lol.bila dah pakai banyak identiti berbeza kang jadi susah kalau terkantoi tersilap yang mana satu.check email sambil baca blog sekali tersilap pergi komen kat blog orang guna email rasmi gua kat luar.nasib baik tersedar cepat-cepat padam.kalau tak buat malu je.tup-tup keluar nama penuh dalam kotak komen tak tentu pasal.memang siot.
gua sebenarnya bukan apa.bukan macam ejen cia nak menyamar sorok identiti.cuma gua selesa jadi underground.rasanya lagi senang bila orang tak tahu sangat pasal gua.bukan tak ada yang kenal,ada,tapi orang-orang tertentu je.sebabnya gua rasa tulisan gua dalam blog adalah suara dari jiwa jadi gua anggap ia sesuatu yang peribadi.gua jenis yang tak suka berkongsi bab dalam-dalaman ni dengan orang lain kat luar jadi gua tak suka kalau mereka baca apa yang gua tulis yang datang dari jiwa gua.gua tak nak.selama ni,cerita yang gua karang,puisi sampah-sarap yang gua dok tulis start dari gua form 1 malah lukisan-lukisan gua pun tak pernah gua tunjuk pada manusia-manusia di sekeliling (baca:keluarga dan rakan-rakan).gua tak suka.kalau boleh gua tak mahu mereka tahu langsung sampai gua mati malah lepas gua dah mati pun kalau boleh gua tak mahu mereka tahu.gua tak selesa.
memang banyak sebenarnya yang manusia-manusia di sekeliling tak tahu pasal gua.nak kata berahsia,gua bukan jenis yang suka berahsia tapi gua dah biasa pisah-pisahkan ruang dalam hidup gua.dah memang macam ni dari azali.gua jenis yang rasa diri gua tak terikat dengan siapa-siapa dalam dunia.sebab tu bagi gua apa yang gua buat adalah urusan gua sendiri yang tak ada kena-mengena dengan orang lain.samaada gua jahat,gua baik,itu soal peribadi gua.biar mereka nampak apa yang mereka nampak.andaian mereka terhadap semua tu adalah masalah mereka.samaada betul atau salah,gua tak mengiya dan tak juga menafi.cuma,yang nyata,apa yang sedalam-dalam hati gua,mereka tak perlu tahu.gua rasa ianya janggal.janggal ke tahap yang menggelikan kalau mereka tahu.
haih..sepanjang hidup ni,gua cuma sanggup buka naluri dan emosi gua pada waktu-waktu yang boleh dimaafkan iaitu waktu kematian.waktu nenek meninggal,ayah dan kemudiannya mak.malah masa anak buah sulung gua meninggal di saat akhir dan dilahirkan tak bernyawa semata-mata untuk dipulangkan balik ke bumi,gua simpan tak bagi jatuh air mata walaupun dada gua rasa begitu sebak.siapa yang tak hiba tengok baby comel nampak macam tengah tidur ditatang oleh seorang ayah untuk dikapan dan emaknya masih di hospital baru lepas bersalin?gua bayangkan rasa jadi ibu yang mengandung 9 bulan terpaksa lahirkan anak yang diberitahu dah tak bernyawa atau ayah yang menunggu anak lahir hanya untuk bawa balik dan kebumikan.walaupun gua tak pernah jadi ibu,tapi jaga anak buah pun dah cukup untuk buat gua sedar takkan ada kepiluan yang boleh menandingi pilu insan yang kematian anak.dan atas dasar itu gua insaf bila ingat kenapa hukum letakkan derhaka pada ibu ayah itu dosa yang sangat besar.
haih..lagi sekali..dulu gua fikir bila orang cakap ibu ayah sayangkan anak jaga sampai nyamuk gigit pun risau adalah sekadar kiasan,perumpamaan hanya nak gambarkan susah-payah ibu ayah nak besarkan anak.macam perumpamaan orang nak jaga imej sampai pijak semut pun tak mati.akhirnya baru gua tahu,ia bukan kiasan.rupanya memang betul bila jaga anak jaga sampai awasi tak bagi ada nyamuk yang gigit.dan gua ni pulak jenis ekstrim.gua punya concern over melebih dari mak bapak budak tu sendiri.kesian kakak gua kena marah kalau lambat bawak ke klinik ke apa bila anak tak sihat.entah la.gua jadi geram.hakikatnya gua memang mudah hilang sabar.masih belum habis waktu kerja macammana nak bawak anak pergi klinik.itu yang gua jadi nak marah.segala kerja,segala urusan,bos tak bos semua boleh pergi jahanam kalau gua nak buat apa yang gua nak buat.bila orang yang gua sayang perlukan gua,gua nak ada bersama mereka dan mereka adalah top priority gua.bukan exaggerate kalau gua cakap spisis manusia macam gua ni akan terjun dalam api tanpa fikir dua kali untuk selamatkan orang yang disayangi.kalau dah sayang,sayang gila babi dah tak ada had sampai melampau-lampau 400%.
fikirkan itu sebenarnya buat gua takut.kalau gua ada anak sendiri,tak dapat nak bayangkan macammana gua sebagai ibu.24 jam tak pernah tak risau takut apa-apa jadi.gua takut.sangat-sangat takut.gua tak berani meletakkan kehidupan seorang insan di tangan gua.kalaulah manusia sedar ia adalah tugas dan amanah yang maha berat yang tak boleh dibuat mudah.lukakan jiwa anak kecil,mereka akan luka sampai bila-bila.betapa besarnya kesan semua tu.jiwa yang suci,yang putih bersih.biar sekotor mana pun diri gua,gua tak sanggup nak kotorkan sesuatu yang suci.gua rasa ia sangat sedih.bila yang suci tercemar dan yang putih perlahan-lahan jadi hitam.kasihan.memang kasihan.kalau dilahirkan untuk lalui hidup yang pahit.gua tak sanggup memberikan itu kepada sesiapa.
haih..untuk sekian kalinya kali ini..nampak tak kenapa gua tak nak mereka baca semua ni.gua lebih senang nampak tak kisah,tak peduli,orang tak tahu apa sebenarnya yang gua fikir.ada perkara yang tak perlu disebut,diperinci.pokok-pangkalnya,gua tak rela dilihat dari sudut yang halus.bahagian sentimental,bahagian lembut,bahagian berjiwa,itu semua bahagian yang tak perlu manusia di sekeliling gua pandang pada diri gua.gua selesa dengan watak acuh tak acuh tak ada perasaan,tak ambik pot apa-apa.
malas dah nak menaip lagi.tamat.
1 ulasan:
broken nigina = CIA...? memang relevan.
Catat Ulasan