bila gua bercakap,kadang-kadang bunyinya macam tahyul tapi terserahlah pada yang menilai.malam tadi,gua dapat rasakan diri gua diseru..sangat kuat,sangat dalam..mungkin lebih dari seorang..macammana untuk jelaskan?bila kita ingat seseorang kuat sangat,ingatan kita dapat sampai kepada orang yang diingati dan boleh membangkitkan juga ingatan orang lain yang juga punya connection yang kuat dengan kita.gua tak tahulah samaada orang lain alami benda ni ke tak tapi dalam hidup gua,memang macam ni dari dulu.
gua dapat rasa kalau diri gua dipanggil..aura sayu,pilu,sarat..gua tak boleh jelaskan..gua cuma tahu kalau gua tak bersendirian.gua dapat rasa..macam gua dapat rasa ada 'seseorang' datang memerhati untuk ambil sesuatu dan akhirnya terbukti it was my mother..gua dapat rasa..selama ni,memang gua masih dapat rasa..panggilan,bisikan,ingatan..rintihan yang memilukan..at one point,gua keliru dan tertanya-tanya betul ke apa yang gua rasa atau gua cuma berkhayal kerana emosi tapi akhirnya terbukti,memang gua tak berkhayal.bertemu di ruang jiwa bila sama-sama memanggil nama satu sama lain..tapi,ada sesuatu yang tak kena..
gua tak cuba nak buat diri sendiri kedengaran merepek dan 'harian metro' tapi memang ada yang tak kena.gua seseorang yang ada naluri mimpi yang kuat tapi dah beberapa hari mimpi gua macam disekat.gua rasa macam gua betul-betul mati ketika tidur.gua tak rasa roh gua,jiwa gua..haih..am i about to lose something again?gua mencuba dan masih mencuba untuk cari sesuatu,atau seseorang dalam mimpi tapi gagal and no,it's not normal,for me.lagi-lagi bila it's him.something is not right..haih..lemah betul..bukan menyoal takdir tapi tertanya-tanya sendiri,kenapa susah sangat..gua harap,tak hadir dalam mimpi sebagai petanda akan kembali hadir dalam realiti dan bukan sebagai petunjuk yang ia tak akan berlaku.
haih..again..gua tak patut bercakap tentang itu terlalu awal sebenarnya..satu kesilapan..dan menjawab kepada yang bertanya..gua masih sendiri,masih sama,masih dengan kehidupan gua yang sediakala.yang membezakan cuma gua sudah dapat jawapan kepada segala teka-teki yang tersimpan di benak gua selama ni.gua mahu kebenaran dan gua dapat kebenaran.tapi,gua tak tahu apa yang harus berlaku dengan terbongkarnya kebenaran.ia boleh jadi penamat segala-galanya dan ia juga boleh jadi penyambung.yang mana satu?haih..entah la..
berapa zalim gua terdaya untuk zalim kepada diri sendiri?kalau sebenarnya ini adalah tertakluk kepada pilihan gua antara untuk pergi atau tunggu,sungguh,kejamnya.gua sedar dan arif yang gua perlu menjadi rasional.tapi bila ia soal perasaan,apalah yang rasional untuk mengadili rasa?kadang-kadang gua benci bila di atas kertas gua sering berada di kedudukan yang tak memihak pada gua..yang jahat itu gua,yang salah itu gua,yang tak patut itu gua,walaupun gua tak bersalah.karma,lu tahu,karma..suratan,takdir,nasib.kalau diadili di mahkamah,maka gua adalah orang yang segala bukti takkan memihak padanya.
apa yang ada dalam genggaman gua sekarang ni..gua terasa macam sedang dituntut untuk buat keputusan samaada untuk terus genggam atau lepaskan saja dan melangkah ke depan,tanpa kesalan..tapi fikirkan melangkah ke depan tanpa kesalan,gua rasa nak ketawa sendiri..gua tahu gua kuat,tabah,bla bla bla kejadah orang selalu cakap,tapi gila ke gua nak melangkah tanpa kesalan kalau gua dah rentap nyawa sendiri,dah lapah dan siat-siat sampai lunyai jantung lalu bunuh hati dan jiwa gua dengan kejam?
terngiang-ngiang lirik lagu serati tak bisa jadi undan.."impianku mengingkari takdir" dan di sudut satu lagi terdengar lirik melastik ke bintang.."tiada yang mustahil biarpun melastik ke bintang"..kalau gua nanti,mungkin gua hanya menanti bayang-bayang dan kesudahannya gua hancur lagi dan kalau gua pergi pun,memang gua hancur..kalau pilihannya antara ada sedikit harapan atau bunuh terus segala harapan,salah ke kalau gua pilih sedikit harapan?pilihan,harapan..mungkin yang terbaik gua serahkan saja pada masa dan takdir untuk buat keputusan dan berhenti mengawal ketentuan sebab terbukti kadang-kadang kita tersilap membaca percaturan dan melepaskan sesuatu sebelum masanya..panas mungkin tak sampai ke petang,tapi mendung juga tak bererti hujan..
terngiang-ngiang lirik lagu serati tak bisa jadi undan.."impianku mengingkari takdir" dan di sudut satu lagi terdengar lirik melastik ke bintang.."tiada yang mustahil biarpun melastik ke bintang"..kalau gua nanti,mungkin gua hanya menanti bayang-bayang dan kesudahannya gua hancur lagi dan kalau gua pergi pun,memang gua hancur..kalau pilihannya antara ada sedikit harapan atau bunuh terus segala harapan,salah ke kalau gua pilih sedikit harapan?pilihan,harapan..mungkin yang terbaik gua serahkan saja pada masa dan takdir untuk buat keputusan dan berhenti mengawal ketentuan sebab terbukti kadang-kadang kita tersilap membaca percaturan dan melepaskan sesuatu sebelum masanya..panas mungkin tak sampai ke petang,tapi mendung juga tak bererti hujan..
1 ulasan:
realiti di dalam mimpi
tercipta supaya kau mengerti
mimpi di dalam realiti
dicipta kerana cuba utk mengerti
Catat Ulasan