gua cuma nak tido..ya,gua cuma berpikir untuk tido dan terus tamatkan saja perjalanan hari ni.bangun lagi,hari ni dah jadi semalam,dan semalam dah jadi sejarah.bukan ke mudah macam tu?bila rasa jemu dan tersepit,terus saja tido.bila tido,otak tak perlu berpikir banyak,jiwa tak perlu merasa banyak..penyelesaian yang cepat dan ringkas.tapi sebenarnya,bukan tido yang gua perlukan untuk waktu ni.gua perlu menulis..malam ini adalah malam yang baik untuk menulis dan gua mesti menulis..semuanya kerana diri sendiri dan demi diri sendiri.
entah la..gua berfikir malam ni..fikir dengan dalam sedalam-dalamnya,tentang segala-galanya..cukup terasa..lama gua tak buat macam ni.lama gua tak biar jiwa gua tenggelam bersama-sama diri.duduk dalam kegelapan,kesunyian dan pejam mata hati,seru nurani yang tengah lena..takde orang lain kat sini melainkan diri sendiri..padam segala bingit,hiruk pikuk kehidupan dan balik la pada diri itu..hanyut,tenggelam..dalam dan dalam,lebih dalam..
lepas nafas panjang-panjang..aahh..sesungguh-sungguhnya,apa yang gua lakukan selama waktu ni?soal balik diri sendiri..sesungguh-sungguhnya,gua tak tau..kenapa nak berkelakuan dan bercakap sesuatu yang tak dimaksudkan?kenapa nak curah jiwa pada sesuatu yang tak sejati?gua sebenarnya tak tau apa tujuan semua tu..dan makin hari terasa makin mual..gua buat apa?gua tak perlu kewujudan yang banyak di sekeliling yang bukan milik gua..gua tak perlu dan sebenar-benarnya tak mahu..untuk apa?semuanya hanya zahir,semuanya hanya luaran..yang puas cuma kemahuan dan yang terisi cuma kesunyian..tak lebih dari tuh..gua tak mahu semua tu!gua tak perlu banyak dan tak nak banyak.gua cuma perlu satu dan satu itu milik gua sebenar-benarnya,zahir dan batin..gua jemu dan muak dengan semua ni..bohong..palsu..
kita nak tipu siapa sebenarnya?ruang kosong,kita penuhkan dengan segala-gala yang zahir dan cetek..jujur sejujur-jujurnya,sampai bila dan nak ke mana?hanyut la dengan keseronokan dan hiburan sejauh mana sekalipon,sudahnya di hujung hari kita tetap sedar semua tu sementara dan kita masih tak puas,tak tenang..kita masih muda,tapi jauh dalam hati kita tau kita akan tua..kita cantik,kita hebat,kita dipuji dan dikagumi,tapi kita tau itu tak menjamin apa-apa..dunia ni berputar..apa akan jadi kalo suatu hari nikmat yang diberi ditarik balik dari kita?cakap saja semegah dan sesombong mana pon,insuran apa dalam dunia nih yang boleh lindungi kita dari kuasa takdir?rupa boleh rosak,tubuh boleh cacat,bakat boleh pupus,otak boleh mereng..lari la ke dunia yang seenjoy dan selalai mana pon tanpa ada sesape yang ingat pada tuhan walau sesaat,masih tak boleh lupa kita ini akan mati dan mati boleh datang bila-bila masa,tanpa perlu bagi kata-kata aluan dan ucapan pengenalan..ketawa saja pada mereka yang menegur,pada mereka yang mengingatkan,tapi ketawa tu lama mana?betapa dunia ni berputar..selalunya kita suka buat lupa walaupon masing-masing sedar,mungkin esok-lusa apa yang kita lakukan hari ni akan menghukum kita balik esok hari..kita akan bayar..gua cuma berpikir,terpikir..andai kata gua sakit,cacat,jadi busuk,jadi buruk,masih ada ke orang yang sudi bersama gua?sape yang nak terima gua dalam keadaan yang menyedihkan macam tu?tipu la semua orang..tipu la diri sendiri..sejuta yang palsu walau megah dan indah mana pon takde harganya diukur dengan satu yang sejati..dan gua mahu itu,satu yang sejati..
gua bosan!gua jemu dengan semua tuh..gua bosan dengan segala yang bersalut,yang bersadur pada zahir..emas celop,permata kaca..semua yang tiruan dan takde nilai..kenapa mesti gua dengar kata-kata yang gua tau bukan yang sebenar?untuk apa gua buang masa dengan benda yang sementara?untuk apa semua ni?semakin takde makna dan takde motif..sedangkan hakikatnya,gua sendiri benci..benci apa yang dibuat tapi masih buat..sisihkan semua hiasan-hiasan di permukaan,jauh dalam diri gua sedar gua sebenarnya lari.berpura-pura macam gua boleh menerima..bohong..gua tak nak dipinjamkan sesuatu yang bukan kepunyaan gua..bukan diri gua..gua tak nak baju pinjam,baju tajaan..mahal macam mana sekalipon,tetap bukan milik gua yang sebenar..gua masih diri gua..gua masih mementingkan luhur dan ketulusan,dan gua tak ok dengan kata-kata buatan,gerak-geri yang disengajakan..semua tu fake..plastik..gua tak nak itu..apa yang gua buat,ya allah?bukan itu yang gua nak..tak penting dan takde makna langsung sekalipon gua dilayan macam yang teratas sedangkan gua tau kenyataannya bukan..gua nak memiliki!nak memiliki dengan rasa nak diri gua dimiliki luhur seluhur-luhurnya,bukan semua gerak-geri buat-buat yang takde hala tuju..
jemu..semakin jemu..gua nak sesuatu yang sejati,yang real..sesuatu yang memang milik gua..semua yang ada sekarang tak satu pon milik gua..semua milik orang lain..semakin terasa betapa jiwa gua tak puas dengan semua ni..apa gua buat berlagak dengan harta pinjam?mungkin ini kesedaran..gua semakin memikirkan tentang semua orang yang pernah pergi dari gua..gua semakin mengerti perasaan mereka dan semakin mengerti kenapa mereka pergi dari gua..selama ni gua sangkakan gua paham,tapi rupanya gua belom paham..ia meletihkan,menjemukan..sesuatu yang tak sejati dan tak benar itu letih dan menjemukan..satu hari kita akan sedar jugak kita dah tak mahu,kita dah bosan..kita cuma nak keluar dan nak lari..lari jauh sejauh-jauhnya..lari tamatkan segala drama dan sandiwara..
letihnya dengan diri sendiri..kenapa nak buang masa dengan benda-benda sementara yang takde masa depan?datang-pergi,tukar-ganti..alasan demi alasan..yang memberi alasan tu sebenarnya diri gua..alasan yang direka dan dibuat-buat..sentiasa penuh dengan alasan..tak pernah mengakui kebenaran dan suka nafikan kenyataan..gua berdolak-dalih..sengaja mencari sebab untuk kehilangan dan kegagalan..tanya diri sendiri.buat-buat tak tau kenapa jadi macam tu?sudah-sudah la!gua yang dalam diam mahu macam tu..gua yang mahu kehilangan dan mahu sesuatu yang baru nak bermula gagal awal-awal..gua tak pernah kecewa sebenarnya..marah dan terguris kerana ego,tapi tak kecewa..malah gua sebenarnya dalam diam-diam bersyukur..jauh dalam hati gua lega..semuanya berakhir tanpa perlu gua akhiri sebab gua tau dari awal setakat mana kesungguhan gua..kalo ia tak berakhir sendiri pon lambat-laun gua sendiri akan akhiri jugak..gua akan lari..pasti..manusia takkan kekal di tempat yang bukan mereka ingini..apa motif entah gua berlegar-legar kat kawasan yang gua memang tak nak duduk lama pon..kena halau dan pergi seolah-olah terpaksa sebenarnya lebih mudah dari sengaja meninggalkan tanpa mampu memberi sebab..
ini satu pelarian sebenarnya..lari dari diri sendiri..pelarian gua dari diri gua sendiri..jawapan?gua bukan cari jawapan,malah gua dah lama tau jawapan,sejak dulu lagi..gua takkan jumpa apa yang gua cari kerana hakikatnya gua memang tak cari apa-apa..pencarian gua dah tamat lama dulu..gua dah jumpa apa yang gua cari sejak sekian lama dan itu la sebenar-benarnya yang gua mahu..gua nak beli sesuatu yang gua dah tau takde dijual kat kedai yang gua pergi..buat-buat cari sedangkan gua sedar gua tak cari apa-apa kat situ sebab yang gua mahu bukan ada kat situ..hakikatnya,kenapa gua nak buang masa selongkar satu persatu barang yang gua tak nak beli?sudah-sudah la..berhenti..balik rumah je..duduk diam,bertenang..kawal diri,kuasai balik diri sendiri..
menjadi benar itu cukup berat..gua yang sengaja merayau ke sana ke mari buat benda-benda yang takde makna kerana gua takut.gua takut bersendiri..bunyi lucu seorang yang loner dan suka duduk sorang-sorang cakap macam tu tapi realitinya,macam tu la..buat-buat mencari rasa lebih terisi daripada duduk diam tak buat apa-apa..nak tumpukan perhatian pada sesuatu bagi memberi tujuan pada hari-hari yang kosong..ia perlu dihentikan..perlu dihentikan sebenarnya..balik la pada diri..kalo luka,memang patut rasa sakit..sakit itu adalah proses mengenal pasti tahap luka dan mengatasi luka..selagi tak rasa sakit,luka tu akan terbiar kerana kita biarkan..berhenti la..patah balik..takde gunanya terus merayau tanpa hala tuju dan sesat di luar walaupon dalam keramaian..itu bukan caranya..dan sebenarnya,bukan gua tak sedar..cuma gua yang tak bertindak apa-apa..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan