Isnin, Julai 20, 2009

Menyentap Jantung Sendiri Itu Bukan Kerja Mudah Dan Gua Bukan David Blaine : Sila Berlagak Sedikit Prihatin Walaupun Tak Ikhlas

sakit....

hakikatnya tak ada kata-kata atau istilah dalam dunia ni yang boleh menghilangkan sakit yang gua rasa.samaada gua bersikap tenang penuh matang atau gua menangis meraung-raung,hati gua tetap sakit.ia tak ubah apa-apa pun.sehari,atau seratus hari,sama saja.samaada gua tabah terima sebagai takdir dengan hati terbuka atau gua marah memaki-hamun,kat dalam gua tetap sakit.tak ada penjelasan dan alasan apa pun yang boleh mewajarkan perkara yang berlaku.sampai bila-bila pun tak akan ada jawapan yang boleh mendamaikan hati gua.ya,masa berlalu.pejam-celik dah dekat 3 tahun pun tapi apa yang ada pada 3 tahun?hati gua masih boleh sakit dengan benda yang berlaku 20 tahun lalu,3 tahun tu apa la sangat.sudah-sudah la,jangan dikenang jangan diingat tapi cakap memang senang.cuba lu jadi gua,duduk di tempat gua..tak tahu ke menyakitkan bila dengar orang suruh kita buat sesuatu seolah-olah benda tu senang sangat macam makan nasi sedangkan kita seolah-olah nak tercabut nyawa hadapi?niat baik,tapi tak adil..tolong la..

Tiada ulasan: