Rabu, Ogos 05, 2009

TAKUT

serius,gua rasa ngeri..hari nih lagi 5 kematian akibat h1n1 direkodkan..4 daripadanya kanak-kanak..menurut ramalan,dianggarkan kematian boleh mencecah ke 20,000 orang di malaysia sahaja..adui..gua harap cepat-cepat la wabak nih berakhir dan keluarga gua serta semua orang dilindungi..risau..abang ipar gua dah demam dua hari..adik bongsu gua demam tapi degil ikut jugak pergi rombongan ke indonesia dengan budak-budak kos..gua pun tak faham apasal pihak utm dengan selamba badak boleh tak tangguhkan lawatan ke luar negara time-time macam ni.adik laki gua yang study di uitm s.alam tuh pun demam..bila diperiksa,denggi tapi pihak hospital masalahnya cuma nak periksa orang yang nampak teruk je untuk h1n1 dan tak layan kalau setakat demam yang nampak biasa.tak reti-reti sedangkan kes kematian yang berlaku rata-rata berpunca daripada doktor tak periksa betul-betul dan ambik mudah suruh balik je cakap tak ada apa-apa,demam biasa.

famili gua memang semuanya spisis degil kepala batu..yang satu tu selamat pergi ke indonesia walaupun dilarang,yang sorang ni pulak elok-elok je lari dari hospital.masuk petang,malam dah cabut lari.nak salahkan dia pun gua faham jugak.satu sebabnya,di hospital klang tu penuh dengan penghidap h1n1.lagi satu,walaupun dia ni makhluk yang macho dan keras,kalau dah nama anak tetap anak jugak.tengah sakit duduk di hospital sorang-sorang tengok budak sebelah ada mak tukang jaga,mana tak terasa.gua tahu hati dia sebab dia sama spisis dengan gua.keras,kasar,tak ada perasaan dari luar tapi jiwa kat dalam mungkin lebih halus daripada orang lain.

gua teringat masa dok jaga mak gua di icu dulu dia pernah cakap dengan muka selamba nak tukar biar dia je yang dok dalam icu kena belah kepala instead of mak.gua tahu dia terasa sangat sebab few days before mak gua sakit,dia buat perangai tipu mak gua kata nak bawak kereta dekat-dekat tapi dia pergi sampai ke bandar dengan kawan-kawan.dia tak ada lesen dan mak gua keberatan nak bagi drive sebab dah tahu dia jenis cuai,sama macam gua dan tuhan tu nak tunjuk tak berkat menipu seorang ibu,dalam perjalanan balik,dia kemalangan.gua ingat betapa cemasnya mak gua ketuk pintu bilik gua bagitau adik gua eksiden.mak gua tu jenis lembut,lemah,mudah sangat risau,mudah menangis.totally opposite daripada gua yang jenis selamba acuh tak acuh.rungsing,panik kemain suruh abang dan adik bongsu gua pergi check macammana dan bertambah-tambah tension mak gua bila diorang cakap kereta remuk terlingkup.tekanan darah boleh naik mendadak dah memang mak gua tu darah tinggi.nasib baik tak ada apa-apa,dia cuma cedera di kepala dan kena jahit kat klinik je.marah-marah mak setakat mana.bila anak dah cedera,dah tak ingat anak menipu.adik gua balik mak gua tak tidur cucikan kepala,uruskan adik gua.lain kali jangan tipu mak lagi..tu yang mak gua cakap.turn out,dah tak ada 'lain kali'.

mungkin dalam hati,dia rasa dia turut bersalah menjadi punca mak gua sakit.bila doktor cakap mak gua dah tak dapat diselamatkan kerana kematian otak dan kami adik-beradik kena buat keputusan samaada nak mak terus guna mesin pernafasan atau cabut je biar mak gua 'pergi',dia yang paling keras membantah tak nak cabut.it's not easy to decide untuk 'mematikan' mak sendiri.gua sendiri pun tak tahu tindakan mana yang betul atau salah.dalam keadaan macam tu baru terasa betapa gua masih kecil sebenarnya.abang dan kakak-kakak gua putuskan untuk cabut dan lepaskan mak gua pergi.gua tak tahu,gua ikutkan saja.adik gua tetap tak setuju tapi tak boleh nak buat apa.entah la.diam-diam gua rasa bersalah jugak sebenarnya.dulu masa ayah gua bergantung pada mesin pernafasan,doktor pernah suruh mak gua cabut je dan bawak ayah gua balik sebab dah tak ada harapan lagi dah.walaupun duduk di hospital,ayah gua tetap cuma tunggu masa untuk meninggal.gua ingat mak gua bangkang sekeras-kerasnya dan marah.mak gua cakap itu membunuh.mana boleh orang tengah bernyawa tengah bernafas,jantung dok berdegup nak cabut mesin lepas tu nak biar je mati macam tu.tu yang buat gua terfikir,apa yang mak gua rasa bila anak-anak putuskan untuk cabut mesin yang akan menghentikan hayatnya?gua turutkan konon-konon,biar lah mak pergi daripada terus terseksa.itu yang 'orang-orang tua' dan doktor cakap.gua pun tak faham sebenarnya.macammana kuasa untuk tentukan seorang manusia terus hidup atau mati boleh berada di tangan manusia lain?nyawa itu roh..selagi ada roh dalam badan,selagi itu manusia masih hidup.kadang-kadang gua terasa macam membunuh..hmm..itu yang adik gua cakap.gua kata pada dia,otak dah mati bermakna manusia dah mati.cuba untuk pujuk dia untuk nampak kenapa kami yang lebih tua buat keputusan macam tu.kitorang tak nak seksa jasad mak sedangkan doktor cakap she's already gone.itu yang dia cakap,gone apa sedangkan jantung masih berdegup,mak masih bernafas yang menunjukkan masih ada nyawa,masih ada roh..sedangkan tuhan sendiri pun belum cabut roh mak..

siapa yang boleh cakap yang mana yang sepatutnya lebih baik?gua semulajadi manusia yang tak reti give up dan masih akan terus berharap walaupun dah tak ada harapan.bila doktor dah cabutkan mesin,gua tak berganjak dari sisi mak.sebenar-benarnya,apa benda la macam tu?kumpul ramai-ramai tunggu seseorang untuk mati sebab kita cabut mesin yang membantu dia bernafas?tak faham.macam kejam.gua terus dok harapkan keajaiban.tak putus berdoa.gua setia duduk di sebelah mak,genggam tangan dan dalam hati bisikkan mintak mak gua buka mata bangun.i seat there until she passed away..it's almost an hour..masih terngiang-ngiang bunyi alarm kecemasan bila jantung makin perlahan dan perlahan hingga akhirnya bunyi panjang,flat line..doktor dan nurse datang,sahkan kematian..adik perempuan gua yang keluar ke tandas cakap terdengar nurse kat kaunter bercakap pasal mak gua,"laa,tak mati lagi ke?"..tahu la lu orang dah lali tengok kematian tapi tak reti ke belajar untuk hormat dan cakap berlapik sikit?

whatever la..apa orang nak cakap gua paranoid ke terlalu fikir bukan-bukan ke,gua cuma tak nak go through benda tu lagi.lebih baik paranoid terlebih risau dan ambik tindakan untuk kepastian walaupun akhirnya tahu tak ada apa-apa daripada acuh tak acuh ambik mudah akhirnya terlambat betindak dan keadaan dah jadi parah..berjaga-jaga lebih baik daripada dah terhantuk baru terngadah.gua tak boleh nak berhenti risau selagi gua tahu orang-orang yang gua sayang boleh terancam..gua memang tak risau sangat tentang diri gua.yang penting orang-orang yang gua sayang dalam keadaan baik-baik.ya allah harap-harap selamatlah semua dilindungi dari segala bahaya dan penyakit.serius,gua takut..nauzubillah..mintak dijauhkan..amin amin ya rabbi-l alamin..

//kenapa kita jadi alim bila nak meminta sesuatu dari tuhan je?haih..

3 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

kenapa kita jadi alim bila nak meminta sesuatu dari Tuhan..?

kerana kepadaNya sahajalah yg kita boleh bermohon, kerana deep down inside, kita tahu bahawa Dia adalah Yg Maha Esa, Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang... walau sejauh manapun kita lari dari landasan lazim sebagai muslimin, kita pasti kembali bermohon dan meminta kepada Allah s.w.t bila kita ditimpa ujian.

...setelah itu, kita mula kembali lalai dan leka pada tuntutan duniawi.

deaf-angel berkata...

paham ler, doktor, nurse dan pekerja hospital smua memang benda biasa orang meninggal tapi tak boleh ler cakap gitu sampai orang awam dengar.

broken_nigina berkata...

en.edie-setepatnya..huhu..

en.deaf-tu la pasal..jaga la sikit etika dan hormat pesakit dengan keluarga diorang.