Rabu, Julai 09, 2008

Titik Kepuasan

rentas sahara
kaki bergelang parah
meredah mustahil
bergendong mimpi

cari ke sana
hujung ke hujung
mula yang pudar
hanya langsungan
tiada bergerbang

titik bersambung titik
akhir tiada berakhir
rencah cerita jiwa
maktub infiniti

(9/07/08 9:52 pm)

Tiada ulasan: