dunia ini sejuk,beku..gua lari berlindung di rumah dia..berlindung atau melindungi?saling memberi dan mencari pelindungan,mungkin..tapi dunia ini sejuk,beku,kita sama-sama tahu..gua tiada tempat tuju,dia juga bersendiri..bukan ke kami teman yang sesuai untuk saling teman-menemani?
dia alu-alukan gua,terima gua masuk ke rumah dia..rumah dia selesa,hangat dan nyaman..lalu gua suka..enak untuk gua rebahkan kepala,santai untuk gua rehatkan jiwa..seperti rumah sendiri..dia sediakan segala keperluan yang lengkap untuk gua..lagaknya seperti gua tuan puteri..tapi diam-diam timbul satu rasa,ia tetap bukan rumah sendiri..mula persoal..mula memberontak..untuk apa menumpang?sampai bila menumpang?gua patut dapat lebih.gua mahu lebih.gua mahu rumah gua sendiri.semakin terasa mahu memiliki rumah gua sendiri..atas nama gua,hak milik peribadi gua..menumpang di rumah orang lain dan berlagak seperti tinggal di rumah sendiri adalah satu kesilapan.kesilapan yang perlu dihentikan segera.
lalu diam-diam gua merangka rancangan..gua mahu keluar,gua mahu kembali ke jalanan seperti asal..gua pengembara,tempat gua di luar sana.gua tak mahu bersinggah dan menumpang di sana sini lagi,tak sehingga gua miliki rumah gua sendiri untuk gua menetap terus sampai bila-bila..gua dah bosan dengan cara lama merayau tanpa destinasi dengan sekadar singgah sekejap di sana-sini tak menentu..dan kalo gua keluar dari rumah dia,itu juga baik untuk dia.tak perlu dia susah-susah lagi nak sediakan keperluan gua kerana itu bukan tanggungjawab dia.ini untuk kebaikan bersama..fikir jauh..jangan hanya fikir untuk sehari dua..
gua tunggu dia balik..sampaikan apa yang bermain di fikiran..dan dia akur,terima dengan tenang setenang-tenangnya..tiada halangan,tiada bantahan..bukan ke itu perkara yang bagus?ini la peluang terbaik untuk gua pergi.keluar dari rumah dia,tinggalkan dia.tunggu apa lagi?langkah diatur,pintu dibuka,lalu gua hala keluar,dengan nekad dan azam..
tapi sebaik saja gua berdiri di luar,terus tubuh gua menggigil kedinginan.sejuknya kat luar ni!dunia gelap-gelita,tak boleh nak nampak apa-apa..terus gua teringatkan selimut yang dia balutkan pada tubuh gua untuk hangatkan gua.terus gua terbayangkan minuman panas yang dia bancuh dan suapkan pada gua untuk hilangkan dahaga dan buat gua selesa.serta-merta gua rasa ngeri dan takut berada di luar sorang-sorang..gua terus tak tentu arah dan menggelabah.argh,belom sempat ke mana-mana akhirnya gua dah panik cepat-cepat ketuk balik pintu rumah dia..argh,sial!gua memang pengecut dan lemah!
dia kata duduk diam-diam kali ni dan jangan buat hal lagi..tutup pintu rumah dan lupakan terus pintu tu..argh..gua takde pendirian,gua lemah,gua pengecut..gua tak sekuat dan seberani itu..gua cuma mahu selesa,mahu hangat,mahu nyaman..maafkan gua..gua takde kekuatan untuk kembali bersendiri di dunia yang sejuk dan beku kerana gua tau dunia itu akan bunuh jiwa gua lagi sekali seperti selalu..hakikatnya gua dah terlalu lama merayau tanpa arah di luar hingga gua dah lupa kat mana letak rumah gua sendiri..yang ada dalam memori gua ialah tempat asal gua dah musnah dan hancur-lebur..semuanya dari sekecil-kecil atom dah berkecai dan bersepai..
untuk seketika,gua tak mahu lagi berfikir.untuk seketika,gua tak mahu lagi membayangkan segala ketidakpastian hari esok dan segala kekaburan masa depan..untuk seketika,gua mahu tolak tanggungjawab menentukan arah tuju seterusnya kepada masa dan takdir..boleh,kan?gua pernah merancang teliti segala-galanya tentang arah tuju dari setiap saat dan detik selama berbelas tahun hanya untuk melihat betapa nasib tetap tak memihak pada gua..
hanya untuk sekali ini,bagi gua rehat seketika dari membuat sebarang keputusan yang memberatkan fikiran,boleh?gua hanya mahu nikmati kehangatan selimut dia di malam dingin gua dan mahu selesa berbaring di ruang nyaman yang dia sediakan untuk gua..jangan paksa gua untuk keliru dan serba-salah lagi dalam dilema yang takde kepastian..kalo ditanya apa yang akan berlaku untuk esok,lu sendiri tak mampu nak menjawab apa yang sahih akan berlaku esok hari..jadi gua juga tak tahu..tak tahu adalah jawapan gua..jangan hakimi tindakan gua kerana lu juga bukan sempurna.gua manusia biasa dan buat masa ini gua cuma nak tido dengan lena di rumah dia..masih keterlaluan lagi ke permintaan gua yang sekecil itu dari lu realiti setelah sekian lama gua sejuk beku sendirian di luar?bagi kelonggaran sikit pada gua,ok?untuk seketika,biar rumah dia jadi rumah gua dan biar gua sebagai teman untuk menceriakan rumah dia..yang selebihnya,tolak saja pada waktu untuk tentukan,ok?selamat malam,untuk hari ini..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan