tak sengaja untuk putus angin,untuk hilang mood tapi gua rasa macam bodoh dan pathetic expect ada orang nak layan waktu gua tertekan sedangkan semua orang ada urusan masing-masing yang jauh lebih penting dari menjadi pendengar gua.gua rasa macam bangang cuba nak bercakap tapi tak ada orang nak dengar.gua rasa malu dan gua rasa menyesal pergi harap.dan itu semua bukan masalah sesiapa melainkan diri gua sendiri.padahal dari dulu gua dah tahu jangan nak berangan semua tu.ia tak wujud.gua tahu.ia tak wujud untuk gua.tapi gua terlupa dan akhirnya malu sendiri.gua macam orang bodoh.

gua tak marah sesiapa.gua cuma cuak,ralat.mungkin kali ini agak berlarutan tapi gua masih tak boleh nak buat macam biasa.gua patut hentikan cepat-cepat sebelum makin melarat tapi entah la.jujur cakap,gua jadi naik rimas dengan sms yang masuk.gua cuba nak balas,tapi tak boleh.gua patut jelaskan daripada berdiam buat bodoh,tapi itu pun tak boleh.gua rasa hanya manusia yang sama jenis saja yang boleh faham keadaan gua ni.gua tak boleh bercakap kalau gua tak rasa nak bercakap.bahayanya kalau gua biar terus diam kaku,makin lama boleh jadi makin kaku.tapi,ah,lantak lah.heh.mungkin sebenarnya itu yang lebih tepat.ya,lantak lah saja segala-galanya.nanti-nanti lah.

cerita yang gua tulis,azam dan amanda (bagi yang pernah baca) itu sebenarnya bukan kisah cinta semata-mata tapi persoalan tentang diri manusia yang sentiasa menunggu masa yang sesuai untuk lakukan sesuatu tapi sesungguhnya dalam hidup ni kadang-kadang tak ada masa yang sesuai untuk apa-apa sebaliknya hanya kita yang perlu menyesuaikan diri dengan masa untuk buat apa yang kita niatkan.dalam segenap perkara,kita memang macam tu,kan?bertangguh,berlengah,berlagak seolah-olah kita akan hidup sampai bila-bila.nak pakai tudung,tunggu dululah,belum sampai masanya.nak berbaik-baik,tunggu dululah,belum sampai masanya.nak bertaubat,tunggu dululah,belum sampai masanya.hingga nak mengorat pun tunggu dululah,belum sampai masanya.termasuk gua sendiri,pun sama.bila nak bercakap balik buat macam normal?tunggu dululah.belum sampai masanya.heh.
 

Tiada ulasan: