Rabu, Oktober 07, 2009

Takdir

yie akan bertunang tak lama lagi..akhirnya..

haih..dah lama gua sedar gua dengan yie memang tak ditakdirkan untuk bersama tapi gua hanya manusia biasa dan rasa pahit tu tak dapat nak dielakkan.bukan kecewa terlepas tapi sebenarnya perasaan sayu dan syahdu tu yang lebih menguasai.akhirnya tiba juga penamat dalam erti kata sebenar pada kisah gua dan yie dan mengenangkan segala-galanya dah betul-betul tamat itu yang memilukan.yie memang dah lama hilang,dah lama tak wujud dalam kehidupan gua tapi tak bersama  kerana berjauhan membawa haluan masing-masing berbeza dengan tak bersama kerana salah-seorang sudah terikat dengan orang lain untuk seumur hidup.tak ada penjelasan.gua kira memang lumrah akan timbul sayu bila tengok orang yang suatu masa pernah kita sayang akhirnya menjadi milik orang lain sepenuhnya.bukan cemburu,bukan kecewa,tapi sayu..

selepas sepuluh tahun,malam ni gua bertemu kembali dengan yie.gua gagal kawal airmata gua.rasa luluh dengar berita yie dah nak bertunang..takdir..pahit..tapi apa yang yie cakap memang benar.dulu dia pernah berikan hati dia pada gua tapi gua tolak dan sekarang hati dia dah jadi hak orang lain.apa yang kita dah buat tak boleh nak diundur.gua yang melepaskan apa yang ada di genggaman.yang hilang tetap akan kekal hilang.asasnya,dasarnya,wajarnya,semua dah tak ada.yang tinggal hanya kenangan semata-mata..kenangan yang adakalanya mengganggu membawa lamunan perasaan.terlalu rapuh..bayang-bayang,tak kira sekuat mana pun cuba kita genggam,tetap takkan dapat dalam tangan.semua dah jadi  satu lumrah..kehilangan dah jadi hakiki.jalan dah jauh terpisah..haluan dah tak bertemu punca.lemahnya cuma kerana bermain dengan perasaan bila rindu pada kenangan lama datang.

bukan gua kesali..tak perlu nak lari dari kebenaran.jujurnya walau boleh patah balik seribu kali,seribu kali gua masih akan buat pilihan yang sama,walaupun gua dah nampak apa yang terjadi hari ni.gua masih akan pilih 'dia' daripada yie walau kesudahannya sudah gua tahu sekarang.gua tak mampu untuk menyesal dengan pilihan gua dan gua masih akan buat perkara yang sama kalau masa silam berulang.

haih..sebenarnya ini lamunan jiwa..pengaruh emosi..gua terjejas melihat satu demi satu insan yang pernah meluah rasa pada gua membina ikatan dengan pasangan yang pastinya bukan gua.gua rasa macam terbuang,tertinggal..bukan risau memikirkan jodoh,tapi rasa semuanya semakin jauh menuju ke depan sedangkan gua masih lagi tak berganjak di tempat yang sama.gua cuba pujuk hati sebenarnya.sikit-sebanyak gua ada juga membayangkan kalau yie dapat bersama dengan gua jadi memang ada rasa kecewa sebenarnya..cuma kecewa yang boleh dibendung kerana gua tahu dari awal ia sangat rumit untuk terjadi.sekali kita letakkan diri kita sebagai sesuatu yang takkan dapat dimiliki,kita takkan boleh ubah.tak perlu pun sebenarnya semua cerita ni.di sisi yie ada seseorang yang setia yang menjadi penawar luka,membawa bahagia ke dalam hidup yie..gua harus gembira untuk itu..ya,gua cuba pujuk hati..semua orang dah tinggalkan masa silam,sedia mencari bahagia hakiki untuk masa depan..redhakan saja mereka dengan ikhlas..


seterusnya bertitik-tolak dari hari ni,apa yang akan berlaku?sulitnya..gua tak mampu meneka percaturan Tuhan.siapa gua?percaya saja pada janji bahawa setiap yang berlaku itu bersebab dan ada hikmahnya tersendiri.qadak dan qadar semuanya datang dari Dia.gua pasrah sekerdil-kerdilnya sebagai hamba.yang tinggal cuma doa..gua mahu tenang,mahu damai.mana yang panas membakar mintak sejuk kembali.mana yang sakit mintak sembuh.harap-harap cuaca buruk akan berlalu digantikan dengan nyaman..gua akan cuba hidup dengan sebaik-baiknya dan soal yang satu itu,biar takdir yang tentukan.kalau gua kata nak terus bersendiri tapi Tuhan bukakan hati gua,akan terbuka juga.tak perlu digesa-gesa,dipaksa-paksa..biar datang sendiri naturally..

harap-harap gua akan tenang selalu..Ya Allah..


3 ulasan:

cLina BeLedZa berkata...

ini betul2 takdir.....
memang sayu mengenangkan org yg kita prnh sayang apalagi yg masih kite sayang akan jadi milik org lain...

aku takleh imagine camner perasaan aku waktu tu...

eddie dewanaga berkata...

satu hari nanti, mungkin yg menggantikan dia akan lebih memahami, lebih cool, lebih best dan lebih menghargai lu sebagai seorang member dan seterusnya kekasih hati.

Allah Maha Adil...

broken_nigina berkata...

sis clina-gua dapat rasa sis memang faham.

en.edie-so,bila lagi en.edie nak ketuk pintu?ayik duduk luar je bila nak masuk.hehe..;p