Jumaat, Julai 04, 2008

Memenuhi Tuntutan Fitrah (Malas Sebenarnya)

antara perkara yang amat gua hargai adalah masa peribadi dan kebebasan diri.dalam kata lain,gua bukan manusia yang boleh hidup aman dengan rutin dan jadual.naluri gua akan memprotes dan berlakulah pemberontakan dalam jiwa gua.tapi sebenarnya tak penting pon sebab otak gua yang kerek tuh memang mahir untuk membuat bodoh je kepada segala amuk perasaan.ala,macam kerajaan buat bodoh dengan protes rakyat tuh..mengamuk la berguling-guling separuh mati atas tanah pon,takdenyer nak ambik pot.boleh buat-buat pekak dan buta.

sebenarnya macam takde kena-mengena pon apa yang gua bebel kat atas tuh dengan apa yang gua nak cakapkan.tapi,pikir-pikir balik,hmm..apa yang gua nak cakap sebenarnya?tiba-tiba macam baru sedar gua takde benda pon nak cakap.cuma saje nak menaip-naip lepas gian jari-jari gua nih atau mungkin lebih tepat nak lepas gian otak dan jiwa sebab jari-jari gua memang sentiasa menaip je hari-hari.nak melunas rindu pada diri sendiri untuk seketika.rasa diri gua 'dirampas' dari gua..biasa la dunia pekerjaan bla bla kata orang yang dah lama bekerja tapi gua bukan heran sangat pon semua tuh.macam yang gua cakap tadi,gua cuma spisis yang menghargai masa peribadi dan kebebasan diri.jiwa bebas,free spiritted.ya la,burung yang fitrahnya terbang bebas terpaksa hidup dalam sangkar.habitat dah terpesong.masuk kunci salah paksa pulas nak bukak pintu,memang jem.kecuali pencuri yang mahir bukak pintu tanpa kunci sebenar,dan itu cerita lain.

hmm..kadang-kadang gua terfikir,mungkin gua patut bekerja sendiri..bekerja free lancer..mungkin jadi penulis memandangkan gua suka menulis..tapi nak tulis apa,ya?masalahnya dengan gua,bila sesuatu perkara tuh menjadi wajib,secara otometiknya motivasi gua untuk buat akan merudum.gua hanya rajin buat benda yang gua tak rasa perlu untuk gua buat.takat menulis bodoh-bodoh bahasa pasar dalam blog nih boleh la.dengan masa dan kosentrasi yang sesuai,sampai 10 entri sehari pon takde masalah gua nak buat.mungkin kerana realitinya gua jarang membukak mulut seharian sebab takde teman bercakap,gua jadi ada banyak benda yang nak diluah dan diceritakan.dan dengan mentaliti sendiri tulis sendiri baca,buat gua rasa lebih bebas nak berceloteh sesuka hati sesedap rasa pape je yang melintas dalam kepala gua kat sini.sifat kebebasan dan kesukahatian penulisan blog gua nih la yang buat gua rajin nak menulis.rasa yang cuma nak memuaskan hati sendiri semata-mata yang jadikan sesuatu perkara tuh senang dan tak membebankan.

mungkin jugak sebenarnya gua tak suka memikul tanggungjawab dan komitmen.bukan bermakna gua nih tak bertanggungjawab dan takleh bagi komitmen dalam segala hal tapi rasa macam 'mesti' tuh buat gua macam diugut dan dikongkong..gua boleh buat,tapi biar gua yang dengan suka dan rela hati buat sendiri tanpa disuruh-suruh dan dipaksa.rasanya macam isu yang selalu berlaku antara seorang lelaki dan perempuan bila perempuan suka menyuruh-nyuruh seorang lelaki untuk buat sesuatu sedangkan tahulah lelaki tuh berpikir sendiri.

tapi cakap banyak pon takleh nak tutup jugak satu fakta penting.kata kuncinya yang sebenar kat sini adalah malas.gua memang pemalas.mana ada kerja atau perkara yang betol-betol gua suka dan minat..gua cuma suka dan minat untuk merilekkan diri bersantai-santaian.gua cuma suka buat suka hati dengan tak pernah tetap kemahuan gua sehari-hari.cepat bosan,nak benda baru,benda yang mampu mengexcitedkan..gua perlu thrill,perlu adventure,perlu dapat kepuasan yang sentiasa meningkat dan meningkat dari masa ke semasa..takleh statik dan terus dengan modal sama.semua idea cepat basi dalam pandangan gua.gunakan imaginasi dan kreativiti yang lain dari kebiasaan.imaginasi dan kreativiti adalah tunjang jiwa gua dan gua perlu semua tuh bukan dalam bentuk fikizal dan material tapi dalaman demi otak dan naluri.

gua perlu jadi bebas dan berdikari..tapi,gua tak kisah pon nak capai benda tuh secara zahir.bebas dan berdikari dari sudut berfikir dan merasa.takde pon nak bukti kemampuan pada dunia dan memartabatkan kedudukan wanita bla bla bla.peduli apa gua sama pandangan dunia.tak kuasa aih nak susah-payah nak bukti apa-apa.kasi kat 'wanita' lain jer.pergi panjat gunung la pikul bas nak cakap diorang sama hebat dengan lelaki.gua tak kata pon lelaki lebih hebat ke apa tapi tak ke bodoh bandingkan buah epal dengan kucing.takde kena-mengena langsung.dah elok tuhan kasi pompuan boleh bergantung kat lelaki,saje nak nyusahkan diri nak bersaing-saing.kasi mudah nak susah.gua kalo dapat laki yang boleh tanggung gua untuk gua rilek lepak-lepak je kat rumah takyah penat-penat nak kerja,gua nak.tempat pompuan kat dapur.memang tak salah pon.tapi kalo dapat sediakan pembantu rumah untuk buat kerja rumah lagi cantik.ok apa?tak rasa tergugat pape pon gua kalo dunia tak nak bukak mata kat gua.janji rock.gua lebih tahu hebat atau tak hebat gua,kuat atau lemahnya gua.

mentaliti 'wanita-wantia' yang konon moden sibuk nak bersaing dengan lelaki tuh sebenarnya yang tak cukup berkembang tak nampak kekuatan sebenar seorang pompuan.kuat pompuan adalah pada lembutnya.boleh runtuhkan dunia dengan belaian dan pujuk-rayu,bukan kekerasan.gua percaya cara terbaik untuk berkembang adalah dengan berkembang dari akarnya,bukan pergi cabut bagi putus akar.kenapa nak menafikan sifat sebenar wanita yang memang dicipta lebih lemah dan rapuh dari lelaki.'kami tak lemah'.blaaah..sendiri yang anggap sifat diri sebagai lemah tapi ingat senang ke nak jadi seorang isteri dan seorang ibu.sila cuba sendiri.gua yang cuma setakat tolong-tolong besarkan anak buah gua yang sorang tuh pon dah terasa betapa penatnya tugas menjadi ibu.cukup untuk bukak mata gua betapa jawatan tertinggi seorang wanita adalah menjadi ibu dan kedudukan terbaik mereka adalah di sisi anak.pointnyer,takde benda yang nak dimalukan dengan menjadi seorang suri rumah yang tak bekerja malah patut bangga sebenarnya.

oopss..terpanjang pulak entri..hujqh-hujah berjela di atas lagi sekali sebenarnya pusing-pusing cuma cerita pasal gua malas jer.kebetulan macam relevan dengan malas gua.jadi,pointnyer,sila ambil perhatian kepada pihak-pihak berkenaan yang mempunyai cita-cita nak kawin dengan gua,kerja la rajin-rajin kumpul duit banyak-banyak ya supaya gua boleh duduk rumah je pas kawin takyah penat-penat nak bekerja..malass..

haih..terlajak jugak lagi waktu tido sasaran gua 12 malam..

Tiada ulasan: