gua tahu penulisan gua kat dalam blog ni tak ikut tatabahasa yang betul.jarak antara titik dan koma,huruf besar huruf kecil semuanya tak ikut ketetapan malah ejaan pun sesetengahnya gua guna ejaan pasar.sebab-musababnya,kerana gua mahu santai,bebas.gua anggap ini seperti menconteng suka-suka,seperti bercakap dalam keadaan rileks dengan orang yang kita familiar.macam email peribadi atau sms cuma tak la sampai guna singkatan untuk setiap perkataan.cuma gaya penulisan yang tak formal.tapi gua tak tahu kalau orang lain email atau sms pada kawan dengan penulisan formal guna tatabahasa yang ditetapkan.lain orang lain cara.bagi gua,gua tak ikut buku bila gua cuma nak bercakap lepak-lepak,santai-santai.gua tak anggap gua mengarang dalam ni,tapi berborak.kebanyakan masanya,berborak dengan diri sendiri.
tapi,ada tapi.memang betul,dalam dunia ni tak ada bebas yang bebas sepenuhnya.walaupun gua menulis dalam bentuk tak formal tapi gua masih ikut ketetapan yang paling asas.tak kisah la apa bentuk huruf yang kita nak pakai atau macammana kita nak susun nak corak,ayat kita tetap kena betul.memang dah ada dalam darah daging agaknya,gua cukup terganggu dengan ayat tunggang-terbalik apalagi kalau ia konon-kononnya nak nampak canggih tapi sebenarnya entah apa-apa yang buat gua rasa,"hapakejadah yang lu tulis ni bro?"beza kalau orang bercakap secara mendalam dan tersirat yang susah kita nak faham tanpa menghayati kerana isinya kompleks tapi ini susah nak faham kerana terlalu bodoh bila isinya tak ada maksud melainkan hanya perkataan yang banyak digabung ke dalam satu ayat secara lintang pukang janji mampu menghasilkan bunyi dan bunyinya macam sedap.ia sangat-sangat mengganggu.tak kisah la kalau tak hebat pun,tapi ayat yang diguna tu biar betul.tak perlu luar biasa berbunga berdaun berakar janji tersusun dan ada maksud.sama macam memasak.bukan soal nak pakai letak bahan dalam satu periuk asal muat tapi nak menggabungkan hingga menghasilkan sesuatu yang boleh dimakan.
gua bukan nak buat entri panjang pun.tapi biasa la,terlajak sikit.apa yang gua nak cakap cuma apa yang gua tak suka dan pantang bila masuk soal penulisan ni.sebab gua dah malas nak bebel panjang lagi,straight to the point,gua cukup cerewet dengan penggunaan imbuhan 'di' dan gua pantang bila orang salah.imbuhan 'di' untuk perbuatan mesti didekatkan.contohnya yang baru gua buat,"didekatkan",bukan di dekatkan.kalau untuk tempat,kedudukan,baru imbuhan 'di' perlu dijarakkan.contohnya,"di atas" dan bukan "diatas".memandangkan ni bukan kelas tatabahasa jadi tak perlu dihurai panjang-lebar.pokok-pangkalnya,gua tak boleh nak abaikan 'di' yang disalah letak.'di' untuk perbuatan mesti disambung dan 'di' untuk tempat atau kedudukan mesti dijarakkan.selamat mencuba.gua nak pergi masak.ayam sambal kicap untuk buka puasa.
oh ya.gua masak sedap.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan