Di sini, adalah alam mistika. Datang dengan sepimu, datang dengan lukamu, dan aku khayalmu, membawa kau jauh. Jauh merentasi dunia, jauh menembusi fantasi. Pasti kau tahu, kerana aku adalah pelali itu. Di daerah mimpi yang tercipta.... Aku, untuk memberimu illusi.
Datang kepadaku. Melangkah ke duniaku. Dan kau akan tinggalkan hakikatmu. Kerana kita akan menari di udara, dan khayalmu ini akan memelukmu dari duka. Lalu masa akan terhenti. Realiti terkunci. Kita berada di dimensi yang berbeza. Kita di dunia di luar dunia. Aku, adalah dari luar dunia. Melenakanmu dengan hanya kita. Hanya dirimu. Dan hanya aku, pelali itu. Pahitmu akan tidur. Lukamu akan bersembunyi. Pasti, kerana ini adalah alam impian buatmu. Datang dengan pedihmu, datang dengan hampamu, lalu aku penghilang kesakitan, memaniskan kekecewaan.
Kau terlena. Kau terlelap. Pasti. Dan akan indah lelapmu.... Sebelum kau kembali terjaga, lalu menyedari, benarmu adalah di dunia hakiki. Kita akan berpisah jua, tatkala realiti mengetuk semula pintu. Pahitmu akan bangun. Lukamu akan keluar. Pasti kau tahu, kerana aku hanyalah pelali itu. Penawar sejatimu di sana, pada segala pedih dan hampa.... Aku, hanya membuka jalan ke arah itu. Khayalmu yang akhirnya akan menghantarmu kembali mencari hakikat.
Benar dan benarlah. Benar kita adalah di dunia hakiki. Dan semoga suatu hari nanti, kau temui aku di alam realiti. Hanya realiti. Tiada yang lain selain realiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan