Khamis, Julai 23, 2009

Mainan Jiwa

gua rasa sedikit terganggu sekarang ni.mungkin juga banyak.gua tertidur awal tadi..sebelum pukul 8..konon tidur-tidur kucing tapi akhirnya jadi tidur betul-betul dan gua bermimpi.gua masih tinggal kat rumah lama dan mak ayah masih hidup.dalam mimpi tu seolah-olah kami sedang nak bersiap untuk satu perjalanan menuju ke suatu tempat.ada kakak-kakak gua,adik lelaki bongsu dan adik perempuan.abang dan seorang lagi adik lelaki gua tak ada.anak-anak buah dan abang ipar gua pun tak ada.gua ingat gua tercari-cari diorang tapi kakak gua cakap diorang ada dengan ayah diorang.sedar tak sedar sikit demi sedikit,perlahan-lahan semua orang lain menghilang daripada mimpi gua..kat hujung-hujung sebelum terjaga cuma tinggal gua seorang sedang bersiap-siap..gua ingat tengah sarung baju kurung hitam dan sayup-sayup terdengar suara ayah gua memanggil,"cepatlah siap..ayah tengah tunggu.."dan kemudian,gua terjaga..

mungkin betul orang tua-tua cakap tak elok tidur waktu maghrib,banyak syaitan.lepas terjaga sekarang ni gua rasa lain macam teringat mimpi sekejap tadi..buat gua teringat satu insiden masa kecik.dulu masa kecik-kecik,gua memang kadang-kadang diganggu oleh 'benda-benda'.gua pernah nampak things yang kalau gua cakap,orang tak percaya.tapi bila fikir-fikir mungkin juga memang tak betul sebab gua kuat berkhayal.i always been the weird kid yang nampak macam sedang duduk di dunia sendiri dan tak connected dengan keadaan sekeliling,juga sedih.apa pun,ada suatu masa waktu gua berumur mungkin 5,mungkin 6,atau berapa gua tak ingat,gua bermain kat luar ketika petang dan gua nampak arwah datuk gua melambai gua dari atas sedang duduk atas kerusi kegemaran dia dalam pondok tempat dia mengajar budak-budak mengaji dulu.gua tengok ada tangga untuk naik ke tempat dia tapi tangga tu hanya sekerat tak sampai ke bawah.gua ceritakan pada nenek (arwah) dan nenek gua cakap itu tandanya belum sampai masa untuk gua pergi sana sebab tu tangga tu masih jauh belum sampai pada gua..tapi,pokok-pangkalnya,gua dah pernah nampak tangga tu sekerat,kan?mungkin gua hanya berkhayal tapi bayangan yang gua nampak cukup jelas.

masa sebelum mak gua sakit pun gua didatangi perasaan yang cukup aneh.the only thing yang buat gua buang perasaan gua jauh-jauh ialah sebab waktu tu bulan puasa.kan orang cakap bulan puasa 'benda-benda' tu tak ada,kena ikat.tapi serius,dalam hati gua tahu gua bukan berkhayal.gua dapat rasa ada seseorang,atau sesuatu lebih tepat datang kat rumah gua memerhati.gua bukan penakut malah terlebih berani kadang-kadang tapi gua sampai tak berani padam lampu waktu tu.i was thinking gua ni dah jadi gila ke apa kenapa gua rasa gua tak bersendiri dan ada seseorang (sesuatu) sedang memerhati.at that time gua ingat nak tulis dalam blog saying gua ni paranoid dan mungkin dah nak gila sebab gua terasa sedang diperhatikan sedangkan gua sendirian tapi gua tak tertulis.entah la..benda-benda di luar logik ni susah nak bercakap dengan orang tapi gua betul-betul dapat rasa ada aura berat,gelap,dan juga sedih ada dekat.'dia' datang jenguk rumah gua memerhati,memantau dan gua dapat rasa 'dia' pandang gua.bila kita tahu sesuatu tu ada,sesuatu tu juga akan tahu yang kita tahu kewujudannya.waktu tu gua fikir mungkin 'dia' datang nak ambik gua.tapi gua salah.bukan gua,mak gua sebenarnya.mungkin gua cuma terasa tempias..bila fikir-fikir,no wonder gua terasa sayu dan syahdu lain macam tiapkali gua tengok mak gua bulan puasa tu.

ah..apa-apa pun gua berharap semua ni cuma mainan jiwa kacau..gua ambik ayat orang dalam tv yang selalu cakap mungkin stress kot jadi fikir bukan-bukan.it doesn't mean anything..mimpi cuma mainan tidur..kan?harap-harap..

2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

cuma mainan tido... jgn lupa sedekahkan Al Fatihah buat mereka2 yg pergi lebih dahulu meninggalkan kita.

broken_nigina berkata...

betul betul.mainan tido..