rasa janggal menaip post di cc dengan skrin pc besar gedabak..sebenarnya tujuan gua datang kat cc adalah untuk buat esaimen,yang perlu dihantar kira-kira 3 jam lagi.ya,memang gua seorang pelajar yang cemerlang..tahniah untuk gua.
kadar ketepuan otak gua nih semakin kronik.semakin kronik atau kembali kronik sebenarnya?ah,tak kisah la.yang penting keadaannya membimbangkan.otak semakin tak telan tak digest binatang-binatang yang diajar di dalam kelas.kalo dah tak telan logik la camane nak digest..gua rasa gua mengembara sekeliling alam semesta dan sempat ulang 2-3 round sepanjang lecturer membebel..gua mengelamun,main sms..ntahapehape..rasa macam dah balik ke zaman sekolah dulu..zaman-zaman gua haram tak peduli walau sebesar zarah pon apa yang cikgu ajar kat depan dan lebih asyik melayan dunia gua sendiri..sebab tuh orang cakap gua hidup dalam dunia gua sendiri..tapi gua bukan nak jadi kurang hajar ke apa..dah memang otak gua takleh nak terima dan tak minat untuk menerima,atau yang belakang tuh datang dulu..semakin lama terasa semakin 'remaja' kembali atau sebenarnya semakin tua kerana gua dah tua masa gua masih remaja.
tadi dalam kelas gua rasa perasaan yang agak nostalgik.bukan nostalgik apa,cuma macam kembali ke zaman sekolah la.blur dari mula sampai habis,tepu tahap tepu setepu-tepunya.satunya dah memang spisis gua nih susah nak menumpukan perhatian pada pape.memang susah fokus.kepala gua sentiasa wandering merayau ntah mana-mana.kalo tengok cikgu/lecturer menulis kat white board atau papan hitam zaman sekolah dulu,mungkin dalam 5 minit terawal je gua kosentret pada tulisan,selebihnya gua akan tengok rambut lecturer,bentuk telinga dia,warna baju dia,bilang orang lalu-lalang kat luar kelas,bayangkan lauk nak makan balik nanti dll yang pastinya takde kaitan dengan pelajaran yang tengah diajar..itu baru pada taraf normal,bayangkan kalo benda yang gua memang tak minat langsung nak belajar macam math..pernah tahap ekstrim sampai gua mengharapkan cikgu gua mati supaya gua tak payah belajar.memang gua jahat.gua sedar.
bila pikir-pikir,memang logik la gua cuak dan ralat sekarang nih.ya la..gua dah buat final projek sem akhir,dah pergi praktikal,dah siap thesis kurun lepas,tapi kena datang kelas study lagi dengan budak-budak kecik tuh semua.tak patut ke gua bengang dan fed up?makanan semua dah siap terhidang lazat memikat kalbu tapi baru nak siap tiba-tiba kena basuh baju kat sungai 4 bakul besar.orang cakap dah final step dah.tinggal nak makan je lagi.gua patut dah konvo dah,bangang!tapi gara-gara sistem tolol pihak management dan si dekan (konon-kononnya) baru pompuan yang banyak songeh bodoh tuh gua kena masuk balik kolej kena ambik elektif.tak logik ke gua bengang?gua dah ambik semua complete tunggang-langgang belajar pegi kelas buat segala esaimen segala projek habis masa habis duit habis tenaga tapi last-last cakap oh elektif nih tak menepati silibus kursus.memang lu deserve ucapan manis 'BABI' pon.itu yang zaman bila punya.masa gua ambik takde cakap pape,takde masalah pape,tapi later 2 taun kemudian bila gua sepatutnya mengkonvokan diri,tiba-tiba cakap subjek tuh tak diterima.memang bengong la.mintak kautim takleh.itu la kalo berurusan ngan pompuan nih.memang cerewet,banyak songeh.takde timbang rasa langsung.walaupon gua pompuan,tapi gua tetap benci berurusan dengan pompuan.banyak hal.skema nak mampos.ikut je buku sebijik-sedibik takleh nak ejas nak ubah.tak fleksibel.gua nih dah la dah tua..takleh dah nak tolak-ansur.kalo nak ikut gua tak salah pape pon.masa gua ambik memang takde undang-undang cakap student takleh ambik subjek under kos lain sebagai elektif.memang patut gua bengang pon.
gua tau gua memang kuat komplain..tapi sebagai pembelaan,gua tak komplain tak bersebab.gua komplain benda yang memang patut dikomplain.dah la kolej tiba-tiba tutup,operasi tergendala,tertangguh lagi berbulan.nasib baik bukak balik tukar kampus baru..kalo tak?haih..ntah la..nak tak nak kena jugak akur.kalo tak sampai sudah gua takkan graduate.itu la orang-orang yang 'berkuasa' nih.tak pertimbangkan langsung keadaan orang yang kat bawah.mentang-mentang la kuasa kat tangan diorang.sesedap rasa je orang dah penat-penat dah separuh nyawa,boleh cakap oh sori.peraturan baru..sungguh lembu kanada!
saje nak melepas geram je sebenarnya.nak membebel kat management tak boleh.membebel la kat en.blog nih.sabar memang sabar.kalo gua tak sabar,takdenya lagi gua ada kat sini.bukan gua nak memberontak tak redha bla bla.tapi benda nih memang mempengaruhi psikologi.dah memang sedia ada malas dan tak minat study,lagi la jadi makin malas dan hilang minat..gua rasa gua dah cecah limit gua.kalo dulu masih boleh paksa-paksa,boleh tahan telan tapi sekarang gua memang dah takleh nak pergi dah..kalo cinta nih dah tahap boipren ada kat shah alam gua kat sentul dah rasa nak muntah..camane nak teruskan lagi..gua betol-betol memaksa diri memecah limit sekarang nih.bila-bila masa boleh meletup dan meledak..tapi gua harap nak meletup nak meledak pon,tunggu la lagi sebulan lebih..sket je lagi..maaf la kat otak dan jiwa,terpaksa buat lu orang menderita untuk dapatkan apa yang gua nak.gua memang selfish..gua tahu..
otak ngan jiwa gua dok meraung dok menggelupur sekarang nih mintak belas dari gua tapi gua terpaksa buat bodoh..segala benda alah gajah rimau gua campak gua humban kat diorang suruh pikul.kesian,tapi nak buat camane.gua sendiri pon takde choice selain menyeksa diri gua sendiri.banyak benda dari hal yang dulu itu,dari kematian mak gua,dari segala sampah-sarap hantu jembalang yang mengaco diri gua duduk terkumpul terlonggok dalam kepala otak gua.camane la tak rebeh otak gua pikul berat semua tuh.paling tidak ada blog nih boleh jugak gua lepaskan sikit segala semak-samun dalam otak gua jadi kalo sesapa yang membaca rasa tertanya-tanya napa isi blog gua banyak mandom,sendiri mahu pikir la.gua tau semua orang ada masalah masing-masing tapi itu urusan lu orang la camane nak handle stress lu orang masing-masing.gua tak bukak blog untuk bersuka-ria berkongsi kebahagiaan hidup gua dengan masyarakat,tapi cuma sebagai medan gua lepas perasaan.kat luar tuh dah penuh makhluk yang pantang dengan manusia negatif.takleh merungut takleh komplain,nanti tak bersyukur,tak beriman.mungkin niat lu orang baik nak memotivasi dan memberi semangat tapi maaf la,gua menyampah.daripada bercakap ngan manusia 'sempurna' tuh,lagi baik gua bercakap dengan blog..gua bercakap untuk orang dengar,bukan untuk menjawab balik dan membangkang.babi.sepatutnya listening skilll diajar di sekolah-sekolah baru makhluk-makhluk nih tau apa yang dimaksudkan mendengar.reti beza antara orang nak lepas geram dengan orang yang nak mintak tazkirah.kesimpulannya,kalo dah berdosa sangat merungut kat luar,gua merungut dalam blog,sendirian berhad ikut sedap selera gua sendiri..
haih..nak buat esaimen lagi sekali tersekat.otak tepu weh!camane nak robohkan sekatan minda nih..mungkin sekatan tuh terbina sendiri sebab dibendung oleh banyak sampah yang menyumbat kepala otak.emosi gua pon mengalami sekatan.ntahapehape.satu malam gua haru-biru macam nak gila takleh berpikir waras kerana sesak dengan segala perasaan yang membuak-buak serentak,paginya elok-elok ada selamba badak tenang dan kosong macam takde pape yang berlaku..apa kena ntah ngan diri gua nih..dah terlalu diajar untuk abaikan perasaan kot akhirnya jadi mudah hilang perasaan..tapi gua terpaksa belajar abaikan perasaan gua supaya gua boleh survive.cuba kalo gua ambik endah semua perasaan gua,tak mustahil gua dah lama arwah bunuh diri atau ada tepi jalan sekarang nih dengan baju compang camping seret tin bercakap sorang-sorang huha-huha.kemampuan mengabaikan perasaan adalah satu kemahiran yang kita pelajari menerusi pengalaman..cuma sekarang nih terasa perasaaan gua hilang terus bila diabaikan dan gua jadi numb..
ok..sambung siapkan esaimen..mana kereta kebal senjata nuklear semua tuh gua nak robohkan tembok sekatan minda gua nih.yearghhhh!!!!
-poyo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan