gua tak selalunya bertindak bijak.sebenarnya gua selalu bertindak bodoh.tapi,kadang-kadang walaupun ianya bodoh,gua tak tahu apa lagi tindakan lain yang patut gua ambil.gua sekarang berada di kedudukan yang memaksa gua untuk hanya membisu.apa yang boleh gua buat cuma harapkan masa cepat berlalu.bukan kerana gua mahu kehidupan ni jadi lebih pendek.tak.gua mengharapkan perubahan.mengharapkan masa yang berlalu akan menyejukkan kembali hati dan memudarkan ingatan yang gua kira tak sepatutnya terus segar dalam kehidupan nyata hari ni.tapi,mungkin dalam sesekali ada juga masa bila gua tak mampu nak menahan perasaan.sesungguhnya gua rasa rindu.memang bodoh luahkan kat sini tapi hanya kat sini gua mampu menjadi jujur sepenuhnya.it's just so hard.sebab makin lama gua rasa makin terbatas untuk luahkan kebenaran.the thing is,hanya dengan diri sendiri gua dapat pengertian seadil-adilnya.yang terjadi pun atas pilihan gua sendiri.bukan kerana gua putus asa untuk memperjuangkan apa yang gua rasa benar,tapi gua tak tahu untuk apa harus gua perjuangkan.tak ada yang terlambat untuk seseorang selama masih bernyawa tapi untuk sesetengah perkara,memang ada penamatnya.cuba untuk ingkar penamat,yang kita dapat adalah sakit.jadi kerana itu,untuk apa?
gua pilih untuk berhenti.otak yang waras menyedarkan gua betapa masa silam takkan berulang walau ia adalah sesuatu yang paling indah dan bermakna dan gua sanggup serahkan apa saja untuk dapatkannya kembali,tapi,ia takkan jadi nyata.masih tetap sakit.silapnya kerana membiarkan sejarah terus hidup bila ia sepatutnya dah lama mati.mungkin itu kelemahan.gua hidup dibayangi sejarah dan kenangan.sekadar pembetulan untuk mereka yang salah tafsiran.yang membayangi itu adalah keindahan dan kemanisan,bukannya kepahitan.kehidupan yang anti klimaks.gua dah mencapai puncak nikmat lama dulu dan sekarang gua sudah tak 'bernafsu'.
sebenarnya bukan gua tak sedar.untuk gua bermula kembali adalah dengan melepaskan masa silam tapi ia terasa macam melepaskan nyawa.memang takkan ada sesiapa yang punya peluang kalau saingan mereka adalah kenangan lalu yang begitu sempurna dalam jiwa gua.gua tahu ia tak adil.kalau kayu pengukurnya adalah keindahan masa silam,takkan ada sesiapa pun yang mampu menang untuk selama-lamanya.buatlah apa saja.tak mungkin gua kembali menjadi naif,menjadi budak belasan tahun dan tak mungkin akan ada 'pertama' kali kedua.
gua tak lari.gua tak elak.gua juga tak menutup apa-apa.datanglah,gua terbuka seluas-luasnya.kalau mampu untuk tanggalkan kesan kenangan dari hati gua,gua persilakan.ini adalah hakikat.gua berbeza.bukan berbeza dalam ertikata unik dan istimewa,tapi gua bukan kebiasaan.cara hati dan jiwa gua berfungsi tak seperti normal.tak guna bercakap panjang buang perkataan.alami dan tengok sendiri.bila gua cakap gua seperti ditakdirkan untuk tak dimiliki,lu akan tahu kenapa gua cakap macam tu.fight and conquer me..tapi itu mungkin hanya bermakna akan kehabisan masa dan tenaga tanpa dapat apa-apa.gua bukan keras-keras kerak nasi.gua tak keras pun.gua,entah..tapi gua tunggu untuk lihat siapa yang mampu mengikat gua..
dah.fullstop.pergi tidur ya lamunan.

3 ulasan:
hehehe...
*gua sengih sensorang depan pc...
usia makin lanjut, cara fikiran pun pelan2 berubah
makin tua, cara berfikir pun mula berubah
Catat Ulasan