Jumaat, Ogos 21, 2009

Cahaya Dalam Gelita

gua berjaya dapat kerja permanent kat tempat sebelum ni..walaupun gua rasa macam almost impossible dengan rekod yang hampeh serta result yang memalukan dan segala macam flaw kecuali gua pandai bercakap market diri dalam interview,tapi orang kata kalau dah tertulis rezeki maka tetap rezeki..jadi,ya,masih ada orang yang boleh bagi peluang menilai apa yang dilihat depan mata dan bukan rekod lepas,kelemahan-kelemahan yang tak dapat diubah sebab ia masa lalu..alhamdulillah,syukur untuk itu..tapi,entah la..gua rasa tak gembira sepenuhnya..deep down inside gua rasa bersalah..no matter how much i screwed up,buat silap,buat dosa,selalu lalai dan lupakan Dia tapi Dia tetap nak tolong gua makbulkan doa gua dan penuhi apa yang gua harapkan..gua rasa macam gua tak layak dapat semua tu..gua hampeh,gua teruk,selalu alpa buat dosa dan insaf sekejap-sekejap bila memerlukan lepas tu hanyut balik bila semua dah ok tapi Dia masih nak dengar permintaan gua..gua memang !@#$%^^..Dia masih sayang dan masih nak bagi peluang pada gua perbaiki diri.gua tahu selama ni bila tiapkali gua hampir hancur gua sentiasa boleh selamat..gua masih dilindungi sebab tu jauh-jauh gua lari gua masih boleh ingat jalan balik.Dia masih tak lupa gua dan tak biar gua lupakan Dia.Dia tak pernah lepas sebab tu gua tak pernah sesat jauh tapi it's just me yang menafikan dan sengaja lari..jahat mana pun kita kalau dalam hati masih boleh rasa bersalah itu maknanya nur belum padam dari jiwa..entah la..berapa kali kita nak berjanji tapi kemudian terlupa lagi dan lagi dan lagi dan lagi..........?crap..apa yang gua buat walaupun timbul rasa macam ni dalam diri?nothing!dan esok bila jaga hari siang,riuh,kehidupan berjalan macam biasa balik,ini hanya akan jadi tulisan semata-mata..masa akan berjalan dan berjalan..tak ada apa yang akan berlaku selagi kita tak lakukan apa-apa..

demi masa.

haih....


2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

jangan lupa untuk panjatkan kesyukuran pada Dia yg sentiasa ingat lu... tak susahkan..??

Alhamdulillah.

cLina BeLedZa berkata...

alhamdulillahh....