Selasa, Mei 20, 2008

Pape Je La

gua tak nak bergantung kepada sesaper untuk buat gua rasa lebih baik.tapi kadang-kadang itu tak dapat dielakkan.adakah terlalu lemah untuk gua mengakui even a loner macam gua pon tetap memerlukan orang lain?i cant afford being alone on my own all the time.hanya sebab gua banyak menyendiri,tak bermakna gua menafikan kepentingan kawan dalam hidup manusia.
gua bertuah,ya.dan gua seharusnya menghargai apa yang gua ada.gua sedar tentang itu dan gua sangat-sangat menghargai kehadiran insan yang setia bersama gua susah-senang.mungkin gua tak bagi penghargaan dalam bentuk hadiah harta benda,kata-kata pujian luahan melambung-lambung,tapi deep down inside,hanya tuhan yang tahu betapa gua hargai apa yang mereka lakukan untuk gua.and right now,kehadiran knight rocker banyak membantu gua untuk lebih cool dealing dengan segala semak-samun yang ada.rasanya tak salah kan untuk gua sekali-sekala rasa ceria.mana boleh tahan asyik nak down nak tegang je sepanjang masa.mampos la gua kalo macam tuh.
hmm..gua tau dia nak gua move on sebab tuh dia tak stop bagi nasihat dan dorongan.gua tak nak hampakan orang-orang yang nak tengok gua gembira.kadang-kadang dan sebenarnya selalu,gua simpan dan sorok sakit gua supaya tak let down orang yang ikhlas mahu gembirakan gua.itu penghargaan gua.dan mungkin juga itu ego gua sendiri sedikit-sebanyak.lebih rela rabak kat dalam sorang-sorang daripada orang nampak gua lemah.jadi gua tak tunjuk apa sebenarnya yang gua rasa dan gua deny kebenaran dengan berlagak macam takde pape yang pernah berlaku.sebab tuh orang selalu nampak gua kuat,gua tough,cekal what so ever tapi the truth is,kadang-kadang itu semua lakonan semata-mata.gua bukan kuat,bukan tough dan bukan cekal sangat pon.dalam gua hancur-lebur.satu-satunya kelebihan gua ialah pandai cover tak bagi semua tuh nampak di permukaan.
apa sekali pon,gua bukan dewa-dewi,bukan makhluk ajaib.gua tak mampu nak terus bangun berlari lepas jatuh berdebuk-debuk cedera parah patah-riuk.ok,semua orang ada masalah.gua terima.bukan gua sorang ada zaman childhood yang tinggalkan impak besar dalam life.bukan gua sorang yang banyak hadapi kehilangan dari kecik sampai besar.bukan gua sorang yang ada zaman teenager haru-biru selalu disalah erti dan ditikam dari belakang,bukan gua sorang yang pernah jadi mangsa keadaan dipandang serong dan dikeji.bukan gua sorang yang pernah kena fitnah macam-macam sampai mak menangis-nangis malu dengan anak yang tak berguna.bukan gua sorang kena blacklist kena tendang dari u.bukan gua sorang yang pernah gagal kena mula dari awal balik banyak kali.bukan gua sorang yang belajar sampai umur 26 tak habis-habis asyik sangkut dengan masalah macam-macam.bukan gua sorang yang baru jatuh golek-golek tengah usaha nak bangun tiba-tiba ayah sakti tenat dengan kanser.bukan gua sorang yang pernah hari-hari bermalam kat spital jaga ayah yang makin kronik dari hari ke hari.bukan gua sorang yang tengok ayah mati yang dah takde ayah.bukan gua sorang jugak tengah seronok hari raya tiba-tiba mak sakit.bukan gua sorang jugak yang hari-hari bermalam kat spital jaga mak yang makin kronik dari hari ke hari.bukan gua sorang yang tengok mak mati yang dah takde mak.bukan gua sorang anak yatim-piatu dalam dunia nih.bukan gua sorang jugak yang pernah putus cinta kekasih yang bersama berbelas tahun akhirnya kawin dengan pompuan lain dan bukan gua sorang jugak yang entah berapa puluh kali asyik kenal orang yang akhirnya menyakitkan diri gua.so,bukan gua sorang dalam dunia nih ada life yang mencabar jadi gua tak patut nak merintih pon.gua bukan nak cakap malangnya hidup gua bla bla cuma gua bukan sempurna.memang tak teruk pon apa yang gua hadapi tapi still,ia masih memberi kesan ke atas gua.kuat ke tabah ke apa ke,masih takde kuasa sakti boleh terus sembuh serta-merta sihat-walafiat lepas cedera.
gua mintak maaf sangat-sangat kalo gua dah menghampakan orang yang nak tengok gua gembira.gua struggle,cuba sedaya-upaya untuk ceria dan maintain dalam mood yang baik.gua elak dari masalah dan benda-benda yang boleh merosakkan ketenangan tapi kadang-kadang tak mampu tepis bila masalah nak datang.memang nasib di tangan sendiri tapi bukan gua yang tulis qadak qadar gua.gua cuba elak dari benda buruk tapi kalo dah benda buruk tuh nak berlaku jugak,apa yang boleh gua buat?kita dirve elok-elok hati-hati di jalanraya tapi kalo orang lain datang langgar kita,kemalangan jugak.gua bukannya ada hobi suka kena luka kena tipu.gua kawan baik-baik harapkan semuanya akan ok,cuba jaga elok-elok tapi kalo dah orang nak sakitkan gua jugak,apa gua boleh buat?usaha gua setakat yang boleh gua kawal.gua tak mampu kawal niat dan hati orang lain.untuk memudahkan cerita,gua harapkan yang baik-baik tapi tak semua jadi kenyataan dan gua macam manusia lain,takkan nak terlompat-lompat gembira pulak kalo berlaku benda buruk.walaumacammana sekali pon,terasa jugak sikit-sebanyak.
memang takde guna terus layan perasaan negatif.jadi gua ikhtiar jauhkan unsur-unsur negatif dan banyakkan unsur-unsur positif dalam life gua.tapi macam tuh la.turun-naik,pusing-pusing.kadang-kadang ok,kadang-kadang tak.kalo ok tuh alhamdulillah la tapi kalo tak ok pon,bukan gua yang mintak.gua hargai orang yang ambik-berat tentang gua dan terimakasih sangat-sangat sebab nakkan kebahagiaan untuk gua.i'll do my best ok untuk jadi positif dan hepi tapi gua tak janji.kalo gua mampu,gua buat.kalo tak mampu,nak buat camane.hati tuh kan bodoh.bukannya reti bahasa.kalo gua suruh dia hepi tapi dia tak nak hepi jugak,takkan gua nak belasah nak paksa.gua try pujuk elok-elok hati yang degil nak mampos nih dan gua akan buat yang terbaik la erk,ok?to u my dear knight rocker,thanx a lot jadi teman yang ceriakan hari gua..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan simpati yang mahu dihulurkan..tapi aku terasa dengan komen kau..esp tatkala aku tengah down..
thanks for the entry..

broken_nigina berkata...

terasa?
dalam bentuk positif atau negatif?

Tanpa Nama berkata...

kedua2nya..
meskipun sedikit cuma..

broken_nigina berkata...

mungkin kadang-kadang satu kebetulan manusia memikirkan perkara yang seakan sama pada waktu yang sama,tapi dari sudut yang bertentangan..

kaisu berkata...

huh..
biaserla tue..
kata2 yg memakan diri..

broken_nigina berkata...

:)