Isnin, Disember 28, 2009

0

gua tak tahu apa nak buat..rasa sangat kosong dan sunyi..gua rasa keseorangan,benar-benar keseorangan.sendiri zahir dan batin.walau ketika gua pejamkan mata dan selam jiwa  gua dalam-dalam pun,gua masih rasa sendiri.seolah-olah tak ada sesiapa yang wujud dan tak ada sesiapa yang nyata.gua tak rasa sebarang kehadiran..

apa yang ada sekarang ni cuma kosong..kosong yang sangat tebal dan pekat.gua rasa jauh.sangat jauh dan terpencil.walau ketika gua cuba untuk merasa,gua tak dapat rasakan apa-apa.gua tak  dapat rasa apa dan siapa yang gua rindu.gua tak dapat rasa di mana atau ke mana gua nak pergi.gua tak dapat rasa apa yang gua mahu.gua tak dapat rasa siapa yang ingin gua cari dan gua nanti ketika ini.gua tak dapat rasa sesiapa dan apa-apa.jiwa gua,kosong.hanya kosong.


terasa seperti waktu sedang berpatah balik.dan gua berada di satu tempat yang pernah gua berada. 


sebenarnya,gua tak perlu tulis semua ni..


2 ulasan:

Day Dreamer berkata...

hi Nigina,

apa yang kau rasa tu, aku dah rasa selama hampir sebulan lamanya,
aku seolah-olah lost dalam diri aku. dan hari ni, aku terasa keadaan yang serupa, terlalu sunyi n kosong aku rasakan, seolah olah tiada orang yang memahami, mungkin ya. aku meronta dalam diri, sakit, tertekan, stresss..tensiii...

apapon, aku harap kau bisa temu sumbody yang mungkin bisa buat kat rasa sedikit comfortable, even sekejap. mebbe itu permulaan untuk sesuatu yang mungkin lebih bersinar n membingitkan hiudp kau.

broken_nigina berkata...

:)
amin.