tak ada siapa yang bersalah melainkan diri gua sendiri..gua yang silap biar otak pergi terlalu jauh yang membawa kepada sakit kepala macam nak pecah.bukan benda baru.mungkin ini side effect kepada 'terlalu banyak berfikir' yang orang selalu cakap pada gua tapi,mungkin juga tak.apa pun,gua tak patut terlalu layan rasa dan biar kesakitan menguasai diri gua.ah,hampeh.mana-mana antara dua akan membawa kepada kesan yang tak baik.kalau dibiar dan diturut,kesakitan akan meledak yang boleh membawa kepada kesakitan fizikal (kepala) tapi kalau diabai dan dinafi akan menyebabkan jiwa beku,mati emosi yang buat perasaan tak berfungsi seperti normal..lebih sial,yang mana-mana pun antara dua pilihan tak membuat kesakitan tu hilang ke mana-mana.kalau jujur biarkan saja jiwa merasa apa yang sebenarnya ia rasa,kesakitan tu masih akan sakit.kalau nafikan saja buat tak tahu,ya seperti perkataan nafi tu sendiri ia hanya satu penafian,menipu diri sendiri menidakkan sesuatu yang benar sedangkan kesakitan tu tetap ada kat situ tak pergi ke mana-mana.pilihan lain,pergi hospital?tapi ada ke doktor yang boleh rawat kecederaan perasaan?
here,kat sini,gua bukan nak membawa unsur negatif yang menjatuhkan motivasi manusia.gua hanya mahu menulis kebenaran.bercakap dari pandangan hati dan jiwa,bukan akal semata-mata.manusia memang berbeza-beza.dari latar-belakang,corak kehidupan yang membawa kepada perbezaan pemikiran dan juga perasaan.kadang-kadang gua kurang suka (benci) dengan cara pakar-pakar motivasi yang seperti memperlekehkan perasaan.semua benda mudah,semua benda positif..cant blame them rite?dah memang kerja mereka memudahkan permasalahan manusia.cuma,gua rasa perasaan manusia terlalu kompleks untuk diterjemahkan seringkas itu.tak boleh nak guna teori,tak boleh nak guna logik semata-mata..sebab itu wujud peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.apa saja yang kita cakap di luar pengaruh perasaan memang mudah,untuk diri kita yang tak alami tapi ia berbeza bagi mereka yang sedang berada dalam situasi sendiri.beri kemaafan baru luka terubat bla bla bla..sesiapa,kalau berani jujur sepenuhnya,betul ke bila kita dah maaf seseorang atau sesuatu luka yang kita alami dengan penuh ajaibnya akan jadi hilang?tengah berjalan ada orang tolak kita jatuh dan kita maafkan orang yang tolak kita,so jadi hilang ke luka kat lutut akibat jatuh tu?manusia kena cipta sesuatu yang nampak sebagai langkah penyelesaian walaupun sebenarnya bukan berkesan sangat tapi,semua ni pun tak menuju ke mana sebab dah nama manusia memang kena buat-buat macam setiap masalah ada penyelesaiannya walaupun lu tahu,gua tahu,semua orang diam-diam tahu bukan semua masalah boleh diselesaikan.ok..kesimpulannya,hidup memang soal menipu,tertipu dan ditipu dan peperangan kita yang sebenar adalah dengan diri sendiri untuk menawan hati,akal dan nafsu.well,kehidupan ini seluruhnya pun hanyalah illusi,bukan?yang mutlaknya hanya mati.ya,mati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan