Jumaat, Mei 09, 2008

Tenangkan Jiwa Ini

gua cuba rasionalkan diri gua untuk terima segala yang berlaku dengan waras dan tenang setenang-tenangnya.tapi sebagai manusia,gua takleh mengelak dari rasa marah dan sakit hati.sape yang tak marah dan tak sakit hati kalau rasa diri dah tertipu hidup-hidup?membayangkan semua lagak baik penuh romantik membisikkan kata-kata jiwang yang pernah diaksikan depan gua selama nih,gua rasa terbakar dan benci.setiap satunya buat gua rasa nak muntah.geli dan mual bila gua ingatkan.tak kisah la kalau semua tuh tak pernah ikhlas sepenuh hati,tapi tak perlu la pergi jauh sangat dengan lakonan asmaradana.syahdu-syahdan dan sentimental mengalahkan filem cinta epik.menyampah tau tak,menyampah?bila barang seposen dipromosikan seolah-olah berharga sejuta,bukan hanya buang masa dan memperbodohkan orang lain,tapi lebih ketara memperbodohkan diri sendiri.kenapa?seronok sangat ke nampak macam manusia kaki penipu yang takde pendirian?segala kata-kata yang jadi hilang nilai dan tak boleh dipercayai langsung..best ke jadi manusia macam tu?
gua sedar,sedar sesedar-sedarnya,gua pon bukan baik sangat.mungkin apa yang berlaku pada gua sekarang nih adalah wake up call untuk gua muhasabah diri dan cari kat mana silap gua sendiri.kadang-kadang terasa seperti gua berhutang pada someone dan segala yang berlaku adalah untuk melunaskan kembali semua hutang gua.mungkin gua pernah lukakan hati seseorang,menganiaya seseorang sampai dia terluka teruk suatu masa dulu tanpa gua sedari.what goes around comes around.dosa-dosa kita akan memburu diri kita balik suatu hari nanti.tak di sini,di akhirat.sesungguhnya itu sangat-sangat benar..hidup ini berputar dengan sejarah terus-terusan berulang..yang bertukar cuma watak dan keadaan..mahu escape ke mana?
untuk seketika gua imbau balik suatu waktu dalam masa lalu.gua ada segala-galanya dalam tangan,yang erat di genggaman dan yang menanti di sekeliling.tak pernah sunyi dan tak pernah lengang dari pujuk-rayu sampai gua digelar playgirl,player,dan hingga ke seteruk-teruk istilah yang gua sendiri tak tergamak nak sebutkan.itu imej yang tergambar pada gua dengan kewujudan lelaki-lelaki yang tak pernah putus berdampingan dengan gua.ya,keliling pinggang.gua ada banyak pilihan yang sentiasa datang tak habis-habis.cinta 5-6 segi yang sentiasa berulang.tak pernah cuma ada seorang yang cuba rapat dengan gua dalam satu masa.itu menampakkan betapa gua tamak-haloba dan gila lelaki di mata orang yang melihat.sekejap dengan si a,sekejap dengan si b,tau-tau dengan si c.mungkin diorang mudah untuk mentafisr,tapi satu yang diorang pasti takkan pernah pertimbangkan bila menghakimi gua,hakikat tentang bukan gua yang mintak semua tuh.
apa yang diorang tau?yang sesungguh-sungguhnya yang ada banyak di sekeliling gua,bukan itu yang gua nak.hati gua cuma pada seorang.hanya seorang.gua cuma nak hidup tenang dengan orang yang ada di hati gua.tapi memang susah.untuk dapat apa yang gua nak gua terpaksa tolak ketepi orang lain.gua tak sedap hati dengan semua tuh.selalu terasa bila banyak sangat tolak peluang yang datang mungkin akan berakhir dengan tak dapat apa-apa.selalu terfikir macam mana kalau akhirnya yang gua kejar tak dapat,yang gua kendong berciciran.bukan ke dunia selalu menjanjikan itu?betah sangat melepaskan apa yang muncul berulang-ulang akhirnya akan rugi sendiri.satu apa pon tak dapat.itu yang selalu gua takutkan dan gua berdoa supaya tak terjadi.
balik ke masa sekarang,terbukti apa yang selalu gua takutkan dulu akhirnya jadi kenyataan.memang akhirnya apa yang gua nak sangat gua tak dapat dan apa yang sepatutnya boleh gua dapat gua terlepas.akhirnya cuma tangan kosong.jadi manusia rugi yang satu masa pernah ada macam-macam tapi berkesudahan dengan hilang semua.menyesal?rasanya tidak.camane nak menyesal kalau apa yang gua buat hanyalah jujur pada diri sendiri?bukan niat gua untuk mensia-siakan peluang tapi gua jujur pada apa yang sebenar-benarnya hati gua mahukan.gua tak sanggup tipu diri sendiri dan pastinya tak nak tipu orang lain dengan berpura-pura berjanji sesuatu yang gua tak mampu penuhi.tak perlu menyesal untuk itu.
mereka-mereka yang pernah datang dan pergi dalam hidup gua tuh pon tak semuanya betul-betul ikhlas dan jujur.lebih banyak hantu raya yang ada agenda masing-masing.hantu raya bertopeng yang suka jadi pelakon yang rasa lebih seronok kalau dapat libatkan gua sama dalam drama lakonan mereka.mungkin lebih menghiburkan dapat memperbodohkan orang lain selain memperbodohkan diri sendiri.ya,suka hati lu orang.jujur dan berlaku benar itu sepatutnya adalah untuk diri sendiri kerana akhirnya yang boleh menilai sejauh mana kebenaran kita adalah diri kita sendiri.kalau berlakon,kita yang jadi pelakon.kalau menipu,kita sendiri yang jadi penipu.seronok hidup sebagai pelakon dan penipu?lantak lu orang.sendiri mau ingat.
barang murahan dan tiruan kalau dibuat sehalus mungkin pon akhirnya akan terserlah jugak kekurangan dan kelemahannya.benda palsu takkan tahan lama.memang betol manusia boleh berubah,tapi takkan semudah itu kalau memang betul-betul ikhlas dan jujur.kalau sekali datang angin terus berubah arah,memang dasar lalang.kalau meludah dengan megah akhirnya merangkak pergi jilat ludah sendiri,memang dasar takde pendirian.dalam hidup nih gua paling hormat orang yang ada pendirian dan prinsip.manusia dipegang pada janji.kaki dipasak untuk berdiri kukuh dan teguh.kata diucap untuk dipegang dan dibuktikan.apa yang datang seterusnya sesudah membuat satu-satu pendirian hanya menunjukkan what we made of.tapi pape je la.kan jodoh pertemuan semua di tangan tuhan?alasan yang diguna oleh para pencurang seantero alam yang pernah mungkir pada janji sendiri.bagi gua,lebih elok sesuatu tuh memang palsu dari awal daripada yang konon-konon jujur masa mula-mula kemudian pudar di tengah jalan.buang karan.pernah wujud tapi akhirnya tak wujud,apa bezanya dengan tak wujud?lebih senang anggap memang tak pernah wujud langsung.sekurang-kurangnya tak sakit hati sangat.sakit hati yang akhirnya berubah jadi cuak dan jelik.
manusia yang menipu diri sendiri dengan cuba menipu orang lain memang akan sentiasa menjengkelkan sampai bila-bila.mereka akan datang dan pergi bersilih-ganti.pasti takkan habis dan takkan sudah..sebenar-benarnya,lantak diorang la.camane untuk kita halang orang lain dari berpura-pura dan menipu diri mereka dengan menipu kita?masing-masing dah dewasa dan boleh buat pilihan sendiri.andai berhati-hati tapi orang masih nak berpura-pura,apa yang boleh kita buat?jujur dan ikhlas memang takleh dipaksa.takde orang yang boleh paksa kita untuk jujur dan ikhlas dan takde sape yang boleh kita paksa untuk jujur dan ikhlas.perasaan adalah milik peribadi yang hanya boleh ditentukan oleh perasaan itu sendiri.cuma terasa penat,letih berdepan dengan semua tuh.bila banyak sangat jumpa hantu raya,mata berpinau dan jadi nampak semua orang muka macam hantu raya.balik-balik hantu raya,balik-balik hantu raya.nanti jumpa manusia yang benar-benar manusia pon nampak hantu raya jugak.nak buat camane?gua tahu ramai lagi lelaki yang baik yang comel-comel kat luar sana tapi mungkin diorang cuma comel selagi diorang tak cakap diorang sayang gua.kalo dah bukak mulut cakap sayang tuh,memang sudahnya diorang berubah jadi monster yang langsung tak comel.tapi seadilnya takleh nak kondem lelaki je.takde isu jantina pon dalam hal nih.yang perempuan pon ramai jugak kaki pembelit yang licik main wayang dan tak boleh diharap.sama je.lelaki ke perempuan ke,ada je yang plastik dan takleh dipakai.dasar hipokrit yang takde pendirian.
ah..lagi dipikir tentang keplastikan diorang,lagi menyampah meruap-ruap.sudah la tuh,beb..cuba la sejukkan hati sendiri dan cari ketenangan.mintak dijauhkan dari mereka yang tak boleh diharap dan takde pendirian.biar saja mereka nak buat apa yang mereka suka dan mereka mahu.pape je la.semoga mereka yang hipokrit dan takde pendirian pupus dari hidup gua selama-lamanya.amiin....