semalam gua layan tengok so you think you can dance kat axn.tengok peserta menari tarian bollywood dengan gerak tari dan kostum yang menunjukkan keunikan budaya rakyat india.gua rasa seronok dan bangga semacam bila sesuatu kebudayaan yang menggambarkan identiti dan jati diri sesuatu masyarakat dipersembahkan di pentas antarabangsa untuk dikongsi dan dinikmati oleh dunia.tak kisah la dari mana asalnya pun.yang mahal tu keaslian dan keunikan yang ada.memang sesuatu yang harus dibanggakan.manusia ni satu subjek yang sangat menarik dan menariknya lagi bila perbezaan yang membuatkan setiap darinya menjadi tersendiri dikekalkan dengan indah.atas dasar tu,gua rasa idea untuk membuat semua orang jadi sama dan sekata adalah sangat bodoh sebodoh bodoh itu sendiri.apa yang tepat bukan menidakkan perbezaan tapi meraikan perbezaan.mudah je.macam bercinta orang cakap kena terima seadanya.jadi sebenarnya kalsom tak perlu la nak jadi kah som muniandi semata-mata nak tunjuk dia hormat ah meng dan gopal.mengarut.gugusan 'satu milisiam' oleh pak najub.lol.bajet bagus.
gua dah termelalut la pulak.anyway,bila tengok omputih sibuk belajar tarian dan kebudayaan india buat gua terfikir bila la agaknya kebudayaan dan tarian melayu nak sampai ke peringkat antarabangsa.banyak sebenarnya yang cantik dan indah pada orang melayu kita.sayangnya jangan kata orang luar,orang melayu tu sendiri pun tak pernah nak nampak keistimewaan yang ada pada bangsa sendiri.susu yang sebelanga tak terlihat dek kerana nila yang setitik.sayang.tapi tak kisah la apa orang nak cakap,gua tetap bangga menjadi orang melayu.gua bangga dengan silat,gua bangga dengan keris,gua bangga dengan baju kurung,gua bangga dengan baju melayu,gua bangga dengan inang,gua bangga dengan zapin,gua bangga dengan santun gemalai wanita melayu,gua bangga dengan tertib budiman jejaka melayu,gua bangga dengan sultan,dengan hang tuah,hang jebat.juga sekadar nak sentuh tentang orang yang selalu nak bertekak pasal melayu,pasal indonesia,filiphina..tak pernah dengar ke nusantara,rumpun melayu?jawa,acheh,bugis,tagalog,bawa ke siam,sampai ke timor-timor,masih rumpunnya melayu.entah apa yang nak digaduhkan pasal kebudayaan berebut belah sini belah sana siapa punya padahal semuanya masing-masing dari rumpun yang sama.sama-sama melayu jugak spisisnya cuma beza negara dan nama.kucing parsi ke kucing siam ke,kucing jugak.
erk.gua melalut lagi.susah betul nak membebel pendek tanpa topik berkembang-kembang membiak beranak bercabang-cabang.pokok-pangkalnya,lepas tengok SYTYCD gua jadi rasa nak tengok tarian melayu.jadi gua surf internet baca-baca maklumat pasal tarian orang melayu.tak rugi pun menambahkan ilmu pengetahuan.buat research.dalam banyak-banyak yang paling orang putih cakap menangkap mata gua adalah tarian ulek mayang yang berasal dari terengganu.lagu ulek mayang tu sendiri pun bagi gua sangat,hmm,'berhantu'.tapi gua mengaku ada jugak bias sikit-sikit sebab gua orang terengganu.tranung kite,dok gitu?apa pun lagi sekali,gua saja nak letak klip tarian ulek mayang ni kalau-kalau ada yang mampu appreciate keindahan seni yang ada di dalamnya.gua letak bahagian kedua saja sebab gua secara peribadi lebih gemar tengok bila tuan-tuan puterinya dah keluar menari saja berbanding babak-babak lain.dulu ingat masa kecik-kecik nenek gua bercerita yang lagu ulek mayang ni ada 'semangat'.persembahan asli zaman dulu-dulu boleh buat orang yang perform dan tengok jadi macam kena rasuk.tapi walau tak kena rasuk pun,video ni by far bagi gua adalah persembahan ulek mayang yang paling cantik gua jumpa di youtube.hatta gua yang perempuan ni pun boleh jadi asyik tengok liuk lentok gemalai gerak tari tuan-tuan puteri dalam lagu.flowing saja ikut alun lagu.memang sangat cantik.tak perlu minat tarian kot untuk tengok keindahan pergerakan penari-penari wanita ni.dan sebelum gua lebih melalut lagi,baik gua paste cepat-cepat dan kemudian pergi tidur.
3 ulasan:
bangganya kita dgn budaya sendiri menunjukkan betapa ampuhnya jati diri seseorang...
huh asap yang time last tu real tul...
pandai lak asap tul kumpul kat tengah kat puteri tu...
en.edie-ampuh?
en.snipper-berhantu kan?
Catat Ulasan