Selasa, Mei 06, 2008

Nafaskan Benar

duduk di satu kedudukan dalam hidup,melihat ke belakang dan meninjau hadapan,menilai diri..sememangnya masa merubah segala-galanya,tapi di sebalik itu sebenarnya gua sikit pon tak pernah berubah.macammana gua satu masa dulu,macam tuh jugak gua sekarang.ya,gua memang sangat susah untuk berubah sekalipon gua sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan yang bersilih-datang.sekali lagi gua nak cakap,gua tak pernah berubah tapi gua menyesuaikan diri dengan perubahan yang bersilih-datang.
tak tau ke?tak penting gua masih orang yang sama atau tak,sebab diri gua cuma secebis dari dunia dan ekosistem kehidupan yang besar.bila sekeliling berubah,gua takde pilihan selain mengikut arus perubahan.gua tak pernah dicipta untuk melupakan tapi gua perlu hidup dalam kenyataan.hari ini,saat ini,detik secara langsung ini.
gua bukan orang yang suka menyimpan tanda-tanda kenangan.kalau ada sekalipon,dengan kejam gua hapuskan awal-awal.gua anggap semua tuh adalah halangan yang memberatkan langkah gua.tapi hanya kerana gua hapuskan bukti zahir,tak bermakna semua tuh terhapus dari hati gua.cuma,gua perlu hidup dalam kenyataan dan gua hanya pandai hidup dalam kenyataan.gua tak tau guna magik nak mewujudkan sesuatu yang tak wujud.gua tak pandai berdiri bila takde tempat nak pijak untuk berdiri.camane nak buat?bila ruang takde,akal logik gua hanya memberitahu gua untuk pergi.bila bertemu jalan mati,kewarasan gua hanya memberitahu gua supaya undur dan ambik jalan lain.ada masanya gua terpaksa mengambil tindakan kejam,kerana tindakan itu yang paling sesuai berlandaskan keadaan.sampai masa,hanya rasional yang akan mengambil alih.
cara gua jalani kehidupan gua ni.berakhir satu-satu tempoh tertentu,maka berakhir juga segala watak yang muncul sepanjang tempoh itu.gua tak berminat untuk menyambung watak bawa ke episod lain dalam hidup gua.bila habis,habis di situ.tak perlu sebarang kesinambungan.tapi ini kadang-kadang bukan sepenuhnya atas kehendak dan kerelaan gua.mungkin gua mahu sesetengah watak yang muncul untuk kekal,tapi andai masa menentukan mereka tak lagi relevan dan harus berlalu,apa lagi pilihan gua selain menerima hakikat?gua tak cakap ia mudah.gua tak cakap gua tak rasa apa-apa,malah setiapkali gua melepaskan sesuatu yang pernah wujud di tangan gua gua sebenarnya rasa sakit.tapi apa lagi pilihan yang gua ada?kalau sakit itu sering berlaku,maka langkah gua adalah membiasakan diri menahan kesakitan supaya gua boleh terus survive.
sekarang ni dalam hidup,apa yang gua mahu hanya untuk bebas.bebas dari semua memori yang banyak memakan semangat gua.bebas dari semua benda-benda terbengkalai yang mengganggu langkah gua.bebas dari semua unsur yang hanya menyekat gua dari maju ke depan.bebas dari semua illusi dan fantasi yang mengelabui mata gua dari melihat kenyataan.gua hanya mahu bebas dari semua perkara yang takkan bawak sebarang kebaikan untuk gua..jadi kalo apa-apa hanya mendatangkan keburukan ke atas gua,gua harap ianya akan hilang walaupon itu bermakna gua terpaksa tahan sakit lagi..gua perlu angin perubahan..gua perlu pembaharuan..kekal hanya bila ia mampu membawa perubahan dan pembaharuan untuk diri gua..

Tiada ulasan: