Selasa, Oktober 06, 2009

satu. dua.

mata tak mengantuk,langsung..gua cari seluar slack(ke apa nama?)nak iron tapi tak jumpa.entah kat mana terselit dalam timbunan kain-kain yang berlonggok di bilik gua yang gua sumbat-sumbat dalam bakul tu.ya,gua memang pemalas.lipat baju is not my thing.untuk lebih tepat,buat kerja rumah is not my thing.gagal seratus peratus untuk dibuat calon bini.boleh pangkah gua siap-siap buang dari senarai.nanti-nanti kalau gua tak larat nak cari lagi,gua bantai jer pakai seluar jeans.hitam,takde orang nak perasan.lagipun,kalau gua yang pakai,semua pakaian hingga ke yang seranggi-ranggi pesen akan nampak sangat baik dan sopan serta bersifat sungguh tradisional pada diri gua.kadang-kadang gua benci jugak orang selalu nampak gua 'baik','suci','ayu' dan bila gua bercakap mesti ada yang komen 'lembutnya bercakap/suara'.dengan tulus ikhlas,kadang-kadang gua rasa nak jer jawab "babi" tapi takpe la,gua tak perlu bazir masa nak mengharapkan orang luar kenal perwatakan gua yang sebenar.sampai bila-bila pun gua rasa masyarakat takkan bebas dari pemikiran stereotype dan mereka takkan sedar bercakap lembut dan nampak lemah-lembut bukan bermakna lembut.gua orang kampung yang membesar di kampung.pakai baju kurung bertudung litup pun biasa je main lumpur,panjat pokok,panjat bukit,redah belukar.tak payah nak cakap oh i ni suka aktiviti lasak bla bla bla atau nak kena tunjuk sempoi dengan 'tak main la ayu-ayu'.gua dengan member sambil bertshirt berkain batik masak kat dapur rilek jer layan xpdc,metallica.


kenapa gua pergi update blog pulak?isk..gua pun tak faham..bengong dah otak gua ni.gua rasa mungkin gua dah gila tapi rasanya memang dah lama pun gua gila.duduk saja-saja tiba-tiba datang sebak rasa nak menangis terutamanya waktu pagi sebelum pergi kerja dan dalam perjalanan pergi kerja.gua rasa macam dah makin tak boleh duduk sengsorang dan perlu menyibukkkan diri gua sepanjang masa.pantang duduk sengsorang mula datang sunyi yang melampau-lampau yang diikuti dengan rasa sedih,kosong,sakit hingga ke tahap yang kalau tak kuat iman,tak mustahil boleh bunuh diri.tapi sebenarnya semua ni bukan benda baru pun.ini memang diri gua.gua hidup dalam keadaan macam ni daripada gua mula kenal dunia jadi kalau gua macam jahat dan kejam sikit tak kuasa nak simpati kat orang yang cuba nak meraih perhatian dari gua terhadap 'penderitaan' mereka,sila la faham kenapa.kalau apa yang lu alami tak lebih teruk dari gua atau paling tidak sama teruk,mintak maaf,gua bukan tempat terbaik untuk lu mengadu.silap hari bulan,ditempelak habis-habisan dek gua.gua sedar gua boleh menjadi sangat sinikal dan sangat tak berperasaan bila gua menyelar sesiapa.keburukan yang cuba gua atasi tapi bila namanya manusia,sangat susah nak buang perangai azali.jadi sebenarnya,memang lebih elok orang luar tak tahu perwatakan gua yang sebenar.mungkin salah-satu sebab kenapa gua set distance dengan others ialah gua tak mahu offence sesiapa dengan sikap gua.gua sangat cerewet,sangat banyak pantang-larang,sangat banyak undang-undang dan peraturan dan gua akan mintak apa yang gua mahu.kalau perumpamaannya lukisan,gua ialah lukisan abstrak yang sangat 'sulit' untuk dihayati dan hanya segelintir orang yang mampu menghargainya.gua tak suka nak pening-peningkan orang jadi lebih gua buat hal gua sendiri.gua tak kacau orang,orang tak kacau gua.


haih..macam seksa jer..malang kan nasib kalau terjebak dalam masalah yang memang takkan ada penyelesaian.hidup macam tergantung tak ada penyudah yang mutlak.antara keadaan yang cukup gua benci ialah menjadi helpless.duduk dalam situasi yang tak boleh dibuat apa-apa.bersambung dan bersambung dengan tak ada penghujung.


..


 

Tiada ulasan: