Isnin, April 28, 2008

Dapatkah Kegelapan Itu Dibawa Ke Bawah Cahaya?

rasa yang ada,cuma gua sendiri yang mampu untuk mengerti..di luar kenyataan,di luar realiti,di luar dunia yang sedang berlangsung mengikut fitrahnya di sana..hanya antara gua dan diri gua sendiri sedalam-dalamnya,seperibadi-peribadinya..siapa lagi seharusnya yang boleh masuk ke dalam diri kita lebih ekslusif dari diri kita sendiri?jadi segala-galanya adalah milik gua sendiri,milik peribadi gua..
mungkin seharusnya memang seseorang itu tak perlu punya terlalu banyak ruang dan permukaan,terlalu banyak bahagian hanya pada satu jiwa yang sedang bernyawa..tapi,itu sepertinya,takde pilihan..bila lu di kiri,maka mereka yang nampak lu adalah mereka yang berada di kiri..bila lu di kanan,maka mereka yang nampak lu adalah mereka yang berada di kanan..dan bila di tengah-tengah,lu hanya jumpa mereka yang berada di tengah-tengah..ia terpisah dan terasing..
segala-galanya seperti dinding yang hanya bersatu di hujung sudut..mungkin juga seolah-olah mimpi yang ditakdirkan tak harus bertemu dengan realiti..kehidupan malam dan kehidupan siang yang berbeza..bila terlalu lama di kiri,akan pudarlah kanan..terlalu lama di kanan,akan pudarlah kiri..dan sekiranya terus di tengah,maka malaplah kiri dan kanan..namun sejujur-jujur jiwa ialah bila mampu mendedahkan bahagian yang paling gelap di dalamnya dan sejujur-jujur jiwa yang menerima ialah jiwa yang mampu mengerti segala kegelapan itu tanpa dikelabui kegelapan..tapi bersenandung di dalam kegelapan,akan bertemu cahaya ke di akhirnya?ingin bawa keluar ke bawah cahaya..keluar dari dunia kosong dan terpencil yang tersembunyi sekian lama..tapi di luar,akan samakah lagi?mungkin cahaya akan membunuh kegelapan,lalu yang tinggal hanyalah satu kelaziman di ruang tengah..dan hilanglah pengertian dalam sepi seperti asalnya..
kita tak harus cuba menentang hukum yang telah jelas..jangan terlebih,jangan terkurang..mahu menembus kaca tebal..mahu menggenggam zarah-zarah bebas yang tak kelihatan...tapi itu naluri..sebenarnya memang tanpa pengertian selain pengertian dalam sepi..mahu menyambut dan membawa ke daratan yang lebih selamat..mahu melindung dan menjaga..boleh ke andai mahu melangkau batas itu?jiwa yang hanya ditemui dalam kegelapan,boleh ke andai dibawa ke bawah cahaya?dan akhirnya entri ini sebenarnya hanya satu kemerepekan yang merepek..

2 ulasan:

pandagumuk. berkata...

luar mungkin x sama.adaptation itu penting bukan?

broken_nigina berkata...

nak bawak tarzan ke kota metropolitan tapi akan tarzan lagi ke tarzan itu tanpa hutan belantara?
:)