Isnin, Julai 20, 2009

Gejala Bosan

bila bosan,gua akan laju update blog.jadi sekarang mungkin maknanya gua tengah bosan.gua tanam anggur lagi sekarang takde buat apa-apa.kata nak pergi segamat pun tak pergi-pergi lagi.tu la bila bosan tapi malas.keluar masuk blog sana-sini macam tak ada orang yang update.ya la semua orang sibuk kerja bukan macam gua dok melepak je tak ada kerja.

haih..perasaan gua sekarang ni macam bercampur-aduk.mungkin jugak sebab bendera merah buat gua rasa tak menentu tapi setahu gua gejala pms tu sebelum period,bukan tengah period.ke tengah period?pape la..tak penting pun..yang gua buat sekarang ni cuma membebel sendiri berborak dengan diri sendiri.nak bercerita tak ada orang boleh nak diajak borak.tapi gua rasa lebih tepat gua yang malas nak berborak dengan orang..gua cuma buntu tak tahu apa yang menarik minat gua sekarang ni.susah jugak bila tak ada rasa minat apa-apa.tapi ironinya hidup(sebenarnya sampai sekarang gua tak pasti penggunaan tepat untuk perkataan ironi ni)ni,masa sibuk tak ada kesempatan tu la banyak gila benda yang kita rasa nak buat.nak buat itu nak buat ini tapi bila ada peluang,rasa tak nak pulak.manusia ni memang.kalau sibuk nak lapang,kalau lapang nak sibuk pulak.betul,memang tak pernah puas dan sentiasa cenderung untuk mahukan sesuatu sebab mereka tak dapat..kan rumput selalu nampak lebih hijau dari jauh dibandingkan yang depan mata?

semalam dan sekejap tadi gua habiskan masa melukis..gila lama gua tak melukis.padahal dulu itu la pelengkap jiwa gua,titik kenikmatan yang memenuhi kepuasan gua.bila tak melukis je rasa gatal tangan.tapi makin tua jadi makin lupa dan makin tinggal pulak.sama jugak dengan menulis.mengarang jangan cakap la memang dah bertahun-tahun gua dah tak ada karang apa-apa.tapi menulis tangan 'sampah-sarap' pun dah lama gua tak buat.sekarang bila rasa nak buang 'sampah' terus je taip dalam blog..teknologi memang buat manusia jadi lebih malas.padahal gua suka tulis tangan dan gua simpan buat koleksi peribadi.itu yang gua ingatkan diri supaya simpan tulisan dalam blog ni.kot-kot tiba blog gua rosak jadi hilang semua entri gua,sayang la 'sampah-sarap' yang cuma ada copy ada dalam ni je.setakat entri gua bebel-bebel karut-marut tu tak kisah la nak hilang pun.sebab kenapa gua dok biar berlonggok dalam arkib tak padam-padam hanya kerana gua tak suka nak padam-padam nak ubah sejarah.benda dah berlaku,dah tertulis,let it be.kecuali kalau tak ada pilihan dengan blog-blog sekali gua padam.seperti yang pernah gua cakap sebelum-sebelum ni iaitu kalau ada ahli keluarga atau kawan dan kenalan di sekeliling gua yang tahu kewujudan blog ni.sepanjang gua berblog dari 2005 sampai sekarang belum ada lagi yang tahu.hatta gua suka tulis 'sampah-sarap' (puisi) pun ahli keluarga gua masih tak tahu walaupun dah 27 tahun gua hidup atas dunia ni.gua bukan perahsia cuma gua sentiasa ada rahsia walaupun dengan orang yang gua kongsikan rahsia.

jap lagi,apa nak buat ya?sambung habiskan anime devil cry la..

4 ulasan:

tongah berkata...

hi..dah lama lupa blog ko..nasib baik ko komen kat kat entry aku yg dah staun lepas hehe..jumpa balik link..

broken_nigina berkata...

ada cadangan nak update tak?ke ada blog lain?

broken_nigina berkata...

eh..tak perasan..huhu..ok..

tongah berkata...

id ni ada blog baru...
tp tak masuk apa2 lg..
tgh cr mood...baru nak dpt mood..laptop aku jahanam..
baru td anto kedai..ntah bila nak ok tu