//entri ni ditaip pada 29/11/08 pukul 9:58 pm.bila gua baca balik gua wonder gua bercakap pasal siapa sebenarnya dalam entri ni?puas gua fikir tapi haram tak ingat langsung!siapa yang gua rapat dan gua tolak masa bulan sebelas tahun 2008?hahaha..entah.ramai sangat dah tak ingat mana satu.//
-
-
aduh..dalam pada gua elakkan akhirnya lagi,lagi dan lagi gua buat lagi..gua tahan perasaan nih walaupon gua rasa sebak sebab kalau gua nak buat sesuatu yang kejam lebih baik gua jadi kejam betol-betol tapi gua tak boleh tipu,memang gua rasa sedih sangat dan kesal sangat-sangat..gua takde hak untuk hancurkan harapan sesaper tapi manusia macam gua nih,hidup hanya menyakitkan orang..memang tak guna..memang gua bersalah,bersalah teramat-sangat..menghancurkan harapan dan perasaan seseorang adalah jenayah berat apalagi kalau gua sendiri yang dah bagi harapan..gua benci nih ya allah,benci sangat-sangat apa yang gua buat tapi itu la yang gua buat..gua tak mampu nak bagi diri gua..gua tak mampu nak berada dalam perhubungan..gua tak mampu untuk bersama sesiapa..gua ada dalam dinding tebal nih bila gua tak bagi sesiapa sentuh gua..im so sorry i really am..ini adalah gua dan gua masih macam nih..gua dah buat orang tertunggu-tunggu malah kali nih gua buat silap besar kerana bagi harapan dan janji yang akhirnya gua tak mampu nak penuhi..
argh..tiap detik tiap saat gua tahu macammana dia rasa..the pain he's in right now..gua cuma buat-buat tak tahu dan ignore..memang gua kejam..gua keras hati boleh buat bodoh abaikan jer seolah-olah takde pape yang berlaku..tapi kalau gua lembut hati,apa kebaikan yang akan sesiapa dapat?kalau gua biar diri gua lembut hati,gua hanya akan menyambung bagi harapan yang gua sendiri dari masa ke semasa ragu samaada gua mampu kotakan atau tak dan terus seksa dia perlahan-lahan selama dia terjerat dalam belenggu perasaan gua.gua tak layak dicintai.gua tak mungkin boleh hargai dan tak mungkin boleh membalas dengan seadilnya..gua loner yang perlu bersendiri dengan diri gua..gua tak tahu..gua hanya rasa gua lebih betah bersendiri..gua lebih sesuai tak terikat dengan sesiapa..bila gua hanya hidup dengan berkisar tentang diri gua sendiri,sangat jelas yang gua tak perlukan sesiapa dan hanya akan menyusahkan orang yang cuba mencelah masuk ke dalam hidup gua..apa point berjanji dan terima seseorang kalau gua tak mampu bagi ruang dan bagi tempat pada dia selayaknya?apa itu perkongsian kalau hanya membuat orang rasa macam melukut di tepi gantang?lebih baik gua jadi kejam sepenuhnya buat dia pergi sebab gua selagi dia di sisi gua,gua hanya halang dia dari bertemu seseorang yang boleh menghargai dia dengan lebih baik..he deserve that..i wont be the one to stop him from getting what he deserve..
gua mintak maaf,gua mintak ampun..lagi sekali yang entah untuk kali yang keberapa,gua kecewakan lagi seseorang yang baik dan ikhlas..gua tak kisah kalau gua yang dikecewakan sebab gua dah biasa sakit dan gua boleh hadapi dengan mudah tapi gua lebih sakit kalau orang lain yang kecewa kerana gua..gua tak patut wujud dan tak patut hadir pon..hanya bawak luka dan kecewa..menyusahkan..apa lagi yang boleh gua cakap?ia takkan ubah hakikat gua bersalah dan kejam tapi biar gua bunuh harapan dia daripada bunuh kebahagiaan yang dia boleh miliki dengan orang lain selain gua..mungkin gua akan kesal kemudian hari tapi kalau gua tahu dia bertemu seseorang yang lebih baik dari gua yang mampu bagi layanan yang gua tak mampu bagi,takde apa yang patut gua kesalkan..anggap saja gua kejam hari nih,takde hati perut takde perasaan,asalkan gua tak tutup peluang seseorang untuk temui kebahagiaan yang lebih indah satu hari nanti..gua tak patut ambik sesuatu yang tak berhak untuk gua dapat..itu yang sebenar-benarnya..im sorry..truely sorry..

5 ulasan:
relax...
masa akan merubah keadaan...
lu bukannya kejam sgt, lu kan ayu dan lemah lembut, hahaha....
Oops... sori!!
dinding tebal yg menyebabkan kite tak layak dicintai. sama spt sy. walaupun ingin dicintai dan menyintai tapi itu hanya mimpi..
en.edie-tunggu dan lihat jer..:)
fgurlz-mungkin masalah gua,gua sebenarnya tak mahu..
cobaan..
en.deaf_angel-coba coba jangan coba..
Catat Ulasan