Terengganu Yakin Dapat Menundukkan Negeri Sembilan
KUALA TERENGGANU, 29 Okt (Bernama) -- Terengganu yakin dapat menundukkan Negeri Sembilan dalam pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di sini Sabtu ini dan sekaligus layak ke pertandingan akhir piala berprestij itu.
Penolong jurulatih Terengganu Mohd Nik berkata sungguhpun kedudukan di pusingan pertama Terengganu ketinggalan 0-1 kepada pasukan lawan itu, namun itu tidak mematahkan semangat Terengganu.
"Semangat pemain Terengganu sekarang begitu tinggi untuk menundukkan Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.
Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai penentuan "hidup mati" Terengganu dalam kejohanan itu musim ini, beliau berkata pemain Terengganu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk sampai ke tahap ini.
Mohd Nik berkata sebagai contoh, Terengganu dapat menundukkan pasukan disegani seperti Selangor dalam pertandingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Beliau berkata pemain Terengganu telah diarahkan supaya memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan itu dan mengelakkan daripada membuat kesilapan yang boleh membawa padah kepada pasukan.
".. kerana inilah langkah penentu kita dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini," katanya.
Mohd berkata Terengganu mempunyai masa dua hari (hari ini dan esok) untuk membuat latihan dan persiapan terakhir sebelum turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
Beliau berkata pemain cilik Ismail Faruqi yang baru sembuh dari kecederaan mungkin diturunkan sepenuhnya untuk berganding dengan Tengku Hazman Raja Hassan dan Zairo Anuar Zailani di bahagian tengah.
"Sejarah 2001 iaitu Terengganu menjadi juara Piala Malaysia akan berulang kembali dan pemain-pemain pasti tidak akan melepaskan peluang ini," katanya.
amin amin amin..gua harap sangat-sangat terengganu boleh menang lawan n9 dan dapat masuk final.harap sangat amat sangat sangat-sangat amat yang teramat sangat..tak kisah la orang nak cakap setakat game malaysia tak ada standard tapi gua tetap support sepenuh jiwa-raga dan gua tetap setia dengan pasukan terengganu gua yang tersayang naik-turun jatuh-bangun bagus-hampeh.itu baru sayang sejati kan.setia susah-senang tak berganjak dalam apa keadaan sekalipun tanpa putus asa.gua nak tengok terengganu main di final tahun ni.semoga ada rezeki,tuah menyebelahi..hidup ni,apa-apa pun,dari awal kalau kita perhati kita dah boleh nampak dan rasa kalau sesuatu tu akan menjadi atau tak.bukan soal usaha dan prestasi semata-mata tapi tuah,nasib samaada di pihak kita atau tak..kita boleh tahu.bila tengok game,tak kisah soal formasi ke strategi ke,kalau memang bukan masa kita,boleh nampak berat semacam..mungkin gerak hati,firasat..kadang-kadang,kita boleh tahu sesuatu sebelum ia berlaku..kalau tak pun,mungkin cuma kehidupan gua.gua tahu jalan hidup gua dari awal,apa yang akan berlaku,macammana aturannya dan perjalanan gua adalah cuba untuk menukar sesuatu yang gua dah tahu akan berlaku.hidup ni tak cukup dengan hanya usaha.kita perlu doa,kemahuan,dan yang paling penting,bagi gua,adalah faith..kalau tak ada itu,manusia akan jadi pathetic,lembik,dan memalukan..gua cukup benci manusia yang cuma suka sesuatu bila benda tu menggembirakan tapi benci,marah-marah,cemuh bila benda tu menghampakan..ah,apa-apa la..harap-harap terengganu dapat masuk final walaupun gua tahu memang berat nak kalahkan n9 sabtu ni.

2 ulasan:
oh my goodness, Gina..!
sejak bila minat bola ni...??
i have no idea... but hey, from now on, skuad Sang Penyu will be on my favorite list, that's for sure..
huhu..gua memang tengok bola la..cuma tak tengok yang club2 je..
Catat Ulasan