Jumaat, Julai 11, 2008

Kelabu Itu Dalam Mimpi Lu Orang

gua tak suka 'manusia' sebab bagi gua diorang menyusahkan.tak kira haluan kanan haluan kiri atau haluan tengah sekalipon,gua hanya melabel diorang sebagai manusia.dunia blogesfera nih menyedarkan gua betapa sebenarnya ramai manusia dalam dunia nih mempunyai persamaan dengan diri kita di luar sangkaan tapi ia juga menyedarkan gua yang menjadi lone ranger tetap lebih baik.hakikatnya memang takde daerah kelabu dalam kehidupan nih.ia cuma antara hitam atau putih.daerah kelabu tuh cuma illusi puak-puak yang merasakan diorang macam bagus dan lebih bagus dari puak yang lain sedangkan diorang cuma manusia khayal yang tak mampu melihat wajah sendiri di cermin.

kita perlukan toleransi untuk memastikan dunia ni bergerak harmoni.tapi ia jadi kelakar bila perkara yang boleh ditoleransi dan tak boleh ditolenrasi makin lama makin tak masuk akal.kita tak boleh bertolenrasi dengan halaman yang semak tapi boleh terima bila rumah goyang dan tunggang-langgang.kita boleh bertolak-ansur pokok yang subur ditebang dan dikerat-kerat tapi tak boleh terima bunga plastik dalam pasu diusik walau sedikit.ah..takde ulasan lagi yang boleh mengulas semua tuh.manusia makin lama makin bodoh.boleh nampak zarah tapi dinasour depan mata buat tak perasan.ribut taufan berlaku tapi bertikam lidah pasal sape yang tak angkat kain.bla bla bla..bosan!dan apasal gua menulis pasal nih?lebih baik pergi bancuh neskefe dan masak megi.sarapan terlewat.

hari nih gua ponteng kerja.

6 ulasan:

fusarium solani berkata...

Ada yang kita boleh kawal dan ada yang tidak! Jangan terlalu pesimis! Kalau kau rasa berat ingatlah segala yang dijadikan Allah swt bersesuaian dgn kebolehan makhluknya.

broken_nigina berkata...

:)
keluhan dari perspektif luar tentang dunia yang semakin tunggang-terbalik.
politik,ideologi,kiri dan kanan.

kaisu berkata...

ponteng keje lagi!

broken_nigina berkata...

mana ada lagi.
baru 1st time la.

eddie dewanaga berkata...

ponteng keja...
nescafe dan mee maggi,

nanti gua compose satu lagu
pasal tu dlm bentuk 'simple blues'

life is short, sis...
play hard..!

huh... mcm iklan.

broken_nigina berkata...

life is short.
play smart.
biar semua pengalaman berbaloi.
selalunya yang kita cherish by the end of the day ialah memori-memori 'kenakalan' kita.
:)