Khamis, Ogos 27, 2009

Lalok

sebenarnya hari ni hari ke berapa puasa?

haih..gua ni duduk di alam lain,di dunia lain.gua ada tapi sebenarnya tak ada.gua macam melayang tak duduk dalam jasad gua.kadang-kadang memang gua ada.tapi banyaknya gua tak ada.walau ketika mendengar gua tak mendengar.ketika bercakap,gua tak bercakap.gua tak ada.gua mengembara.gua dalam dunia gua sendiri.ketika gua bercakap dengan lu pun sebenarnya gua bukan bercakap dengan lu sangat.gua bercakap dengan diri sendiri,layan diri.gua cuma jenis itu..manusia yang selalu 'tak ada'.

gua tak cuba untuk fit in.gua tahu gua 'lain' dan,so what?orang sentiasa ada komen tentang diri gua dan gua mengaku komen mereka cuma,seikhlasnya,gua tak peduli.gua dianugerahkan bakat yang cukup hebat untuk tak mempeduli apa yang gua tak nak peduli.apa yang paling teruk boleh berlaku dengan orang mengata kita?paling teruk,mereka tak suka mendekati kita tapi,kita peduli ke?kalau orang tak nak dekat dengan gua,bagus la sebab gua pun tak suka didekati.bukan obvious ke?ada ke gua nampak macam makhluk 'normal' yang bersosial jauh lagi riang-ria beramah-tamah dengan orang?

mungkin gua ada masalah.gua rasa tak selesa bila berada di khalayak.kalau setakat khalayak yang tak peduli dengan kewujudan gua,macam la gua peduli sangat tentang mereka jadi itu gua tak begitu kisah kecuali keadaan sibuk dan sesak buat gua serabut sebab ia merimaskan.the thing is,bila gua di khalayak orang yang tahu kewujudan gua dan seperti mengharap gua menzahirkan kewujudan gua secara verbal,gua rasa tertekan.sebab,gua tak tahu macammana nak menunjukkan diri gua.gua tak tahu apa untuk dicakap,apa untuk ditanya dan sebenarnya gua memang tak rasa nak cakap atau tanya apa-apa.kepala gua ligat berfikir cari idea apa lagi yang boleh gua sebut untuk nampak macam gua sedang melakukan perbualan.gua jadi tak selesa.situasi tu buat gua macam sedang dibicara bila semua orang adalah hakim menunggu untuk gua bercakap.gua tak suka.malah gua benci.gua benci rasa diri gua didesak.gua perlu berpura-pura tunjuk minat pada apa yang gua tak minat dan berpura-pura tanya perkara yang gua tak nak tahu.dan untuk buat benda yang gua tak nak pun,gua kena 'menderita' perah otak fikir binatang apa lagi yang boleh gua jadikan modal untuk ayat seterusnya dan itu memenatkan.dipendekkan cerita,gua fail big time dalam soal berinteraksi,bersosial.

gua rasa dah banyak benda dalam hidup ni yang memeningkan kepala dan menyeksa jiwa jadi kenapa nak ditambah kesulitan pada hidup yang sedia sulit?gua tak benci orang lain,gua tak menidakkan kepentingan bergaul dengan orang,cuma,tak ada ke orang yang pernah terfikir perkara sama macam gua fikir yang bukan semua orang sesuai dengan sesuatu cara?satu sistem tak semestinya menjadi untuk semua dan memang ada orang-orang yang dicipta untuk tak ikut jalan tipikal macam yang tipikal orang lain ikut.mungkin gua boleh buat teori kenapa gua tak pandai bergaul.boleh dikaitkan dengan gua dah biasa bersendiri dari kecik dan bla bla bla macam-macam tapi,teori cuma teori.gua benci manusia menganalisa manusia lain seolah-olah mereka adalah satu objek yang boleh dirungkai secara teknikal dan dijelaskan dengan formula sama macam mesin basuh.mereka membunuh keistimewaan dan keunikan menjadi manusia yang dilahirkan dengan jiwa enigma.tapi itu semua cerita lain.gua cuma mahu selesa dan selesa itu ialah menjadi diri gua tanpa memaksa diri untuk buat apa yang gua tak selesa.

gua pilih jalan yang mudah.gua tak suka matematik,jadi gua tolak matematik.betul,kita perlu terbuka mencuba untuk menguasai perkara yang kita tak suka,tapi,kalau gua tak suka,buat apa gua nak kuasai?gua tak suka durian jadi untuk apa gua berusaha makan durian dengan banyak?untuk puaskan hati penggemar durian yang lain?point gua..benda yang baik untuk orang lain tak tentu baik untuk gua dan sebaliknya.tapi untuk lebih jujur,kalau gua tak selesa,tak suka dan tak reti,kenapa nak paksa-paksa gua?memang gua tak tunduk pada tuntutan orang lain,tapi gua tak suka la bila gua tak macam orang lain,orang lain tengok gua macam alien.dalam alam maya ke,dalam alam realiti ke,gua memang suka jadi tak kelihatan.sebabnya,gua masih tahu untuk sopan.gua masih nak jaga hati orang.lebih baik gua tak tonjolkan diri daripada buat orang rasa macam gua dingin,sombong dan tersinggung dengan sikap gua sedangkan gua tak berniat macam tu.

gua tak suka menyinggung hati orang.gua tak dingin,gua tak sombong,cuma gua memang tak ramah.gua tak tolak orang yang nak hadir dalam hidup gua.cuma gua lebih teliti tentang orang yang macammana yang gua nak benarkan masuk.sebabnya gua ada cara hidup tersendiri yang orang susah nak masuk jadi gua tolong mereka daripada buang masa dan tenaga dengan berfikir mereka perlu ubah gua untuk menjadi lebih 'normal' sedangkan fakta yang sebenar ialah gua memang takkan berubah sebab gua tak nak berubah.gua tak tahu.mungkin gua ada bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan untuk mahu merubah pada orang yang mendekati gua yang buat rata-rata mereka rasa mereka perlu buat macam tu.gua nampak tak bahagia,tak gembira.mungkin.tapi gua tak bahagia dan tak gembira dalam cara yang buat gua rasa bahagia dan gembira.gua duduk di dimensi lain sebab gua ada definisi gua sendiri menterjemah sesuatu.gua bijak,bodoh atau gembira dan sedih dalam definisi gua.

gua lost.gua lupa apa tujuan gua bebel benda ni dan apa sebenarnya gua nak cakap.gua sedar gua ada masalah untuk kekal berminat dengan apa yang gua buat..gua dah malas nak taip lagi sebab gua tak tahu buat apa gua nak tulis lagi.gua hanya merepek sebenarnya..ya,merepek..semua ni bukan benda baru yang gua tak pernah sebut..i'm repeating myself..

Tiada ulasan: