entah sejak bila gua perasan yang gua banyak habiskan masa dengan orang-orang yang lebih muda dari gua.mungkin semua nih bermula setahun-dua lepas yang sampai sekarang sedar tak sedar rupanya hampir kesemua kenalan yang gua ada buat masa nih adalah mereka yang lebih muda dari gua.bila difikir-fikirkan,sungguh rupanya.sejak setahun dua kebelakangan nih,berapa kerat je manusia yang gua jumpa adalah sebaya atau lebih tua dari gua?
it seems like manusia yang gua nampak makin lama makin lama makin muda dari masa ke semasa.daripada yang setakat muda berbanding gua ikut kiraan bulan sampai la yang muda bertahun-tahun daripada gua.wah..diorang bertambah muda dari masa ke semasa.atau mungkin itu petanda gua yang dah semakin tua untuk tengok lepas satu-satu kemunculan mereka yang lebih muda mengikut arus zaman.haha..cakap macam warga sebelom merdeka pulak.tapi itu la.bukan diorang yang semakin muda tapi gua yang semakin tua.kadang-kadang sendiri terlupa sebelom nih gua sendiri pon pernah sebaya dengan diorang yang gua anggap muda bagi gua hari nih.dunia berputar dan bersilih-ganti,kan?lumrah la dunia akan dikuasai oleh muka-muka baru yang lebih muda dan fresh dari masa ke semasa.tak perlu formula rumit untuk merumuskan yang lagi lama kita berada di tempat sama kita berada masa kita masih muda,lagi susah untuk kita jumpa mereka yang sebaya atau lebih tua dari kita.secara logiknya kita akan jumpa lebih ramai mereka yang lagi muda kalo kita asyik dengan benda yang sama dari dulu.
tapi sebenarnya,gua sendiri dah tak kisah macam nih.rasanya gua dah jadi lali dengan mereka yang lebih muda daripada gua sampai gua dah tak perasan soal umur masing-masing.entah la..gua tak lagi nampak soal lebih muda atau lebih tua.gua nampak semua manusia sama..sebaya dan setaraf tak kira umur,pangkat,status,kelulusan..yang ada cuma manusia matang atau kebudak-budakan,bijak atau bodoh..entah la..gua pandang semua manusia dengan penilaian yang sama..dah tak menganggap diri gua sebagai 'kakak' dan mereka yang lebih muda sebagai 'adik'.rasa macam itu dah tak sesuai nak diguna pakai.apa 'abang' 'kakak' 'adik'?takde maknanya.dah tua bangka sekalipon masih boleh jadi 'adik' kepada orang yang lebih muda kalau akal tak matang,dan sebaliknya.
kadang-kadang terfikir jugak adakah gua yang tak sedar diri bila meletakkan diri sama muda dengan orang yang lagi muda dari gua sedangkan gua sepatutnya menjadi 'kakak' kepada diorang?haih..tapi entah la,rasa macam itu dah tak penting dah sekarang nih.as long as masing-masing hormat diri masing-masing dah memadai.soal hormat tuh bukan kira umur ke apa lagipon,ia apply untuk semua orang secara terbuka.dah tak penting sangat soal umur sebenarnya.itu la..mungkin dengan peredaran masa,akhirnya kita mampu melihat sesuatu beyond yang kita nampak pada umum.penilaian dan pandangan kita dah tak terikat pada permukaan.dah lebih terbuka?entah..mungkin ya mungkin tidak..gua layan sama semua orang tanpa dipengaruhi faktor umur.yang membezakan cuma sejauh mana rapat hubungan yang ada dan setakat mana gua menyenangi diorang.hanya berlandaskan itu.
yang sebenarnya,tak boleh nafi memang umur memainkan peranan penting membentuk mentaliti seseorang.bukan umur secara tepatnya tapi masa yang mewakili pengalaman.semua orang tahu pengalaman adalah guru yang mematangkan seseorang jadi secara logiknya lebih lama manusia hidup,lebih banyak pengalaman yang diorang ada dan itu pada teorinya harus lebih mematangkan diorang.memang tak boleh nafi,tapi tak boleh tolak jugak yang pengalaman seseorang bukan semestinya tertakluk kepada masa semata-mata.ada waktunya,pengalaman datang pada kita dalam masa yang singkat tapi membawa impak amat besar melebihi pengalaman yang mungkin dikutip oleh orang lain untuk seumur hidup diorang.jadi kat situ yang mewajarkan belom tentu lagi lama kita hidup lagi banyak pengalaman yang kita ada berbanding mereka yang lagi muda.hanya kerana kita makan garam lebih dulu,belom tentu orang yang makan garam kemudian makan lebih sedikit garam berbanding kita.sebenarnya semua adalah subjektif.memang ada orang yang umur masih muda dan akal diorang memang masih mentah pon.dan ada jugak orang yang umur masih muda tapi akal diorang lebih matang.sama jugak la dengan orang yang lebih dewasa..semua bergantung atas individu tuh sendiri.ia terserah pada cara kita belajar daripada kehidupan dan menggunakan apa yang kita pelajari untuk mendewasakan minda kita..memang bergantung pada diri masing-masing.kalo kita memang nak belajar,setiap benda yang ada di sekeliling kita boleh jadi berguna untuk mengajar kita sesuatu dan kalo kita memang tak nak belajar,pape pon jadi tak berguna dan tak membawa sebarang perbezaan.
samaada gua pandang rendah atau tinggi pada seseorang,takde kaitan langsung dengan umur.sape kata kita takleh belajar daripada orang yang lebih muda?kadang-kadang baby yang tak tau pape pon boleh tunjuk kita something yang kita tak realize sebab konon-konon dah terlalu matang.sebenar-benarnya,itu la.mudah sangat nak jatuh dalam perangkap ego sendiri.bila terlalu bijak sangat pon boleh buat kita jadi bodoh jugak sebab kecenderungan kita untuk pandang remeh pada perkara-perkara yang mudah.kita jadi lupa yang buku intelektual terhebat asalnya tetap dari a,b,c..secanggih-canggih bangunan konkrit biar sampai mencecah langit ketujuh sekalipon tetap asalnya dari sebijik bata.kadang-kadang taksub sangat pandang puncak kita lupa dasar yang mengukuhkan segala-galanya..kesimpulannya,keegoan boleh buat kita jadi sombong dan lupa diri yang akhirnya bawak kita kembali kepada kebodohan.terlalu bijak memahami benda-benda yang rumit sampai lupa benda mudah yang sepatutnya budak terencat akal pon boleh paham.bijak mana sangat kalau akhirnya kebijaksanaan tuh jerat diri sendiri balik?terlalu matang konon sampai rasa diri hebat sangat lalu tutup minda daripada menerima apa-apa dari orang yang tak sematang dan sehebat kita..akhirnya kita jugak yang tak matang langsung dan berfikiran sempit.sepatutnya kita hargai semua peluang untuk belajar sesuatu tak kira peluang datang dari siapa atau dalam bentuk apa sekalipon.bila ego dan lagak sendiri jadi halangan untuk kita berkembang,sebijak dan sematang mana pon kita akhirnya tetap bodoh dan kebudak-budakan..
cakap macam nih tak bermakna gua nak mengaku diri gua bagus dan open minded habis..manusia kalo dah namanya manusia nak lari mana sangat ego tuh?biasa la..dalam pada bercakap pasal sikap orang lain bila-bila masa jugak gua sendiri boleh buat benda yang sama.kita nampak silap orang,kita tak nampak silap sendiri.mungkin sebenarnya memang hidup nih takleh ditentukan oleh satu-satu hukum yang tetap.hukum perlu fleksibel seperti mana kita perlu fleksibel menangani setiap hal yang berbeza-beza.apa point gua sebenarnya nih?haih..umur bukan faktor yang menentukan pape tapii kengkadang ada jugak hal yang memang kena bergantung pada umur.gua ikut situasi la sebenarnya.takleh nak mengaku gua macam nih macam tuh sebab itu bergantung kepada situasi.ikut situasi nih gua macam nih,ikut situasi tuh gua macam tuh.tapi secara generalnya gua lebih memandang semua manusia secara sama rata.pandangan umum secara terbuka yang selaras.penilaian cuma berbeza bila ia adalah peribadi.ya la kalo dah nak pilih sesuatu untuk tujuan peribadi of coz la semua orang ada selera masing-masing.dah tentu-tentu la kita pilih dan nilai ikut minat kita.
pokok-pangkalnya gua sekadar berusaha untuk jadi lebih baik dan bijak daripada yang sedia ada..cuba tak tutup minda untuk belajar dari masa ke semasa tanpa mengira dengan apa dan siapa.haih..bercakap pasal umur dan kematangan nih kengkadang buat gua agak ralat.life lebih mudah rasanya bila kita tak perlu pikir banyak sangat dan ikut je apa kata hati.memang bosan dan hampeh bila banyak sangat faktor yang perlu diambik-kira unuk buat sesuatu perkara.itu la ini la..akhirnya semua benda jadi complicated.memang hampeh la pendek kata.detik kita sedar masa depan memang bergantung pada saat sekarang ini bila kita perlu buat pilihan dan keputusan..nope,bukan sedar,tapi mengakui sebenarnya,kita perlu berpandangan jauh untuk kebaikan masa depan walaupon belom tentu kita akan hidup di masa depan.gua cukup benci bila kena akur dengan hakikat tuh.ada masanya logik dan wajar perlu datang dulu daripada kehendak dan perasaan.pengorbanan la segala beruk makyeh yang perlu ditangani dalam dunia dewasa.itu sungguh tak cool bagi gua yang dikendalikan oleh kehendak dan perasaan berbanding logik dan wajar.tapi apa nak buat ya?sampai masa dan ketika terpaksa jadi matang konon-konon untuk letak fullstop pada sesuatu sebelom benda tuh memakan diri dan orang lain.penat tau tak nak kena kosongkan perasaan supaya boleh jadi tegas dan keras.dah susah-susah cairkan emosi kena bagi beku balik..haih..apa nak kata?when we have to,we have to..it sucks!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan