tak banyak yang perlu gua cakapkan lagi.antara dua,maruah dan perasaan.kalo perasaan takleh dijadikan sandaran maka gua terpaksa pilih maruah.setidak-tidaknya maruah tuh boleh melindungi diri gua.yang tinggal pon cuma itu untuk diharapkan.
tak banyak sangat pon yang boleh gua cakapkan sebenarnya.lagi sekali ini hidup.sekadar sedar hidup nih penuh dengan kebodohan dan perkara sia-sia yang hanya membuang masa.apa sangat yang ada untuk dilakukan?seperti biasa,buang segala kebodohan dan perkara sia-sia untuk terus jalan ke depan.gua tak perlu mengenang sesiapa dan gua tak perlu sesiapa untuk mengenang gua.gua tak perlu untuk berada dalam ingatan dan hati sesiapa.gua dah tak kisah tentang semua tuh.ada makna atau takde makna,itu bukan urusan gua.ada harga atau takde harga,itu juga bukan urusan gua.gua tetap diri gua dan selamanya akan jadi gua.apa saja nak berlaku boleh berlaku dan gua masih akan jadi diri gua.takde apa yang pernah berubah dan takde apa jugak yang akan berubah.semuanya hanya sebahagian dari permainan manusia dan kehidupan yang tak membawa kesan dan tak menjejaskan pape.takde rasa dan takde emosi untuk semua itu.hanya kosong tanpa sebarang erti.
apa yang gua cari?kebenaran dan hanya kebenaran..mengejar hakiki,mengejar pasti.walau payah dan perit,takde lagi pelarian dan berpatah balik.tak pandang belakang.apa lagi yang ada di belakang untuk gua?yang hancur dan berkecai itu tetap dah bersemadi dan sejarah akan merakam kemusnahannya untuk selama-lamanya.sejarah takkan berubah.walau cuba untuk menebus dan membayar,takde apa yang mampu merubah sejarah.buat dosa,dosa itu sendiri akan memburu dan menghukum diri lu suatu hari nanti.apa yang lu buat hari ini,jangan lupa,tuhan janjikan balasan.sebenarnya gua tak sebaik itu untuk memberi kemaafan..tapi,biar..andai gua benar,suatu hari nanti dia akan merasa hukuman yang setimpal."bukan pilihan hati,tapi terperangkap dengan diri sendiri"..gua tak perlu buat apa-apa kerana tuhan adalah hakim yang maha adil..hanya senyum..
sisihkan semua sampah-sarap yang menyemak..proses pembersihan..ah..hidup ini,sebenarnya hanya untuk yang benar dan hakiki.apa yang tak benar dan tak hakiki akan beransur hilang juga di akhirnya.itu janji..gua percaya dan masih percaya..yang kukuh menanti di hujung setelah diduga dan diuji dengan segala macam cabaran,itulah yang gua cari..hanya itu untuk gua..dan andai di hujung nanti ternyata tiada,maka gua rela..mahu kerana mahu,bukan kerana perlu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan