Selasa, April 15, 2008

Tak Serupa Tapi Sama

setiap manusia akan bawak imej yang tersendiri yang ditafsir oleh mereka di sekeliling..first impression yang diterima oleh mereka yang memandang tapi tak kisah la first ke second ke third ke..dan gua sendiri,selalunya ditafsir dengan cara-cara tertentu..imej yang gua bawak,yang orang tafsir,"sombong,susah didekati,malas layan orang,serius gila-gila serius," dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya..dipendekkan cerita,orang selalunya segan dengan gua dan tak berani nak approach gua lebih kurang ataupon tak approachable la kesimpulannya..
kadang-kadang,gua rasa kelakar jugak sebenarnya..masa sekolah dulu,orang nak gelakkan gua pon segan..pernah gua tergelincir,terjatuh dengan penuh poyo kat depan sekolah,tapi budak-budak semua kontrol serius buat-buat tak nampak..gua suka jugak kalo nak diikutkan..orang label gua sebagai "budak tak peduli orang" yang buat ramai tak berani dekat dengan gua.imej yang diletak pada gua tuh buat gua rasa lebih selamat kerana gua seperti 'terlindung' dari gangguan-gangguan yang tak diperlukan..imej cold umpama perisai la kiranya..
nak kata gua sengaja bertopengkan imej cold,tak jugak..tapi ada sesetengah orang yang dah kenal gua lebih dekat cakap kerekter yang gua tunjukkan luaran umpama tabir yang menyembunyikan sikap gua yang sebenar..bukan menyembunyikan dalam ertikata berlakon atau berpura-pura..cara gua yang gua tunjukkan pada zahir tetap adalah diri gua tapi gua rasa normal la bagi ramai orang untuk tak pamerkan sepenuhnya true colour mereka kepada orang yang tak dikenali.cuma gua lebih sikit je la,gua memang susah nak bergaul dengan orang yang tak dikenali malah mengelak untuk didekati dan mendekati..ini real life la,tak termasuk dunia maya..entah la nak cakap..mungkin fitrah manusia nak berkenalan,menambah kawan,meluaskan pergaulan,bla bla bla,tapi dengan setulus hati semua tuh tak menarik minat gua..sebalik menambah,gua rasa gua lebih banyak membuang yang sedia ada..entah..ada banyak-banyak pon nak buat apa?kalo duit boleh jugak buat beli barang.
sebenar-benarnya,honestly,kadang-kadang gua terpikir jugak untuk kikis sikit imej cold yang tergambar pada diri gua nih..ya la,supaya lebih approachable kepada orang lain.bila kita dalam situasi yang memerlukan kita berurusan dengan ramai orang,menjadi tak approachable adalah satu disadvantage..mungkin perlu tonjolkan imej yang lebih ceria dan peramah..tak perlu tengok jauh la,pakaian yang serba hitam dari atas ke bawah dah cukup untuk orang pikirkan kesugulan bila nampak gua..masa praktikal dulu,gua dah bertolak-ansur dari segi tuh..kurangkan pemakaian warna hitam,banyakkan warna lain..habis almari diselongkar cari baju-baju berwarna yang selama nih lebih banyak terperuk tak terusik dalam tuh.haih..tapi itu la..masa awal-awal je gua buat-buat peduli,buat-buat baik,lama-kelamaan gua gasak jugak pakai serba hitam balik.bukan itu je,masuk opis pon suka hati nenek moyang pakai jadual sendiri..tengahari baru nampak muka gua..kesimpulannya,cuba la tukar macammana sekalipon,akhirnya gua akan balik jadi diri gua yang asal jugak sebab itu adalah yang paling selesa dan terbaik bagi diri gua.
ini..soal penampilan dan imej..tak terpikir ke,apasal la kita nak susah-payah nak jadi terbaik untuk buat orang senang dan nak dekati kita?kalo dah memang semulajadi mesra,ceria,peramah,mudah disukai,ok la..tapi bagi mereka yang dilahirkan pendiam,tak mesra,tak peramah,kenapa la nak expect mereka berubah baru nak terima mereka?pasal first impression..bukan tak tau,first impression tuh kebiasaannya adalah illusi..kita selalu tertipu dan menipu dengan first impression dan kita semua dah tau,tapi yang itu jugak yang kita nak guna pakai..
kenapa ya,kita semua suka benda yang kita dah tau memang bohong?sebab itu lebih baik dari tak tau langsung sesuatu tu benar atau bohong?kita suka nak tengok apa yang kita suka nak tengok,kadang-kadang menolak ke tepi samaada yang kita tengok tuh telus atau tak telus.its like,kita puas hati asalkan kita dapat apa yang kita jangkakan dan ia tak penting samaada itu benar atau bohong..macam akademi fantasia..ia cuma soal memenuhkan fantasi dan kehendak peminat poyo,dan tak lebih dari itu..mungkin kesimpulannya,kita semua tak boleh tidak memang idealistik,sukakan fantasi,suka dilambung dengan angan-angan,suka untuk melihat yang elok-elok dan yang sempurna semata-mata..kalo sesuatu tak menepati jangkaan yang kita letakkan,maka kita anggap ia tak elok.sebenarnya cakap la berkebuk macam bagus,sudahnya balik jugak pada hakikat yang kita manusia memang suka melihat pada permukaan.tak kisah la yang konservatif ke yang liberal,yang memang judgemental atau yang cuba tak judgemental,dah namanya manusia,memang akan judgemental jugak.kita memang dah dilahirkan untuk melihat dan menilai,menghakimi apa yang ada di sekeliling,nak lari kot mana?kadang-kadang berlagak je lebih..cakap orang suka pandang rendah pada orang lain,tapi dalam pada kita cakap tentang orang yang pandang rendah pada orang lain,kita juga tengah pandang rendah pada orang yang pandang rendah pada orang lain tuh..sebenar-benarnya,itu la..sama je semua..penyakit perasan lebih bagus dari orang lain adalah penyakit semulajadi manusia.ia global,universal,tak mengira kaum,bangsa,agama,fahaman politik atau prinsip hidup.
dalam pada gua menulis,akhirnya gua tersedar sendiri..rupanya makin lama,makin manusia cuba nak menyerupai tuhan.mereka cuba mencabar kemampuan mereka dan keluar dari segala kelemahan yang sememangnya satu fitrah bagi mereka.lebih mereka kenal diri,lebih mereka rasa mereka superior,berkuasa..rupa-rupanya,macam tuh.sebenarnya memang normal manusia menjadi judgmental dan memandang luaran kerana mereka dicipta macam tuh.mereka bukan tuhan dan mereka tak mampu untuk melihat dalaman.itu semua kerja tuhan,maha pencipta yang lebih tahu segala-gala yang tersurat dan tersirat pada diri makhluk ciptaan DIA.tapi kita cuba mencabar kuasa itu,kita mahu jadi tuhan.mahu jadi tuhan dalam ertikata nak berlagak sempurna,menafikan penilaian kita yang sangat terbatas dan mahu rasa kita lebih baik dari orang lain,lebih adil dan lebih tepat,lebih menyeluruh dan lebih tahu,lebih bijak,lebih terbuka dan mendalam,dan lebih segala-galanya,yang buat kita anggap diri tak judgemental dan neutral.kita cuba lari dari fitrah kejadian sendiri.pelarian itu buat kita rasa kita sungguh hebat,banyak yang boleh kita capai yang lama-kelamaan buat kita rasa undang-undang kehidupan dah tak perlu untuk kita.lebih jauh kita pergi meninggalkan batas kemampuan manusia biasa,lambat-laun kita akan sampai ke tahap lagi tinggi bila kita rasa undang-undang tuhan dan agama juga dah tak lagi perlu untuk kita.akan ada satu rasa,itu semua hanya untuk mereka yang lemah yang perlukan panduan untuk hidup sedangkan kita mampu membuat penilaian dan pilihan kita sendiri tanpa semua itu.oh..patut la ramai yang lupa daratan dan jadi sombong,rasa mereka dah tak perlu agama dan tuhan..tiba-tiba gua tergelak sendiri..rupa-rupanya,mereka-mereka tuh kelakar.haha..macam budak-budak yang outer uniform sekolah sebab rasa uniform yang ada tak sesuai dengan mereka.uniform sekolah untuk budak-budak yang skema dan bodoh alang je,membuta-tuli ikut peraturan sekolah yang ditetapkan..yaa..kelakar rupanya..padahal,dah budak sekolah tuh,budak sekolah la jugak.hebat dan bijak mana pon,di mata cikgu-cikgu,mereka tetap jugak budak sekolah..gelak lagi..baru gua boleh nampak benda nih dari sudut lawak..betol la,kehidupan dan manusia nih adalah satu komedi yang menghiburkan..
heh..ok la..dah malas nak membebel lagi..lepas nih tak perlu serius-serius bereaksi dengan semua tuh sebab sebenarnya,ia sesuatu yang kelakar bila dihayati..hanya untuk digelakkan sebenarnya..betol,kehidupan dan manusia memang benda yang kelakar..

Tiada ulasan: